KESAN PENUTUPAN SELAT BAB AL MENDEB KEPADA MALAYSIA
Selepas Houthi Yaman mengumumkan sebentar tadi menutup Selat Bab Al Mandeb kepada kapal kapal Israel dan apa apa yang berkaitan Israel
Ini berkemungkinan akan turut menyekat kapal kapal berkaitan negara sekutu Israel
Kesan utama kepada Malaysia ialah barangan perkapalan dijangka tiba lebih lewat iaitu selama 14 Hari. Kerana terpaksa melalui Tanjung Harapan di Afrika Selatan. Kelewatan ini meningkatkan kos logistik dan insurans dan akan naikkan harga barang. Dijangka harga barang akan naik 10-30 peratus dan ini melibatkan semua sektor termasuk harga tiket penerbangan. Ia akan turut menjejaskan perdagangan Malaysia yang sangat memerlukan proses dan kos logistik yang murah dan teratur
Cuma berkemungkinan dengan rakan dagang Malaysia yang sangat ramai. Impak ini dapat dikurangkan kerana Malaysia baik dengan banyak negara dan dapat mencari bekalan tambahan melalui alternatif negara berbeza. Sumber perdagangan Malaysia juga pelbagai
Selat Bab Al Mandeb turut menyalurkan 5 peratus perdagangan bekalan minyak dan gas dunia melalui Selat berkenaan. Gabungan penutupan Selat Hormuz dan Bab Al Mendeb menyebabkan 25 peratus bekalan minyak dan gas dunia hilang, terjejas atau disekat. Sekatan minyak akan menyebabkan barangan keperluan rakyat Malaysia akan terjejas. Kerana banyak barangan keperluan berasal dari Industri Petrokimia. Ini tidak termasuk bekalan minyak menjejaskan pergerakan kenderaan dan logistik
10 peratus perdagangan dunia turut melalui Selat ini dengan laluan paling sempit selebar 29 km. Penutupan ini akan menyebabkan Arab Saudi terjejas kerana mereka ketika ini menggunakan Pelabuhan Yanbu bagi membekalkan minyak mereka kepada dunia. Dianggarkan sebanyak 770,000 tong minyak sehari melalui laluan pepaipan Yanbu ini
Suicide rate is spiking,high schoolers go through excessive bullying and they are worried about a tv show???? They could use this opportunity to demand for a stronger punishments for bullies instead. Please give us another season @netflix