Pempengaruh @abangkoroy diugut oleh lelaki digelar 'Rahim Bai' ketika sedang 'live' meninjau penempatan warga asing di Kg Sri Langkas, Puchong bawah pentadbiran MBSJ.
Bukti video kini sedang dikumpul untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Aku pernah cakap Honda Malaysia lagi lima tahun akan bungkus kat Malaysia ni.
Sales Honda makin lama makin jatuh. Orang dah tak anggap Honda ni sebagai status symbol. Kau lepak mamak, letak kunci Honda atas meja orang tak pandang dah.
Jadi level level rempit baru ada duit sikit je
Ini jumlah jualan Honda
2024 : 81 600 unit
2025 : 72 301 unit
sasaran 2026 : 60,000 unit.
makin lama makin jatuh
Aku pun pelik sebenarnya sejak bila benda ni jadi, tapi bila tengok balik, aku sedar ini bukan masalah Malaysia je. Satu dunia jualan Honda jatuh.
Dia tak dapat nak bersaing dengan kereta China. Chery, Jaecoo, BYD semua ni bagi good value dalam pasaran. Kalau bajet 100k, banyak sangat dah pilihan elok yang ada. Pilihan yang bagi lebih banyak kepuasan pada pembeli.
Kau tengoklah spec apa Honda bagi. HRV baru tu, reverse kamera pun tak HD, kabur macam zaman 3GP. Dah 2026 kot. Kemonlah Honda.
Kalau nak banding dengan Chery Tiggo, langit dengan bumi beza. Kereta China punya reverse kamera, dia punya terang jelas macam izhar halqi.
Itu aku belum cerita harga Honda City yang tak masuk akal. Dekat 100k tapi spec macam kereta tahun 2010. Kau kedekut nak bagi spec elok kat market Malaysia kenapa?
Kenapa HRV Thailand dengan HRV Malaysia banyak beza spec? Belum lagi cakap pasal WRV, jual 100k tapi interior punya jahanam. Baik orang beli Ativa.
Zaman orang berebut rebut nak beli Honda sebab nak impress orang kampung dah lama habis. Orang kampung pun gelak je kau pakai Honda sekarang.
Sebab tu Honda kena berubah. Jangan anggap market Malaysia ni second class, bagilah spec yang elok, letak harga kompetitif.
Kalau tak, bye bye lah Honda.
Oleh: Hafizi Norizan
NOTIS PERINGATAN KESELAMATAN
Penduduk sekitar Sungai Buloh, Puncak Alam dan kawasan berhampiran dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan susulan kejadian seorang tahanan reman warganegara Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April 2026.
Individu berkenaan, Muhammad Hassan, 24 tahun, terlibat dalam kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, samun serta kesalahan berkaitan imigresen, dan kali terakhir dilihat memakai T-shirt berwarna oren serta seluar panjang hitam.
Sehubungan itu, orang ramai diminta:
1. Sentiasa memastikan rumah dalam keadaan berkunci dan selamat.
2. Tidak membuka pintu kepada individu tidak dikenali.
3. Mengawasi keselamatan ahli keluarga, khususnya kanak-kanak.
4. Segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya terlihat individu mencurigakan yang sepadan dengan ciri-ciri tersebut.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada:
1. Insp. Muhendran : 010-430 4383
2. Insp. Azamuddin : 016-566 1597
3. IPD Sungai Buloh : 03-6156 1222
4. mana-mana balai polis berhampiran
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi pihak polis. - Yuji
Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi dan masjid, Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Sairi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.31 pagi, 26 Mac 2026 di kediamannya.
Allahyarham sebelum ini merupakan mantan bilal di Masjid Negeri Shah Alam serta Masjid Bukit Jelutong, dan dikenali ramai kerana suara azannya yang sering menjadi pilihan dalam aplikasi azan serta rakaman digital.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat yang pernah menimba ilmu serta mendengar alunan azannya yang menyentuh jiwa.
Menurut kenalan dan anak murid, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik, rendah diri serta tidak lokek berkongsi ilmu, khususnya dalam bidang berkaitan azan dan ibadah.
“Beliau banyak mengajar dan berkongsi ilmu. Semoga segala amal jariah yang disampaikan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham,” kata seorang individu yang pernah berguru dengannya.
Difahamkan, suara Allahyarham pernah menjadi rujukan dan inspirasi kepada ramai bilal serta individu yang ingin memperbaiki bacaan azan mereka.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.