SST ni dikenakan kpd barangan bukan asas menurut kerajaan Madani, seperti dikhabarkan @kamilmunim sini. Tp pada saya, bawang adalah barangan asas bg keluarga. Asas permulaan memasak kenalah tumis bawang dulu..
Tetapi bawang kita majoriti besar diimport. Maka kenalah cukai 5% kan? Camana kata barang ASAS tak kena cukai.
Tu belum kalau nak beli Bawang Goreng kegemaran kita kat Kedai Mamak. Dah bukan ASAS kan. Dah barang mentah bawangnya pun dah naik harga. Kalau dgn gas LPG yg diguna utk goreng pun nak naik harga, OK la, minyak masak mungkin takde SST, tp... Lebih la dr kadar SST dia naik harga! Sebab bahan mentahnya pun dah SST!
Ni lagi teruk dr GST! GST setidak2nya ada penolakkan balik GST dikenakan bahan mentah!
Kalau camtu, Bawang Goreng naik harga lagi dahsyat dgn SST Dr kalau kena GST zaman @NajibRazak!?
Apa kata @DSAmirHamzah? Nak kena pertimbangkan balik GST ka? Tapi.. cukai juga! Subsidi potong.. Haiya..
Selamat Hari Pekerja!
Terima kasih kepada semua yang bekerja keras demi keluarga & negara.
Anda wira sebenar!
Teruskan melangkah dengan semangat & ikhlas.
#HariPekerja#LabourDay
𝗜𝗞𝗟𝗜𝗠 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧𝗔𝗡
1.Ramai yang mendakwa mereka takut. Saya tanya takut apa?
2.Takut Kerajaan!
3.Kenapa takut Kerajaan?
4.Kerana tidak boleh silap sikit akan disoal oleh Polis.
5.Sekarang tidak boleh cakap 3R.
6.Tetapi masalah yang timbul ialah yang berkaitan dengan 3R.
7.Mereka Melayu.
8.Tidak boleh cakap pasal Melayu.
9.Mereka beragama Islam.
10.Tidak boleh cakap pasal Islam.
11.Mereka nak rujuk kepada Raja.
12.Jangan cakap pasal Raja.
13.Jangan cakap berkenaan Addendum.
14.Jangan tiup whistle. Awak akan disiasat.
15.Jangan politikan itu dan ini.
16.Wakil rakyat pun tidak boleh cakap dalam dewan.
17.Cakap. Kena gantung tak bertali.
18.Sebab itu mereka takut.
19.Bukan sahaja akan disoal oleh polis.
20.Boleh masuk dalam tahanan pun.
21.Bukan sehari dua, tetapi berbulan.
22.Undang-undang kata kalau salah dakwa di mahkamah
.
23.Tetapi tak perlu. Reman sahaja. Atau salah guna undang-undang.
24.Masuk dalam tahanan tidak beza dari hukum penjara.
25.Mahkamah tak perlu.
26.Sebaliknya ada yang sedang dibicara dalam mahkamah tetapi stop.
27.Bukan sahaja itu. Jadi Menteri pula.
28.Sekarang nak tukar cara hakim dipilih.
29.Sudah tukar pentadbiran dewan-dewan.
30.Reformasi – tutup mulut rakyat itulah re-4-ma-si Liau-Liau.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
16 April 2025
𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗨𝗠𝗡𝗢
1.Saya terbaca beberapa laporan yang mengatakan bahawa saya enggan tandatangan surat perlepasan tanggungjawab sebagai pemegang amanah sebuah aset pemegang kepunyaaan UMNO.
2.Yang tuduh saya ialah Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid dan selepas itu disambut pula oleh speaker DUN Johor Puad Zarkashi.
3.Saya tak tahu apa nak kata pasal tahap pemikiran mereka ini.
4.Pertamanya, mereka ni tak baca ke saman pemula yang UMNO failkan oleh Setiausaha Kerja nya Mohd Sumali. Saman itu namakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan dan bukan saya.
5.Keduanya, dalam afidavit sokongan kepada saman yang difailkan oleh UMNO dinyatakan bahawa permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Oktober 2015 telah ada surat akuan yang ditandatangani oleh keempat-empat pemegang amanah termasuklah saya.
6.Kemudiannya, pada 28 Disember 2015, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa Jawatankuasa Kerja tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan kebenaran pindah milik daripada pemegang-pemegang amanah tersebut kepada UMNO.
7.Bagaimanapun proses pindah milik itu terbantut pada Mei 2017 kerana terdapat nama dalam geran hartanah tidak sama seperti dalam kad pengenalan.
8.Jelas tidak timbul saya tidak mahu lepas harta UMNO. Saya telah buat akuan bersetuju pada tahun 2015 lagi.
9.Selain itu saman ini terhadap Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan tiada kaitan dengan saya.
10.Sebelum ini saya sudah buat saman fitnah terhadap Zahid kerana berbohong untuk nak burukkan nama saya. Sekarang Puad Zarkashi turut serta.
11.Tak malukah berbohong dan fitnah tak berhenti-henti.
12.Tapi kalau fitnah ini kerana tidak faham, mungkin ahli UMNO perlu fikir semula sama ada kaki bohong layak terus jadi Presiden ataupun Speaker DUN, Johor.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 April 2025
Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi satu kehilangan besar buat negara. Seorang pemimpin berhemah, tenang dan berjasa. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga.
Dulu kita bangga dengan pencapaian teknologi, sains & pendidikan.
Hari ini, kita bangga sebab…
Telur murah.
Malaysia Madani dari harapan jadi sarapan.
PMX patut tunjuk teladan, bukan hina rakyat dengan kata "bebal". Politik matang perlukan adab, bukan cercaan. Jangan semai budaya samseng dari podium tertinggi negara. #AdabDalamPolitik#Madani
Letupan paip gas di Putra Heights bukan kemalangan biasa. Kenapa kerja korek tanah dijalankan di kawasan berisiko sebelum letupan? Kerajaan Selangor wajib beri penjelasan! Kami tuntut siasatan penuh, nama syarikat didedahkan, dan tindakan undang-undang tanpa pilih kasih!
𝗨𝗠𝗡𝗢
1. Dahulu UMNO besar dengan wakil rakyat yang terbanyak ialah wakil rakyat UMNO.
2. UMNO mendominasi Barisan Nasional.
3. Sekarang UMNO menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan yang terpaksa tunduk dan sokong DAP dan Keadilan.
4. Tiga suku dari ahli UMNO dan penyokong sudah tolak UMNO.
5. Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Zahid supaya undi DAP.
6. UMNO yang kononnya tidak akan terima Anwar dan DAP sekarang menjadi alat Anwar dan DAP.
7. Matlamat UMNO bukan lagi memperjuang bangsa, Negara dan agama.
8. Matlamat UMNO hanyalah untuk selamatkan Zahid Hamidi dari dihukum kerana rasuah, seleweng wang.
9. Itu sahajalah perjuangan UMNO sekarang.
10. Parti yang mengagal Malayan Union British, memerdekakan negara dan membangunnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia, sudah jadi pengikut buntut PKR/DAP dan alat Zahid Hamidi.
11. Syabas UMNO.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 September 2024
𝐌𝐀𝐇𝐁
1. Apabila saya dengar syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, sangkaan saya ialah MAHB rugi.
2. Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023.
3. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini.
4. Kenapa nak jual 30% kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?
5. Saya tak faham.
6. Mungkin ada udang di sebalik batu?
𝐃𝐑 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐓𝐇𝐈𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃
20 Jun 2024
Ketika PMX persoalkan pembangkang adakah mahu beri subsidi kepada orang kaya dan warga asing? Saya juga ingin persoalkan adakah Kerajaan dengan mudah mahu beri kewarganegaraan pada warga asing? Rakyat ❌️ subsidi, warga asing ✅️ warganegara
Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya kelulusan kerajaan persekutuan berkaitan pendaftaran warganegara. Siapa Adun Stulang yang boleh ambil alih kuasa KDN ni? Ini adalah berkaitan kedaulatan negara. Ambil tindakan pada pengkhianat negara ini.