Jiran paling prihatin. Hujung minggu ini dia nak buat majlis perkahwinan, jadi tadi dia telefon tanya, “Khemah saya masuk satu kaki di pintu pagar awak, okay tak?” Ingatkan satu kaki macam mana lah hahahaha.
Rupanya kecil sangat, macam kaki semut je.
Sebelum ini, mereka main mercun semasa Tahun Baru Cina, termasuk habuk mercun yang jatuh kat serambi rumah kami.
Suami dia tunggu kami balik sebab nak masuk serambi tolong sapu 😂
Sikit-sikit tu kami sapu sendiri je lah. Kalau banyak, kita minta dia sapu dan basuh serambi sekali.
Masa baru masuk rumah, dia nak naikkan tembok, siap minta izin kami. Katanya nanti dia cat sekali sebelah kami.
Syukur ada jiran yang macam ni.
Jiran depan rumah pun bukan Muslim.
Semasa Deepavali, dia ajak kami datang.
Dia tempah makanan kat kedai mamak dekat perumahan ni, jadi kami tak was-was nak makan.
Mak dia pula buat teh chai masala yang sedap gila, sampai terpaksa minta resepinya.😊
Kredit: Threads einhyatt
POV: You’re one of 72,000 voices singing Bukan Cinta Biasa with Siti Nurhaliza inside Stadium Nasional Bukit Jalil, as the stadium trembles under the weight of history, legacy, and a moment that reshapes the regional music industry.
#Legacy30SitiNurhaliza#SitiConcert