Doa Memohon Rahmat, Jalan Menuju Hidayah
Jadikan doa sebagai kekuatan, jadikan harapan sebagai sandaran.
Semoga setiap permohonan kita diangkat, setiap langkah dipimpin, dan setiap urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. ๐คฒ
#JAKIMuntukUmmah#SebarkanSalam#MalaysiaMadani
Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Puasa Qada
Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebagai kesinambungan ibadah selepas Ramadan.
Semoga perkongsian ini membantu dan memudahkan urusan ibadah kita semua.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Ayuh Hidupkan Malam Ramadan dengan Solat Sunat Tarawih!
Ramadan hadir setahun sekali, jangan biarkan ia berlalu tanpa makna. Sama ada solat di masjid atau di rumah, marilah kita bersama-sama menghidupkan malam Ramadan dengan Solat Sunat Tarawih.
Malam ini kita mula.
Orang tua kita selalu kata, "Ini rezeki anak," atau "Ini berkat baru menikah." Rupanya pesan mereka itu bukan sekadar kata-kata, tapi memang ada dalam al-Quran.
Allah itu Maha Luas. Ada rezeki yang Dia dah jamin, ada yang kita kena usaha, dan ada yang datang sebab kita istighfar. Bila kita faham jalan rezeki ini, hati kita takkan lagi rasa sempit dengan urusan dunia.
Doa Bersyukur Kepada Allah
ุฑูุจูู ุฃูููุฒูุนูููู ุฃููู ุฃูุดูููุฑู ููุนูู ูุชููู ุงูููุชูู ุฃูููุนูู ูุชู ุนูููููู ููุนูููููฐ ููุงููุฏูููู ููุฃููู ุฃูุนูู ููู ุตูุงููุญูุง ุชูุฑูุถูุงูู ููุฃูุฏูุฎูููููู ุจูุฑูุญูู ูุชููู ููู ุนูุจูุงุฏููู ุงูุตููุงููุญูููู
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku untuk tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan untuk aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmat-Mu - dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh.
(Surah al-Naml: 19)
SEBAB BERLAKUNYA ISRAK MIKRAJ
1. Tasliyah (ุงูุชุณููุฉ): Pengukuhan jiwa dan pemberian ketabahan kepada Nabi SAW selepas Tahun Kesedihan Nabi atas kewafatan Abu Talib, Siti Khadijah RA dan peristiwa di Taif.
2. Tasyriโ al-Solawat (ุชุดุฑูุน ุงูุตููุงุช): Menerima perintah solat fardu lima waktu secara langsung daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha.
3. Iraโatul Ayat (ุฅุฑุงุกุฉ ุงูุขูุงุช): Memperlihatkan tanda-tanda keagungan kerajaan Allah (Surah al-Israโ: 1) sebagai persediaan mental untuk fasa dakwah yang lebih besar.
4. Imtihan al-Iman (ุงู ุชุญุงู ุงูุฅูู ุงู): Ujian keimanan bagi penduduk Mekah untuk membezakan antara mukmin yang benar dengan golongan yang ragu-ragu.
5. Tashrif al-Rasul (ุชุดุฑูู ุงูุฑุณูู): Pengiktirafan dan kemuliaan kedudukan Nabi ๏ทบ di sisi penduduk langit (para Malaikat & Nabi) berbanding penolakan kaum kafir di bumi.
Memahami sebab-sebab berlakunya Israk dan Mikraj ini membantu kita sedar bahawa setiap kesulitan yang kita hadapi pasti ada hikmah di penghujungnya. Sebagaimana Rasulullah ๏ทบ dikuatkan semangatnya melalui perjalanan ini, semoga kita juga terus cekal dalam berdakwah dan berpegang teguh kepada iman, walau apa pun ujian yang mendatang.
Almighty. We pray for healing; from disease, failure, hardship, depression etc. Weโre battling fear and worry at every turn. You can heal us in a heartbeat. Take away the pain and grant miraculous healing which only You are capable of. Fill us with hope as we wait. Aameen.
Alhamdulillah, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H/2025M kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji.
Berita penuh: https://t.co/2gWIYaBVHL
#tabunghaji#haji#haji1446H#malaysiamadani#alfalah#bayaranhaji
๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐ญ๐๐ง๐ ๐ ๐: ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐, ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ก๐๐ง, ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ , ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐
Kata pujangga Arab:
ููููููู ู ูุง ููุฏููุฑู ุงูุฑููุญู ููู ู ููุนูููู
Maka setiap yang telah ditakdirkan oleh al-Rahman pasti berlaku. (Lihat Syarh al-Faridhi โAla Alfiyah Ibn Malik, 1/565)
Dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujudnya badai dan ombak yang kadang-kala menguji kekuatan sesebuah hubungan. Setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran ini.
Namun, Islam mengingatkan bahawa meskipun perceraian itu dibenarkan, ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah dalam kalangan yang halal. Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.
Jika perpisahan itu tidak dapat dielakkan, Islam mengajar kita untuk melepaskan pasangan dengan cara yang baik dan penuh ihsan,
Benarlah hadith sepertimana diriwayatkan daripada Ibn โUmar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุฃูุจูุบูุถู ุงููุญูููุงูู ุฅูููู ุงูููููู ุงูุทููููุงูู
Maksudnya: โPerkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.โ
Riwayat Abu Daud (2178)
Al-Sanโani menjelaskan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa sebaiknya, jauhilah diri daripada terjatuh dalam perbuatan talak ini selagimana terdapat padanya keluasan, iaitu ruang-ruang untuk tidak menceraikan. (Lihat Subul al-Salam, 2/248)
Keduanya, hendaklah kita fahami dan amalkan apa yang diperintahkan oleh Allah berkenaan dengan talak. Firman-Nya:
ุฃููู ุชูุณูุฑููุญู ุจูุฅูุญูุณูุงูู
Maksudnya: โatau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.โ
(Surah al-Baqarah: 229)
Al-Syaukani berkata: Yakni menceraikan dengan cara yang baik, iaitu dengan tidak merujuknya sampai selesai masa iddahnya, melepasnya ke rumah keluarganya dengan perkataan yang baik, dan memberinya mutโah (hadiah atau harta). (Lihat Fath al-Qadir, 1/332)
Sikap ini penting agar tidak mencalarkan maruah mana-mana pihak serta memastikan hak-hak kedua-dua suami dan isteri tetap terjaga.
Sebagai manusia, kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan. Islam mengajarkan untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.
Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan, namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat. Justeru, setelah berpisah, berilah ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.
Betapa indahnya madah pujangga Arab:
ููุนูููู ุงูุฑููุถูุง ุนููู ููููู ุนูููุจู ููููููููุฉู ... ููููููููู ุนููููู ุงูุณููุฎูุทู ุชูุจูุฏููู ุงููู ูุณูุงููููุง
Mata yang redha itu buta akan segala yang tercela; Sedang mata yang membenci hanya melihat yang buruk cuma. (Lihat Mausu'ah al-Raqa'iq wa al-Adab, hlm. 983)
Selain itu, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa. Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa. Anak-anak adalah amanah dari Allah, dan kita wajib menjaga kebajikan mereka dengan penuh perhatian.
Dalam menghadapi perpisahan, doa dan munajat kepada Allah SWT adalah sandaran utama kita sebagai hamba-Nya. Berdoalah agar kita diberikan kekuatan, kesabaran, serta petunjuk dalam melalui ujian ini. Doa juga menjadi penghubung rohani antara kita dan Tuhan, menjadikan kita insan yang lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran hidup.
Akhir sekali, jadilah seorang yang sentiasa mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.
Di dalam situasi yang penuh dengan konflik, sebaiknya kita berusaha untuk menjadi orang yang mendamaikan dan memperbaiki keadaan. Firman Allah dalam surah al-Hujurat mengingatkan kita untuk mendamaikan dua saudara yang bertelingkah kerana sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.