kadang kita cuma perlu waktu bersendiri
jauh dari segala persepsi
tenang dari kebisingan duniawi
punya ruang untuk introspeksi diri
renungan yang ditemani secangkir kopi
waktu itu tak siapa tahu
luka apa yang selama ini kita sembunyi
sekiranya kamu menemui-Nya
sudah tentu kamu akan memiliki
segala-galanya
kamu akan mendapat apa yang
kamu hajati
kamu juga akan terselamat daripada beban penderitaan dan kesakitan
juga terselamat daripada
belenggu ketakutan dan kepalsuan
kadang orang sedap cakap
bukan diorang faham,
kadang orang sedap atur
bukan diorang tolong,
sebab tu selesa sendiri walau hidup makin karam
sebab tu suka pendam walau hari makin kosong.
“mulut bicara
di dalam roh yang sengsara
telinga mendengar
di balik jeritan suara
mata melihat
di setiap jatuhnya titisan air mata”
- puisi | Aku yang pertama
Orang takkan pandang
kalau kau takde apa,
orang takkan hargai kau
kalau kau takde kepentingan untuk mereka,
orang akan anggap kau ni senang kena beli bila kau tolong tanpa mengharap pulangan apa-apa
bila kau guna keikhlasan dalam membantu mereka.
……
Tuhanku,
petakaku merampas waras yang berbaki dan dalam
waras yang berbaki setitik air itu
aku masih tidak berhenti dalam berharap kepadaMu,
bergantung pada tali yang Engkau berikan padaku
saat diri ini menemui buntu.
#puisi
Assalamualaikum, morning
yang tengah baca ni,
ingat der
jangan putus asa
dengan apa yang kau ada
jangan putus asa
dengan apa yang kau nak benda tu ada depan mata
jangan rasa tertinggal dari yang lain
kau cara kau
kau kenal diri kau
semangat derr,
kita cuba dan usaha okay der.
Tak faham
kena ada PHD dulu ke baru
dipandang tinggi?
baru jadi harapan keluarga?
baru jadi kebanggaan keluarga?
kenapa harus memaksa?
#puisi#senandika