Antara sebab kenapa kita perlu beramal dengan hadith ini, terutamanya pada zaman sekarang
«مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ»
Sabda kekasih kita,
“Antara petanda baiknya Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah buat dirinya.” (Hadith Hasan, diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dan selainnya)
Dunia sekarang terlalu banyak distraction. Sampai setiap hari kita rasa masa tak cukup. Padahal Allah bagi sama rata 24 jam buat setiap manusia.
Tanpa kita sedar, dunia di hujung jari sedang perlahan-lahan mencuri ketenangan kita. Setiap hari algoritma dalam media sosial dan telefon memaksa kita menelan seribu satu cerita.
Kita dijerat dengan FOMO, seolah-olah kita rugi besar bila tak ambil tahu isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Kita rasa diri kita wajib ambil peduli dan wajib ada pendapat tentang segalanya, tak kisah daripada isu politik dunia sampailah pada post gender war yang selalu remehkan peranan dua pihak baik lelaki dan perempuan, dan termasuk juga berita sensasi retaknya rumah tangga selebriti yang tak pernah kenal pun kita ni siapa.
Lalu kita hairan kenapa jiwa kita terasa begitu sempit. Kita bangun pagi dengan rasa resah, dan melelapkan mata pada waktu malam dengan fikiran yang cukup berserabut.
Sedangkan jika kita berhenti sejenak dan jujur pada diri sendiri, hampir semua perkara tu langsung tak ada kena mengena dengan diri kita.
Tak beri kesan membantu ekonomi keluarga kita
Tak tambah walau sebutir pahala atau ilmu yang bermanfaat buat bekalan akhirat kita
Tak tertakluk di bawah bidang kuasa atau kepakaran kita pun
Sebenarnya ribuan tahun dulu, Baginda Rasulullah SAW dah lama ajar kita tentang pengurusan masa dan fokus kita. Tanpa fokus yang jelas, sebab tu ramai diantara kita selalu alami kelesuan mental disebabkan selalu sangat ambil tahu perkara yang kita sendiri tidak mampu kawal dan tidak mampu sumbangkan apa-apa
We don't need more time. Kita hanya perlu fokus, terutamanya pada amal dan selalulah hitung diri sendiri.
Banyakkan beramal..
Akhir zaman ni yang menjadi benteng kita ialah amal. Begitu juga dalam kubur kelak yang mana seksaan dalamnya itu adalah benar. Hanya amal sahaja yang mampu jadi penahan, maklumat sia-sia yang selalu kita consume kat dunia ni takkan mampu pun untuk bantu kita kelak.
Kita semua perlu bermuhasabah.
Tak nafi, the struggle is real. Tak kurang juga ramai yang rasa down sangat sebab asyik ulang dosa yang sama, padahal dalam hati mereka ni tengah cuba nak jadi orang baik dan dekat dengan agama.
Cuma janganlah hingga nafikan setiap diantara kita bertanggungjawab atas pilihan kita. Apa jua alasan kita terhadap maksiat kita, kita pasti akan bersoal jawab dihadapan Allah kelak dan takde sorang pun akan tanggung dosa orang lain melainkan dosa masing-masing.
Disini saya nak letak sikit tips Syeikh Soleh as-Sindi pada mereka yang selalu struggle untuk tinggalkan dosa dari video ini, tak kisahlah dosa apa sekalipun. Saya ringkaskan dan rephrase balik;
https://t.co/lxdirgvMU1
(Pautan video asal)
1. Jangan give up.
Kekallah memohon keampunan dari Allah, waima berapa ratus kali pun kita tersungkur jatuh ke dalam maksiat. Yang penting bangun balik dan taubatlah bersungguh-sungguh, dan jangan sesekali termakan dengan hasutan syaitan : "Allah takkan ampunkan kau dah."
Kena sentiasa husnuzon (bersangka baik) dengan Allah dan jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat pengampunan-Nya.
2. Mujahadah lawan hawa nafsu
Hidup ni memang tempat kita berjuang, terutamanya dengan hawa nafsu sendiri. Bertegaslah dengan diri. Percayalah, kalau hati kita betul-betul jujur nak berubah, Allah confirm akan tolong dan bagi jalan keluar. Bila kita usaha, Allah pasti bantu kita kalahkan syaitan.
Allah dah janji,
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
“Dan orang-orang yang berjuang di jalan Kami, pasti Kami akan memberi mereka petunjuk di jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik”
3. Lawan dosa dengan banyakkan amal soleh
Ini paling susah tapi sangat berkesan. Counter perbuatan dosa dengan amal soleh yang berlawanan:
• Kalau kelemahan kita pada mata, selalu tengok benda tak elok, sibukkan mata dengan pandang dan baca al-Quran, hadith Nabi SAW atau pandang keindahan langit dan bumi dan merenung hikmah kenapa Allah ciptakan mereka.
• Kalau kelemahan pada telinga, sibukkan telinga dengan banyakkan mendengar bacaan al-Quran, dengar hadith-hadith Nabi atau podcast ilmu
• Kalau selalu buat dosa dengan lidah, Basahkan lidah kita dengan zikrullah.
Trust the process. Lama-lama, kemanisan buat ibadah ni akan tewaskan rasa seronok buat dosa tu
4. Sentapkan hati dengan perkara galakan untuk amal soleh dan amaran dan ancaman buruk terhadap dosa (At-Targhīb wa't-Tarhīb).
Dapatkan bahan bacaan yang memperincikan hadith-hadith tentang nikmat Syurga, seksa Neraka, kematian, alam barzakh, dan seksaan kubur.
Benda-benda macam ni sangat berkesan untuk buat hati kita 'tersentap' dan kembali sedar.
Bacalah daripada bab-bab mengenai hadith-hadith yang melembutkan hati (Ar-Raqā'iq), seperti Kitāb ar-Riqāq daripada Sahīh Al-Bukhārī, Riyādus-Sālihin, al-Matjar Ar-Rābih (kitab hadis yang menghimpunkan kelebihan dan fadhilat bagi amalan soleh), dan buku-buku berkaitan. Bacalah juga bab-bab yang berkaitan dengan Akhirat.
5. Selalulah dampingi al-Quran
Tahu tak kenapa kita mudah jatuh dalam lembah dosa? Sebab hati kita tengah sakit dan keras. Ubat paling mujarab untuk hati yang sakit tak ada lain melainkan dengan al-Quran. Disiplinkan diri buat target bacaan harian. Kalau sebelum ni baca sehelai, kita upgrade sikit-sikit.
6. Berdoalah dengan ikhlas kepada Allah
Syaitan cuma boleh kalahkan kita bila kita jauh dari pergantungan terhadap Allah. Satu-satunya kuasa yang boleh selamatkan kita dari ketagihan dosa ni cuma Allah.
Angkat tangan, menangislah, dan merayu sungguh-sungguh minta Allah tarik rasa nak buat dosa tu.
.
P/S : Nak berubah tu memang penat. Tapi ketahuilah, struggle kita nak lepaskan diri dari belenggu dosa tu pun sebenarnya satu ibadah. Allah nampak dan pasti hargai setiap titis air mata serta penat lelah kita.
Moga Allah kurniakan kita kesempatan untuk taubat nasuha serta memasukkan kita semua ke dalam Syurga-Nya.
I hope trend pakai sport jacket ketat2 + hijab, jogging tak pakai baju, naik basikal pakai baju sendat akan stop soon.
Baik lelaki and perempuan muslim. Nak jadi sihat bukan bermakna kena pakai pakaian yg makin sendat. Peringatan utk diri sendiri juga
berasa ditampar bgt sama kalimat ini : 🥺😭😭
“titik terendah seseorang adalah ketika lupa rakaat sholat karena memikirkan dunia. sedangkan dia tau, dia sedang berhadapan sama pencipta-Nya.”
Oh, jadi ini kenapa anak muda gak boleh punya waktu luang dalam islam, pokoknya harus sibuk, tentu sibuk dalam kebaikan. Ternyata hikmahnya emang biar gak gampang stress😭
org zina yg jelas haram dibilang ‘yaelah gausah ngurusin org lain~ yg penting sama sama consent’
giliran org nikah yg jelas halal dan sama sama dewasa malah pada ribut maharnya lah, tafsirnya lah, semua diurusin😂
Solusi paling relevant untuk elak riba' dan berhutang adalah sabar dan syukur.
Sabar mengawal nafsu. Sabar untuk menabung. Sabar hidup 'susah', dan bersyukur dengan apa yang ada.
Kalau tak ada dua ni, bagilah apa solusi pun, kita akan rasa ia mustahil untuk dibuat.
TERKINI
Hari ini berlangsung pengebumian serentak terbesar dalam sejarah Gaza
Apabila 112 orang Keluarga Abu Hassouna dan Abu Sharia terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza. Junlah yang hilang keseluruhan ialah 308 orang dan dipercayai baki jenazah hancur berkecai
Pasukan Pertahanan Awam Gaza melaksanakan operasi mencari jenazah mereka dari 14 Julai sampai 1 Ogos 2026
Sedar tak sedar, hari ini makin ramai yang menormalisasikan budaya hilang rasa malu dan abaikan batas ikhtilat
Pergi bercuti jauh sama2, melepak sampai lewat malam bercampur lelaki dan perempuan, karaoke joget2, I tengok haritu siap mandi waterpark sama-sama, bergurau bertepuk tampar seolah-olah tiada batas
Sedangkan kalau ikutkan, sifat malu itu sebahagian daripada iman. Bila rasa malu semakin hilang, jadilah macam sekarang. Masing2 dah tiada perasaan malu dan segan dengan jantina lain
Di mana perginya perasaan malu dan maruah? Ini belum masuk part keselamatan lagi