Kes Jaslinda ni adalah wake up call kepada semua pihak untuk mantapkan SOP trip gunung terutamanya pendaki part time.
parang, lighter, gummybear wajib bawa. Kalau sesat, takik la pokok tu sambil berjalan, nyalakan la api supaya ada signal asap di udara.
Ada tengok video kat Europe, Google Maps sengaja cadangkan laluan yang tak melalui kawasan orang kaya sama ada kenderaan ataupun pejalan kaki.
Walaupun kawasan tersebut tidak berpagar dan jalan awam. Bila mereka lalu situ, jimat banyak masa dari laluan dicadangkan.
Teori mereka, orang-orang kaya atau berpengaruh ni ada access (mungkin bayar) untuk tukar algorithm Maps untuk elak kawasan perumahan mereka (privacy).
Zaman sekarang, majoriti orang follow je 100% cadangan Google/Waze. Sebab percaya itu jalan yang terbaik. Dah tak payah berfikir.
Rupanya-rupanya, itu bukan laluan terbaik mereka. Mungkin akan datang, Google offer siapa yang taknak lalu depan rumah mereka, subscription bayar RM60k setahun? Siapa tahu.
Itulah satu cara tech company manipulate cara hidup kita sekarang. Sebab majoriti orang bergantung kepada mereka (sosial media, maps dll).
Tapi teori tu tak tahu betul ke tak. Kalau betul, menarik juga nak tau kat Malaysia ada ke tak.
Begitulah.
Allah SWT suruh Nabi Ibrahim korbankan Nabi Ismail. Korbankan yang paling dia sayangi. Itu yang kita buat setiap kali raya aidiladha.
Pengorbanan, ketaatan dan keredhaan.
LIMA MAUT DALAM SERANGAN KE ATAS PUSAT ISLAM SAN DIEGO
OLEH MYNEWSHUB
SAN DIEGO – Lima individu dilaporkan maut dalam satu serangan tembakan di Pusat Islam San Diego, California, Amerika Syarikat yang kini disiasat pihak berkuasa sebagai kemungkinan jenayah kebencian terhadap komuniti Islam.
Kejadian berlaku apabila dua suspek berusia 17 dan 19 tahun dipercayai melepaskan tembakan di Pusat Islam San Diego yang merupakan masjid terbesar di kawasan berkenaan.
Menurut pihak polis, tiga mangsa dewasa maut di dalam masjid akibat serangan itu, manakala kedua-dua suspek kemudiannya ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan beberapa blok dari lokasi kejadian, menjadikan jumlah keseluruhan korban adalah lima orang.
Dalam kejadian sama, seorang pekerja landskap turut dilaporkan ditembak ketika suspek cuba melarikan diri, namun mangsa terselamat selepas tidak terkena tembakan.
Pihak berkuasa turut mengesahkan kawasan masjid itu menempatkan sebuah sekolah agama, namun semua pelajar dan kakitangan berjaya dipindahkan dan disahkan selamat.
Rakaman dari lokasi menunjukkan kehadiran besar anggota polis, pasukan SWAT dan ambulans yang mengepung kawasan sekitar pusat Islam berkenaan sejurus selepas kejadian berlaku.
Polis San Diego bersama FBI kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar serangan tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kemungkinan jenayah kebencian.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata pihaknya akan meneliti insiden berkenaan secara serius.-MYNEWSHUB
TERKINI
DOA GAIS DOA
HAROQS DAN DR CHIN DAH MASUK ZON MERAH TERAKHIR
2 BUAH KAPAL GSF KINI DI ZON MERAH TERAKHIR
MEREKA DIJANGKA INSYAALLAH SAMPAI GAZA JAM 3.30 PAGI WAKTU MALAYSIA