Kenapa ada rider memilih box kaki lipat berbanding kaki biasa?
Jawapan pendek = Lebih stabil disebabkan kedudukan pusat graviti (centre of gravity), pusat jisim (centre of mass) & juga kesan aerodinamik.
Jawapan panjang...
𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. 𝗣𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
28 Mei 2025
Mayat disimen dlm tong drum dicampak dlm estate pn boleh jmpa inikn pula kejadian di tempat elite yg penuh dgn teknologi.
Dgn ini terbukti keadilan boleh dibeli.Selagi hg x pegang tittle,bkn ank raja,ank tan sri,ank dato,jgn hrp akn keadilan undang² dunia.Who to trust now?
@xumpalumpah@nizamiks Okay, mari kita bedah sikit comparison ni dengan mata yang tajam. Aku tengok table ni, memang menarik sebab Bursa, Maybank, dan Public Gold punya perbezaan yang ketara. Tapi aku nak fokus pada apa yang really matters untuk orang yang nak melabur emas ni, especially kalau kau jenis yang tak suka kena kelentong dengan kos tersembunyi.
First, tengok spread value (%). Bursa paling rendah, 1.51%, which is bagus sebab kau tak rugi banyak masa nak jual balik. Maybank 1.83%, still okay, tapi Public Gold 8.27%? Gila lah, macam kau bagi free duit je kat dia orang. Spread tinggi ni makan keuntungan kau, especially kalau kau jenis yang trade jangka pendek. Kalau kau simpan lama, maybe tak rasa sangat, tapi tetap lah, 8.27% tu macam kena upah bodyguard emas yang overcharge.
Gold premium per gram (RM), Bursa charge RM17.27, Maybank RM25, Public Gold RM15. Premium ni biasanya untuk cover kos operasi dia orang, tapi Public Gold murah sikit kat sini. Tapi jangan terpedaya, sebab spread dia tadi dah makan kau punya untung. Maybank punya premium agak tinggi, so kalau kau beli dalam kuantiti besar, kos tu akan terasa.
Kos pos dan insurance, Bursa RM23, Maybank RM18.75, Public Gold RM25. Ni kos kalau kau nak ambil emas fizikal. Bursa paling mahal, maybe sebab dia strict dengan courier atau quality control. Maybank paling murah kat bahagian ni, so kalau kau jenis yang suka pegang emas fizikal, Maybank mungkin pilihan baik.
Minimum purchase, Bursa dan Maybank sama-sama RM10, tapi Public Gold RM100. Kalau kau baru nak start melabur sikit-sikit, Public Gold kurang fleksibel. Dan tengok tu, minimum fizikal 1 gram, Bursa RM4.25, Maybank RM1 je, Public Gold RM100. Maybank menang besar kat sini kalau kau nak start kecil.
Satu benda aku nak highlight, harga jual beli ni based on 21 April 2025, tengah hari. Harga emas dunia tengah naik gila sekarang, ada forecast cakap boleh cecah USD3,000 per ounce tahun depan. So, timing kau melabur tu penting. Tapi jangan lupa, emas ni bukan untuk orang yang nak cepat kaya, ini untuk yang nak simpan harta masa ekonomi tengah gila.
Kesimpulannya, kalau aku nak melabur, aku mungkin pilih Bursa sebab spread rendah, walaupun kos pos dia mahal sikit. Maybank pun okay untuk orang yang suka pegang emas fizikal sebab minimum murah. Public Gold, maaf lah, aku tak nampak sebab nak pilih dia melainkan kau memang diehard fan dia punya brand. Kau pilih lah mana yang sesuai dengan gaya kau, tapi jangan lupa kira betul-betul kos tersembunyi tu. Melabur emas ni kena sabar, bukan macam main TikTok, esok dah viral.
[2021] 20 orang polis pecah pintu rumah aku macam ni utk tangkap aku bawah Akta Hasutan, rampas laptop, modem & router. Polis tak tunjuk waran. Aku minta polis tunggu hingga peguam aku sampai, tapi mereka tetap pecah masuk. Nasib peguam sampai seminit lepas tu. Now kes tu NFA.
TAHNIAH 3 SYARIKAT YANG DIPILIH MOT!
Aku mulakan dengan ucapan tahniah lah. Aku ucap tahniah sebab aku ada jangkakan yang dapat projek ini pasti akan ada sesuatu. Aku sudah sebut lama dah. Monopoli ditamatkan untuk kroni atau melahirkan oligopoli sahaja.
Rujuk hantaran pandangan lama aku :
https://t.co/5FiC9YZ1wf?
Ramai gila orang seru aku pasal isu ini. Kenapa tanya aku? Patutnya, tanyalah Menteri Pengangkutan. Aku seperti biasa tidaklah kisah. Satu sebab aku tak berminat. Aku lebih suka SCRUT kekal menjadi “third party independent entity” dan SCRUT memang tak layak pun. Tawaran tersebut bukan untuk marhaen, tapi untuk mahakaya sahaja. Modal kena RM 10 juta!
Nama-nama syarikat yang dapat pun kelakar. Nama-nama yang biasa syarikat alibaba buat untuk nampak Melayu.
1. Wawasan Bintang Sdn Bhd
2. Pakatan Petroleum Sdn Bhd
3. Beriman Gold Sdn Bhd
Apa pun tahniah. Semua ini dapat mengikut jalan melalui kuasa Menteri Pengangkutan. Yelah, dalam tender telah tertulis jelas,
“Lesen yang diberikan tertakhluk kepada semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh MENTERI PENGANGKUTAN.”
Walaupun ketiga-tiga syarikat ini tiada kepakaran dan pengalaman dalam bidang perkhidmatan yang berkaitan. Seperti yang dinyatakan dalam perkara 7 ekspektasi MOT dan JPJ.
Hal ini korang boleh semak sendiri sejarah syarikat tersebut di SSM atau di https://t.co/OobQzoTvar. Pasal pandangan CEO pai sontot tu, korang abaikan jelah. Dia kan baru dapat jawatan lantikan politik kerajaan Mat Sakau untuk jadi pengarah di SC. Kenalah jilat tuannya. Kata pujangga tok batin di Mauritania,
“A dog never bites the hand that feeds him.”
Mudah. Itu yang dia gagal bezakan naratif dan konteks rakyat marhaen, sampai membodohkan masyarakat untuk menegakkan benang yang basah. Kononnya jangan pertikai, ia SPV. Walhal, apa matlamat dan maqasid penamatan monopoli PUSPAKOM yang dipersoalkan.
Lagipun, dia tu mana tahu pasal perniagaan. Dia tau audit, akaun, jual pai, nasi bungkus, air liur pandailah. Dia jual pai pun tak berjaya. Jadi, korang anggap jela dia nak tunjuk pandai. Maklumlah, dia kan terpaling CEO. Jilat punya jilat kerajaan Mat Sakau, dapat juga jawatan akhirnya. Mestilah dia kena mensyukuri nikmat. Dah cuba nak berniaga, tapi gagal kan.
Lagipun, dia juga telah gagal buat analisis dengan baik dan jujur, itu sebab dia sokong Fashion Valet, Invoke dan Aerodyne. Hal itu membuatkan aku pasti dia ini hanya ruwaibidhah yang nak cakap semua perkara. Maklumlah, bekas CEO Tabung Haji yang gagal. Kan? Tak sampai 2 tahun dah diturunkan.
Rujuk : https://t.co/8X5hhzhuJj
Isunya bukan SPV atau vavi. Tapi, naratif yang dimainkan kepada rakyat marhaen adalah monopoli berjaya ditamatkan, hakikatnya ia diberi kepada kroni. Ia diberi kepada mahakaya. Ia tidak memecahkan monopoli, tetapi ditukar kepada oligopoli. Daripada T1 kepada T5 yang lain. Itu sahaja. Rakyat marhaen tak dapat apa-apa manfaat. CEO pai sontot dapat jawatan di SC, dah sedaplah. Berapa elaun kat SC tu dapat?
Dalam ketiga-tiga syarikat tersebut, hanya satu sahaja yang aku berminat iaitu Wawasan Bintang Sdn Bhd.
Kenapa? Sebab ia tidak nampak dalam SSM syarikat-syarikat kapitalis besar sebagai pemegang saham. Tapi ia milik penuh (di atas kertas) 3 orang individu dengan modal berbayar RM20 juta. Syarikat baru daftar Jun 2024. Tidak pernah audit, tiada ada pengalaman apa. Yang ada, duit sahaja.
Jadi 3 orang pemiliknya pasti pembayar cukai LHDN yang patuh dan banyak kan? Mereka adalah :
Idris bin Mohd Noh kini berusia 70 tahun, mengeluarkan modal sebanyak RM6 juta, Marwiyah binti Marwi yang berusia 54 tahun, mengeluarkan modal sebanyak RM7 juta, dan Noriah bin Mohd Said berusia 69 tahun, mengeluarkan modal sebanyak RM7 juga juga.
Kaya kan mereka ini? Siapa mereka? Mesti korang nak tahu? Aku skeptikal sikit apabila syarikat milik Melayu tetapi menggunakan 3 setiausaha syarikat milik Cina. Jadi, aku pun menggali lebih sedikit. Ini bukan SPV ya!
Lagi parah dari Malaya ni sampai helmet org kene buka kan, patutla Taib Mahmud berzaman bermaharajalela kat sana, jiwa hamba mengalahkan org ada sultan😭🙏🏻
Hahahaha...
Kartel Bazar Ramadan sudah goyang gais‼️
Haritu kemain memekak nak ugut nak cabar Menteri..
Bila @DrZalihaMustafa buat pekak..
Harini melutut merayu pulak.
Jangan bagi muka‼️
No Kartel.. No Broker‼️
SALUTE DR Z 😍
Terbaru, @DBKL2u serbu peniaga haram di Jalan Sultan. Yang tak tahu, Jalan Sultan ini di kawasan China Town, berhampiran Petaling Street.
Respek dengan YBM @DrZalihaMustafa. Semua tempat dia serbu. Kawasan Melayu, India dan Cina, semua kena.