Doakan pembaca berita Nightline TV3, Mohd Zaman Goh
Kuala Lumpur: Pembaca berita Nightline di TV3, Raymond Goh atau nama sebenarnya Mohd Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas berdepan komplikasi jantung.
Bekas penyampai berita TV3, Datuk Ras Adiba Radzi turut berkongsi pengalaman bersama Goh dan memohon doa orang ramai buat sahabatnya.
"Saya adalah pembaca berita generasi pertama bersama Raymond Goh serta pembaca-pembaca lain dan apa yang boleh saya kongsikan, dunia penyampaian berita pada ketika itu sangat berbeza.
"Ketika ini, Raymond berada di ICU dan berjuang untuk hidupnya. Saya mohon doa daripada semua untuknya," tulisnya.
Sementara itu, rakannya di TV3, Mohd Azri Atan menerusi Instagram memohon doa buat Goh.
"Teruslah mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada rakan saya, Mohd Zaman Goh. Semoga Allah permudahkan urusannya dan keluarga. Amin," tulisnya.
Goh berkhidmat di dalam dunia penyiaran sejak lebih 30 tahun lalu dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.
Disiarkan pada: Ogos 31, 2023 @ 9:35pm
Syafil Syazwan Jefri
[email protected]
- Harian Metro
The Marine Viaduct, connecting the RTS Link between Bukit Chagar and Woodlands North made a significant progress in the development.
Crossing the Straits of Tebrau, the Marine Viaduct terrestrial bridge is 750 meters long from the shoreline of Stulang Laut.