DYAM Pemangku Sultan Johor dan DYAM Raja Muda Johor berangkat ke Pembukaan Sidang DUN Johor Yang Ke-15. Allah Peliharakan Sultan.
———
HRH The Regent of Johor and HRH Raja Muda of Johor attended the opening of the 15th Johor State Legislative Assembly. Allah Peliharakan Sultan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Chief Minister of Johor YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi today, 7 April 2026.
During the meeting, various current issues were presented and discussed. Also present was Johor Youth Advisor Khairy Jamaluddin. Allah Peliharakan Sultan.
BAGAIMANA DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL MEMBANGUNKAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM MENJADI KUASA BOLA SEPAK ASIA
(Terjemahan artikel Sporting News, media sukan Amerika Syarikat)
Kebangkitan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang sedekad lalu merupakan salah satu kisah transformasi paling menonjol dalam bola sepak Asia moden.
Ditubuhkan pada tahun 2013 susulan usaha untuk menghidupkan semula sukan bola sepak di negeri Johor, kelab ini kemudiannya berkembang menjadi kuasa dominan domestik yang konsisten sambil terus meningkatkan pengaruhnya di pentas benua. Peranan langsung Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjadi teras kepada evolusi tersebut dengan visi jangka panjang Baginda membentuk hala tuju strategik serta pembangunan operasi projek ini.
Dalam era di mana landskap global bola sepak semakin ditentukan oleh pelaburan, infrastruktur dan perancangan jangka panjang, JDT menjadi contoh kajian kes bagaimana pasaran yang sedang berkembang mampu mempercepatkan kemajuan kompetitif. Transformasi kelab ini bukan sahaja terhad kepada keputusan di atas padang, malah mencerminkan usaha lebih luas untuk memprofesionalkan struktur organisasi serta menyelaraskan standard tempatan dengan penanda aras antarabangsa.
Dominasi sukan tetap memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kelab. Rekod tanpa tewas yang panjang dalam saingan liga domestik serta rentetan kejuaraan Liga Super Malaysia membuktikan tahap konsistensi yang dicapai dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kejayaan dalam kejohanan serantau, termasuk kemenangan dalam Piala AFC, turut mengukuhkan persepsi JDT sebagai salah satu jenama bola sepak paling kukuh di Asia Tenggara.
Komponen utama kepada kemajuan tersebut ialah pelaburan dalam infrastruktur. Pembukaan Stadium Sultan Ibrahim pada tahun 2020 menjadi mercu tanda penting, menyediakan venue moden yang mampu menganjurkan pertandingan bertaraf elit sambil meningkatkan pengalaman hari perlawanan secara keseluruhan. Pembangunan selari dalam fasiliti latihan turut menyumbang kepada persekitaran prestasi profesional yang direka untuk menyokong pertumbuhan sukan secara berterusan.
Pembangunan belia juga dijadikan keutamaan jangka panjang. Penubuhan sistem akademi profesional sepenuhnya, yang diperkukuh melalui kerjasama dengan institusi Eropah, mencerminkan cita-cita untuk membina laluan bakat yang mampan sambil meningkatkan standard teknikal dalam ekosistem bola sepak secara menyeluruh.
Peningkatan pesat kelab ini secara semula jadi menarik perhatian dan penelitian yang lebih besar, satu dinamika yang sering dikaitkan dengan projek bercita-cita tinggi yang mencabar hierarki tradisional. Perdebatan mengenai struktur tadbir urus, keseimbangan persaingan dan hala tuju bola sepak Malaysia semakin rancak dalam beberapa musim kebelakangan ini, meletakkan JDT di tengah-tengah perbincangan umum.
Bagi kepimpinan kelab, perhatian sedemikian dilihat sebagai kesan semula jadi daripada kejayaan berterusan dan reformasi struktur. Apabila persekitaran bola sepak berkembang, pelaburan dalam fasiliti, program belia dan pemodenan organisasi boleh mengubah corak persaingan sedia ada, sekali gus mewujudkan cabaran ketika sistem domestik menyesuaikan diri. Walaupun berdepan tekanan luaran, prestasi JDT kekal stabil, mengukuhkan reputasi mereka sebagai salah satu operasi bola sepak paling konsisten di rantau ini.
Di seluruh Asia dan pasaran baharu lain, kelab-kelab semakin berusaha menggabungkan identiti tempatan dengan kepakaran antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan memperluas capaian komersial. Penekanan JDT terhadap pembangunan jenama, infrastruktur dan perancangan jangka panjang menunjukkan bagaimana institusi bola sepak di luar pusat kuasa tradisional sedang mentakrif semula jangkaan.
Baca selanjutnya di https://t.co/NHKe3PHZ6E
Rangkuman aktiviti dan program Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sekeluarga sepanjang 1 Syawal 1447H. Allah Peliharakan Sultan.
———
A summary of activities and programmes of His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor and family throughout 1 Syawal 1447H. Allah Peliharakan Sultan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana DiRaja Johor bersama rakyat pada hari ini, 22 Mac 2026 bersamaan 2 Syawal 1447H. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor, Her Highness Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, His Royal Highness Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda of Johor and the other royal children attended the Johor Royal Palace's Hari Raya Aidilfitri Open House with the rakyat today, 22 Mac 2026 corresponding to 2 Syawal 1447H. Allah Peliharakan Sultan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail sekeluarga berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana DiRaja Johor bersama rakyat. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor and family attended the Johor Royal Palace's Hari Raya Aidilfitri Open House with the rakyat. Allah Peliharakan Sultan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor pada hari ini, 11 Mac 2026.
Hadir sama adalah YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor dan SS YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, the Regent of Johor, HRH Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda of Johor and HH Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail performed Subuh prayer at Sultan Abu Bakar Mosque, Johor today, 11 March 2026.
Also present were Chief Minister of Johor YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Johor State Secretary YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir and Johor State Mufti SS YB Dato’ Haji Yahya Ahmad. Allah Peliharakan Sultan.
Dalam kekecohan isu bola sepak yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini, pelbagai pandangan dan kritikan dilontarkan terhadap DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Itulah realiti dunia hari ini. Media sosial memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Namun saya yakin, Bangsa Johor mengenali siapa sebenarnya TMJ.
Sebagai Menteri Besar Johor, saya sendiri menyaksikan bagaimana banyak perkara yang digerakkan oleh TMJ lahir daripada satu keinginan yang jelas iaitu melihat Johor menjadi negeri yang lebih maju, berdaya saing dan rakyatnya hidup dengan lebih baik.
TMJ sentiasa meletakkan tanda aras yang tinggi untuk JDT. Penanda aras yang sama diletakkan terhadap kepimpinan negeri, termasuk saya sendiri, barisan EXCO serta kepimpinan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS). Tuanku sering mengingatkan bahawa amanah memimpin negeri ini bukan sekadar soal jawatan, tetapi tanggungjawab untuk bekerja lebih keras, berfikir lebih jauh dan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Dalam bidang pendidikan, Tuanku sering menekankan bahawa masa depan Johor mesti dibina melalui pendidikan yang berkualiti untuk generasi muda. Sebab itu lahirnya idea seperti Sekolah Rintis Bangsa Johor, bagi membina generasi anak Johor yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga memiliki kepimpinan dan keyakinan untuk bersaing di peringkat global.
Begitu juga dengan pembangunan belia melalui Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) serta gerakan Southern Volunteers, yang menghimpunkan ribuan anak muda Johor untuk turun membantu masyarakat ketika bencana dan situasi kecemasan. Inisiatif ini membentuk generasi muda yang bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga mempunyai semangat khidmat kepada masyarakat.
TMJ juga sering menekankan bahawa kemajuan ekonomi negeri mesti memberi manfaat sebenar kepada rakyat. Sebab itu Tuanku sentiasa menekankan kepentingan membawa masuk pelaburan berkualiti yang mampu menyediakan pekerjaan dengan gaji premium kepada anak muda Johor, selaras dengan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Hasil usaha bersama pelbagai pihak, Johor juga telah mencapai satu pencapaian penting apabila berjaya menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
Pada masa yang sama, lebih 20,000 unit rumah mampu milik telah siap dibina dan didiami oleh rakyat Johor, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai keluarga memiliki kediaman sendiri.
Ramai juga mungkin tidak mengetahui bahawa idea kepada Infaq Jumaat Johor, yang kini memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat setiap minggu, turut diinspirasikan oleh keprihatinan Tuanku terhadap golongan yang memerlukan.
Inilah sisi yang jarang diperkatakan.
Ramai melihat DYAM Tunku Mahkota Ismail hanya melalui ketegasan Tuanku dalam mempertahankan standard bola sepak. Tetapi jika dilihat secara lebih menyeluruh, visi Tuanku terhadap Johor sebenarnya melangkaui sukan semata-mata, ia meliputi pendidikan, pembangunan belia, ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan rakyat.
Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam mana-mana masyarakat yang matang. Namun janganlah kerana satu perkara kita membiarkan diri kita berpecah. Johor berada pada tahap hari ini kerana kita bergerak bersama sebagai satu Bangsa Johor.
Akhirnya, saya ingin mengajak seluruh rakyat Johor untuk terus memelihara semangat kebersamaan ini. Marilah kita saling menghormati dan terus bersatu dalam membina masa depan Johor yang lebih maju dan sejahtera untuk generasi akan datang.
Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.
Beberapa orang dlm FAM memang tak puas hati dengan saya dari dahulu kerana tak boleh buat duit. Ada beberapa yg datang minta saya tolong nak dapatkan projek, ada juga yang datang minta tolong tak di siasat SPRM dan macam-macam. Tetapi ramai yg kecewa apabila Kerajaan membantu beri dana kepada National team. Ramai tak puas hati kerana ada yang tak terlibat. Jadi secara senyap berjumpa Ultras Malaya, beberapa orang media, dan beberapa orang dalam social media. Untuk mula campaign sabotage dan menggunakan pelbagai naratif. Case FIFA adalah case forgery. Bukan eligibility kerakyatan, tetapi forgery dan document submission. Siapa yg buat wrong submission? Agent dan siapa dalam FAM? Mengapa tak submit document yg legit dari JPN? Kerana nak selamatkan orang dalam, pemain dipersalahkan. Semasa argument dalam hearing CAS pihak FIFA pun tak boleh jawab apabila ditanya mana bukti players terlibat atau bersubahat. Dan kenapa case ini dilayan lain daripada kes CAS sebelum ini apabila pemain wanita mengaku bersalah membuat forgery dan hanya dihukum 10 game untuk National team tetapi masih boleh bermain bersama club? Orang dalam patut bertanggungjawab. Bukan lepas tangan dan gunakan penyokong dan media untuk jadikan saya kambing hitam.
Too desperate. Such a pity. They can't compete, so they're trying very hard to find other alternatives to discredit our Johor Football Club. Try harder!
ALLEGATIONS OF JDT BEING PUBLICLY AND GOVERNMENT FUNDED IS A WRONG, JDT DOES NOT USE PUBLIC NOR GOVERNMENT FUNDS
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) vehemently denies allegations on social media that 91% of the club's revenue in 2024 came from public or state-linked sources as it is grossly inaccurate, uninformed and a misrepresentation of facts.
While JDT's audited financial accounts do list Johor Sports Council (Majlis Sukan Negeri Johor) and government grants or donations, it is merely a standard operating procedure where money is channeled for various purposes.
For the record, it is a norm in Malaysia for all sports sponsorships from private companies — a bulk of the 91% alleged in this case — to be channeled through the Sports Council (both national and state) due to tax relief purposes for the companies. As such, all of JDT's private sponsors also channel sponsorship money through the Sports Council.
Government grants and donations given are firmly for the development of sports at grassroots, including the organisation of youth tournaments and grassroot programmes at all Johor districts. A bulk of these is distributed to the Johor Football Association (PNBJ) and district football associations for these purposes.
JDT would like to clarify that none of this grants are utilised for the running of the football operations at the club, including first team expenses, salaries of employees, operations of the JDT Academy nor the maintenance of club assets.
Alistair Edwards
Johor Darul Ta'zim FC Chief Executive Officer & Technical Director
Hidup Johor Demi Johor
#WhatCanYouDo
#TheTMJeffect
#SouthernTigers
#JewelOfTheSouth
#JDTforAll