Waalaikumussalam.
Nama tersebut tidak digalakkan, malah sebahagian ulama menghukumkannya sebagai makruh atau haram.
Ini kerana nama “Mikayla” berasal daripada nama malaikat Mikail (ميكائيل), iaitu malaikat yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah dan ditugaskan menguruskan rezeki serta urusan tertentu dengan izin-Nya.
Sebaiknya pilihlah nama yang jelas dan baik maknanya.
Dalam hal agama, rujuklah kepada orang yang berilmu, bukan sekadar bergantung kepada carian atas talian semata-mata.
Ya, orang berilmu juga mungkin menggunakan Google sebagai rujukan, tetapi mereka mempunyai kaedah penilaian dan disiplin ilmu dalam memahami sesuatu isu.
Boleh DM sahaja untuk apa-apa isu yang saya boleh bantu. Wallahua’lam