Tengkolok tak dapat, duit pun lesap!
Persiapan raya sepatutnya meriah, bukan mimpi ngeri! Jangan klik link atau muat turun fail .APK yang mencurigakan. Muat turun applikasi melalui platform rasmi sahaja. Boleh juga guna 'Kill Switch’ di laman web atau aplikasi perbankan jika ada transaksi mencurigakan.
Dah terkena, bertindaklah segera! Hubungi bank anda atau Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997.
___
Raya shopping should be joyful, not a nightmare! Avoid clicking on suspicious links or download malicious .APK files. Only download applications via official platforms. Use the ‘Kill Switch’ feature on your banking website or app if you notice any suspicious transactions.
Got scammed? Act immediately! Contact your bank or the National Scam Response Centre (NSRC) at 997.
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak
#EarthHour mengingatkan kita tentang impak tindakan bersama. Kelestarian tidak berakhir dengan hanya memadamkan lampu. Mari tingkatkan usaha demi masa hadapan yang lebih cerah.
#BiggestHourForEarth
Raya tetap raya, tapi jangan sampai menyesal di kemudian hari! "Swipe" untuk dapatkan tip-tip untuk mengurus kewangan anda sepanjang musim perayaan!
#BNMLiterasiKewangan#BNMFinancialBites
Bersedekah memang bagus, tapi kalau ‘sedekah’ dekat scammer? Rugi je!
Scammer makin licik. Sentiasa semak nama akaun bank yang tertera sebelum melakukan sebarang transaksi.
🎶 Dah terkena, bertindaklah segera! Hubungi bank anda atau Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997.
__
Giving back is great, but giving to a scammer? Not so much.
Scammers are getting more sophisticated. Always double-check the account name before making any transaction when scanning the QR code.
🎶 Got scammed? Act immediately! Contact your bank or the National Scam Response Centre (NSRC) at 997.
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak
Hari ini kami mengumumkan langkah interim yang dipersetujui dengan industri insurans dan takaful untuk membantu pemegang polisi yang telah mengalami perubahan pada premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) mereka. Langkah-langkah interim ini telah diperkenalkan bagi mengurangkan kesan kewangan pada masa ini kepada pemegang polisi dan memastikan perlindungan MHIT yang berterusan.
Baca siaran akhbar kami di https://t.co/qBA5agj1AI
#SiaranAkhbarBNM
BNM menggunakan pelbagai tindakan penguatkuasaan yang menunjukkan bahawa BNM tidak bertolak-ansur terhadap isu ketidakpatuhan yang memberikan kesan kepada kestabilan dan integriti sistem kewangan negara atau menjejaskan keyakinan orang ramai terhadapnya. Salah satu tindakan penguatkuasaan tersebut ialah Penalti Monetari Pentadbiran.
Ketahui lebih lanjut mengenai Pendekatan Penguatkuasaan BNM melalui https://t.co/lBWzlGxz5O
—
BNM uses a range of enforcement actions to signal our intolerance of breaches that impact the stability and integrity of our financial system or affect the public’s confidence in it. One such enforcement action is the Administrative Monetary Penalty.
Read more about our Enforcement Approach via https://t.co/lBWzlGxz5O
#AndaTanyaBNMJawab
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah mengundi kami.
Sokongan anda telah membantu kami mencapai pengiktirafan yang bermakna ini:
✅ Most Preferred Employer (Government)
✅ Malaysia's Most Preferred
Employer - Top Ten
✅ Most Preferred Graduate Trainee Programme
✅ Sustainability Category
Jika anda berminat untuk menyumbang kepada negara, sila layari https://t.co/3BquV8XL5k
___
A huge thank you to everyone who has voted for us. Your support has helped us to achieve these meaningful recognitions:
✅ Most Preferred Employer (Government)
✅ Malaysia's Most Preferred
Employer - Top Ten
✅ Most Preferred Graduate Trainee Programme
✅ Sustainability Category
If you're passionate about contributing to nation building, please visit https://t.co/3BquV8XL5k
#deminegara
Semua aplikasi dan laman web perbankan mempunyai ciri 'Kill Switch'! Ini membolehkan anda menamatkan akses ke perkhidmatan perbankan dalam talian anda dengan cepat jika anda mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan.
Ingat, jika anda menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997 atau talian hotline bank anda untuk membuat laporan.
__
All banking apps and website come with a 'Kill Switch' feature! This handy feature allows you to quickly terminate access to your online banking services if you suspect any suspicious activity.
Remember, if you ever fall victim to a scam, immediately call the National Scam Response Center (NSRC) at 997 or your bank's hotline immediately.
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak
BNM peka tentang kebimbangan mengenai penentuan semula harga insurans dan takaful perubatan dan kesihatan. Kami kekal komited bagi memastikan anda terus mempunyai akses kepada produk insurans dan takaful yang bersesuaian.
Baca siaran akhbar kami melalui pautan di https://t.co/1cWP1GYcdG
#SiaranAkhbarBNM
selagi kos pembekalan dan perkhidmatan perubatan oleh hospital swasta tidak dikawal selia (unregulated); selagi itu harga premium dan sumbangan akan terus meningkat setiap tahun.
jumlah bayaran tuntutan insurans & takaful perubatan setiap 6 bulan meningkat dan terus meningkat:
1H 2022: RM3.5b
2H 2022: RM4.3b
1H 2023: RM4.7b
2H 2023: RM5.3b
1H 2024: RM5.3b
bukankah konsisten dengan hospital swasta yang melaporkan hasil (revenue) dan untung (profit) yang terus meningkat saban tahun?
BNM hanya bertanggungjawab dalam mengawal selia industri insurans & takaful, tetapi tiada kuasa ke atas industri perubatan dan kesihatan swasta.
selesaikan isu pokok dulu. masa ni lah nak guna "whole of government approach" yang selalu diulang-ulang tu.
Tambah perlindungan insurans/takaful banjir pada polisi insurans/sijil takaful asas anda untuk memastikan perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir dengan membayar premium/sumbangan tambahan.
Lindungi rumah, kereta dan barang-barang anda hari ini!
#BNMLiterasiKewangan
Elak scam QR seperti wira anti-scam Gen X ini. Ikuti tip-tip ini supaya anda tidak terpedaya.
Jika anda menjadi mangsa penipuan kewangan, segera hubungi bank anda atau NSRC melalui 997.
__
Main character energy is avoiding those QR scams like this scam-busting Gen X. Check before you scan.
If you have fallen victim to a financial scam, immediately call your bank or NSRC at 997.
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam
#ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak
Selamat datang Kijang Graduate Programme 7.0! KGP bukan sekadar peluang kerjaya. Di Bank Negara Malaysia, kami memupuk bakat dan menggalakkan inovasi #DemiNegara untuk kemajuan negara.
Adakah anda ingin sertai program ini? Nantikan maklumat permohonan untuk pengambilan seterusnya!
—
We are thrilled to welcome Cohort 7.0 of the Kijang Graduate Programme! The KGP is more than just a career opportunity. At Bank Negara Malaysia, we are dedicated to nurturing talent and encouraging innovation #DemiNegara for our nation's progress.
Would you like to be part of this journey? Stay tuned for details of the next intake!
#DemiNegara #BNMKGP #kijanggraduate #graduate #centralbanker
Deepavali meraikan cahaya menerangi kegelapan. Semoga cahaya yang menyinari perayaan tahun ini membawa kegembiraan dan disambut dengan suasana yang meriah oleh seisi keluarga anda. Bank Negara Malaysia mengucapkan Selamat Hari Deepavali!
—
இருளை ஒழித்து ஒளியின் வெற்றியைத் தீபாவளி ஆகும். தீபாவளியின் ஒளி உங்களுக்கும் உங்கள் குடும்பத்திற்கும் எல்லையற்ற ஆசீர்வாதங்களையும் மகிழ்ச்சியையும் தரட்டும். பேங்க் நெகாரா மலேசியாவின் இனிய தீபாவளி வாழ்த்துக்கள்!
#BNMWishes #Deepavali
Sambil kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan Deepavali, mari kita mengingatkan orang yang tersayang agar tidak terjerat dalam penipuan perdagangan pertukaran asing (forex trading scams).
Perdagangan forex salah di sisi undang-undang kecuali jika dibuat dengan bank atau perkhidmatan perniagaan kewangan yang dilesenkan oleh BNM.
Berhati-hati dengan janji pulangan yang mungkin lebih rangup daripada muruku, walaupun scammer cuba 'goreng' anda dengan testimoni 'lazat' dan mendesak anda untuk membuat keputusan yang terburu-buru.
—
குடும்பத்தினர் மற்றும் நண்பர்களுடன் தீபாவளியை கொண்டாடும் போது, நமக்கு அன்பானவர்களை ஃபாரெக்ஸ் டிரேடிங் மோசடிகளில் சிக்காதிருக்க நினைவூட்டுங்கள்.
மலேசிய மத்திய வங்கியால் (BNM) உரிமம் பெற்ற வங்கிகள் அல்லது பண பரிவர்த்தனை நிறுவனங்களுடன் நடத்தினால் மட்டுமே ஃபாரெக்ஸ் டிரேடிங் சட்டப்பூர்வமானது.
ஃபாரெக்ஸ் வர்த்தகத்தில் மிக அதிக லாபம் கிடைக்கும் என கூறி உங்களை கவர்வதைக் கவனமாக இருங்கள். மோசடிப்பவர்கள் எப்போதும் நல்ல சாட்சி கருத்துக்களைக் காட்டியும், விரைவில் முடிவெடுக்க அழுத்தம் கொடுத்தும் உங்களைத் திசைதிருப்ப முடியும்.
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak