Protokol ini telah dimeterai oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama H.E. Yu Jianhua, Menteri General Administration of Customs of the People's Republic of China (GACC) pada 19 Jun 2024.
Malaysia telah mengorak langkah proaktif dalam merealisasikan potensi pasaran durian Malaysia di China dengan pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China.
11 Julai 2024 | Khamis | Pusat Operasi FAMA Batu Kurau
Sekitar Program Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha Durian Bagi Pasaran China. Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
18 Mei 2024 | Sabtu | Pasar Tani Kg Simee, Ipoh Perak
Kerjasama Strategik Unit Regulatori FAMA Negeri Perak bersama KPDN-Perak bagi Operasi pemantauan pematuhan peraturan GPL (Grading, Packaging & Labeling) bagi keluaran pertanian di Outlet FAMA, Pasar Tani.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2024
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua terutamanya warga FAMA Negeri Perak atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan kepada golongan sasar untuk mencapai agenda negara.
18 April 2024 | Khamis l Manjung
Lawatan kerja rasmi Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA ke salah satu tapak cadangan tanaman kacang soya. Projek perintis ini adalah inisiatif FAMA dalam menerokai pembangunan dan pemasaran tanaman kacang soya.
26 Mac 2024 I Selasa I Slim River
Jualan Agro MADANI Khas Ramadan telah diadakan hari ini di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Kg Kuala Slim. Pemilik En.Rosman bin Hj Sukor mengalu-alukan kehadiran Pengerusi FAMA, Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli.
26 Mac 2024 I Selasa I Slim River
Lawatan kerja Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA ke Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Ratipah binti Zakaria yang kini telah di tambah baik dan di naik taraf imej.
9 Mac 2024
FAMA Bersama dengan agensi KPKM (LPP dan LKIM) termasuk Yayasan Bina Upaya dan KPDN dengan usaha Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput serta Pejabat ADUN Lintang berganding bahu menganjurkan :
PROGRAM JUALAN RAHMAH RAMADHAN SUNGAI SIPUT (U), PERAK
TAHNIAH PADA SEMUA USAHAWAN YANG TERPILIH
Kepada rakan usahawan yang lain dialu-alukan untuk turut bersama dan sertai program padanan perniagaan "Business Matching" di FAMA Fest 2024 @ Perak. Program tahun ini juga menampilkan penyertaan 30% usahawan baru
7 Februari 2024 | Rabu | Tanjong Malim
Sekitar Program Sambutan Israk & Mikraj & Ulang Tahun Pasar Tani ke-39 yang telah diadakan di Pasar Tani Tanjong Malim. Hadir sama Ybrs. Pn Azleena Binti Zainal Abidin, Timbalan Pengarah FAMA (Pembangunan) Negeri Perak.
29 Januari 2024 | Isnin | Daerah Batang Padang
Lawatan Kerja Rasmi YB Dato' Hj. Mohd Zolkafly bin Harun (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian & Industri Makanan (3PIM))
📆26-28 Januari 2024 (Jumaat-Isnin)
⏰10.00 pagi - 10.00 malam
📌 Hentian R&R RTC Perak
Terima kasih atas sokongan dari pelbagai pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini 😊❗❗❗