Dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan ‘boneka’ kepada DAP hanyalah sentimen politik tidak mencerminkan realiti pentadbiran negeri yang tidak seharusnya menjadi kayu ukur pengundi dalam menilai prestasi sesebuah kerajaan.
#PRNNegeriSembilan
Saya faham niat setiap calon adalah untuk menang. Tetapi, warga emas yang sedang terbaring uzur dan bertarung dengan kesakitan di atas katil bukanlah audiens untuk kita menjaja manifesto, menabur janji politik, apatah lagi meminta mereka mendoakan kemenangan parti kita. Waktu itu adalah waktu mereka paling rapuh, dan apa yang mereka perlukan hanyalah doa, ketenangan, dan sokongan moral, bukan bebanan kempen politik.
Di sinilah kita dapat melihat perbezaan nilai yang sangat jelas. Perhatikan bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra disapa Tok Min, menyantuni pesakit. Beliau melangkah masuk ke ruang ziarah itu bukan dengan 'baju politik', sebaliknya beliau hadir sebagai seorang manusia biasa yang penuh rasa empati. Tiada laungan kempen, tiada permintaan untuk dipangkah pada kertas undi. Yang ada hanyalah kata-kata semangat, permohonan maaf yang sangat merendah diri sebagai seorang pemimpin, dan doa yang ikhlas agar pesakit diberi kesembuhan.
Tok Min mengingatkan kita bahawa katil pesakit itu adalah cerminan masa depan kita semua. Kesantunan, keikhlasan, dan sifat tawaduk ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat di hadapan kamera; ia lahir dari hati nurani seorang pemimpin yang benar-benar menghormati rakyatnya.
Ketenangan dan jiwa besar Tok Min inilah yang sebenarnya menjadi paksi kepada kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan. Pemimpin yang tidak ego dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan amat mudah membina keserasian.
Nismilan Elok Dah, Kekal Tok Min
#KekalHarapan #NegeriSembilan
@RajaMohdShahrim Boleh pulak undi cina India walaupun ada calon Muslim di tempat tu.
Memang munafik haraki. Bukan munafik Islam, tapi haraki.
Dulu tak boleh, sekarang boleh, lepastu tak boleh sebab gaduh, sekarang boleh balik. Cenggitu lah politik Malaysia sampai mati.
Nasih baik ada Bersama.
@Hanafi89450030@MalaysiaGazette Amat membimbangkan apabila kita tidak membaca data/statistik dgn betul yg boleh memberi terjemahan yg salah dan akhirnya wujudnya wrong comprehension. Sila rujuk website Jab Statistik Negara utk data yg lebih mudah difahami.
@Gemss0123@Hanafi89450030 Betul, statistik kadar pertumbuhan KDNK negeri yg ditunjukkan dlm graf di atas adalah peratusan peningkatan berbanding KDNK pd 2024 bg negeri tersebut. Perbandingan tdk dibuat mengikut ranking. Boleh rujuk Jab Statistik Negara.
Biarlah orang Negeri Sembilan sendiri yang pilih dan tentukan sendiri.
Mereka ada akal fikiran dan pendirian sendiri.
Negeri Sembilan elok dah
#KekalHarapan
Perlu diingatkan bahawa menukar pemimpin tidak semestinya akan menyelesaikan masalah atau menjamin pengganti yang lebih baik, malah keadaan mungkin boleh menjadi lebih teruk.
Lihat sahaja rekod Kerajaan Tebuk Atap Perikatan Nasional. Dalam tempoh hanya 33 bulan, rakyat disajikan dengan perebutan kuasa, percaturan politik dan budaya jatuh-menjatuhkan sesama mereka. Akibatnya, kestabilan politik tergugat, keyakinan pelabur terjejas dan ekonomi turut menerima tempias. Dan keadaan yang sama berlaku di Perlis, apabila perebutan kuasa sekali lagi mengatasi kepentingan rakyat.
Persoalannya, sampai bila rakyat perlu menjadi mangsa kerakusan politik?
@barak2223@salyabhai1@SyedSaddiq I’m one of the university lecturers. If the recipients are university students, yes definitely the ipads will be used for their study, and of course they can still playing games during their free time.
Tahukah kamu siapakah yang mula2 bertanyakan secara rasmi tentang pelaburan KWAP dalam syarikat eFishery (atau efishery) yang mengalami kerugian hampir RM200 juta?
• Pembangkang? Nope! Depa sibuk mengejar kuasa.
• Ahli Parlimen pro DAMAI? Nope! Depa tak tau apa. Sedap di kerusi empuk.
• Habis tu siapa? Beliau adalah Ahli Parlimen Subang, YB @WongChen_MY.
Jika tidak, tiada siapa yang tahu bahawa KWAP sudah kerugian beratus juta.
Tarikh dan konteks : Anwar Ibrahim menjawab soalan bertulis Wong Chen di Parlimen pada sekitar 16–17 Julai 2026. Soalan Wong Chen meminta penjelasan tentang langkah pertanggungjawaban terhadap Lembaga Pengarah KWAP, panel pelaburan, dan pengurusan kanan berhubung pelaburan tersebut yang menyebabkan kerugian dana pencen penjawat awam.
Pelaburan KWAP : KWAP melabur sekitar AS$47.7 juta (kira-kira RM194–203 juta) dalam pusingan pembiayaan Series D eFishery pada Julai 2023. Ia merupakan sebahagian daripada AS$200 juta yang dikumpul syarikat itu. Syarikat Indonesia ini kemudian terlibat skandal manipulasi laporan kewangan, dan pengasasnya Gibran Huzaifah dipenjara 9 tahun.
Respons Anwar : Pelaburan itu didakwa tertipu kerana manipulasi kewangan oleh pihak pengurusan eFishery, walaupun KWAP dan pelabur lain (seperti Temasek, SoftBank) telah buat due diligence. KWAP sedang kejar pemulihan dana dan semak proses dalaman.
Sebelum ini, isu eFishery sudah dibincang dalam media (contohnya artikel 'The Edge' pada awal 2025 dan Mei 2026), tetapi Wong Chen adalah yang pertama mengangkatnya secara rasmi di Parlimen, yang mencetus jawapan PM dan liputan meluas.
Syabas Ahli Parlimen Subang dalam mengawasi penggunaan dana awam seperti KWAP.
Nogori Den dah Bubar
4 Jun 2026
Ini ialah Rajutan Pencapaian Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dari 2022-2026
1) Berjaya membasmi Kemiskinan Tegar sepenuhnya pada 2023. Negeri pertama di Malaysia berjaya melaksanakan perkara demikian. Kemiskinan Tegar ialah orang miskin berpendapatan RM 2,402 dan ke bawah dan tidak boleh membeli langsung keperluan asas untuk hidup
2) Pelaburan Tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan iaitu RM 19.1 Bilion pada 2025. Ini lebih tinggi dari RM 8.2 Bilion pada 2022 dan RM 2.8 Bilion pada 2018. Membuka 3,845 peluang pekerjaan melibatkan lebih 200 projek
3) KDNK Negeri Sembilan naik 3 tahun berturut-turut kepada RM 55.8 Bilion pada 2025 dari RM 51.9 Bilion pada 2022
4) Pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan buat kali pertama melebihi perbelanjaan selama 2 tahun berturut turut. Pada 2025 Kerajaan NS mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM 83.02 Juta berbanding hutang RM 35 Juta pada 2022.
5) Mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM 655.8 Juta iaitu 111 peratus mengatasi sasaran iaitu RM 590 Juta
6) Bonus 3 bulan gaji kepada semua penjawat awam bawah Kerajaan Negeri Sembilan pada 2026 dan bantuan RM 300 kepada semua penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan
7) Bantuan terus kepada mereka yang baru terlepas dari kemiskinan tegar seramai 2,969 orang isi rumah
8) Membawa masuk 300 Peluang pekerjaan baru melalui Projek F&N di Gemas Negeri Sembilan. Apabila beroperasi sepenuhnya ia akan membuka 600 peluang pekerjaan baru
9) Audit Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan lulus tanpa kesilapan oleh Jabatan Audit Negara pada 2024. Mengekalkan prestasi Audit lulus tanpa kesilapan sejak 2017.
10) Berjaya melaksanakan selenggara sepanjang 8,016.49 km dari 10,166.31 km sejak 2019 termasuk jalan luar bandar, perindustrian, dan bandar
11) Berjaya membaiki 170 buah jambatan sebanyak RM 78.51 Juta
12) Berjaya membaik pulih cerun dengan kos RM 244 Juta
13) Berjaya membaiki peparitan dan longkang dengan kos RM 388 Juta di seluruh NS.
14) Sejak 2020-2025. Sebanyak 4,665 projek membaiki jalan raya dijalankan dengan kos RM 453 Juta
15) RM 12.98 Juta dibelanjakan memberi manfaat kepada 58,000 orang dan keluarga di seluruh NS.
16) 48,611 warga emas menerima manfaat bantuan warga Emas RM 200 secara one off. Bantuan ini untuk mereka berusia 70 tahun ke atas
17) 5,367 ibu tunggal miskin dan miskin tegar mendapat bantuan one off RM 200 melalui Program Care 4 U
18) 1,832 orang berusia 18 hingga 35 tahun mendapat manfaat bantuan RM 500 One off untuk Insentif Perkahwinan Belia Kali Pertama
19) 171 bayi dan kanak kanak mendapat manfaat bantuan Skim One Off Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN
20) Bantuan kelengkapan persekolahan kepada 1,659 pelajar sekolah rendah yang miskin dan miskin tegar
21) 1,599 pelajar sekolah menengah menerima biasiswa kecemerlangan Anak Negeri
22) 2,287 pelajar siswa siswi NS mendapat bantuan di peringkat IPT
23) Simpanan Rizab tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan iaitu RM 1.3 Bilion
24) 120 peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana PMKS mendapat manfaat bantuan dana dan kepakaran melalui Program NS Choice
25) 102 PMKS mendapat status sijil halal dengan teratur melalui Program Halal Kotej Go Global
26) Penggali Kubur mendapat bayaran RM 1,000 secara one off
27) 500 orang pelajar isi rumah berpendapatan RM 5,000 ke bawah mendapat manfaat Bantuan Asrama Penuh sebanyak RM 300
MCA tak setuju larangan minum arak tepi pantai🔥
Tok Min baru yoo larang seminggu lopeh, dah meroyan dahhhh puak MCA nih.
Baru menang kat Johor dah mula tunjuk perangai.
MCA nak Port Dickson tu jadi macam Phuket ke 🤦
REFORMIS & POPULIS
🟦 Bila dia buat Reformasi hilangkan monopoli Touch n Go & Puspakom, baik untuk Rakyat. Ada pilihan lain dan tambah murah pula. Tetapi Kroni Kapitalis mula membenci dia.
🟦 Bila dia buat reformasi pencen penjawat awam. Bukan melenyapkan terus pencen tetapi mengganti nya dengan KWSP, baik untuk kantung negara. Tetapi orang Kerajaan tak puas hati.
🟦 Bila dia tarik subsidi pukal dan buat subsidi tersasar, baik untuk fiskal negara. Rakyat marah, kalau boleh kita nak subsidi selamanya.
🟦 Bila dia nak buat 2 penggal Perdana Menteri, Asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, orang politik marahkan dia dan cuba mencantas juga.
Semua benda yang dibuat punya satu persamaan.
Ia memberi manfaat jangka panjang kepada negara, tetapi kos politiknya dibayar hari ini.
Satu perkara yang wajib juga diketahui, dia berjaya buat semua ini, tanpa menang pilihanraya dengan majoriti mudah atau 2/3 di Parlimen.
***********
Dalam podcast JPO saya pernah suarakan seorang Reformis kena bersedia untuk berkhidmat sepenggal sahaja. Kerana Reformasi2 yang hendak dibuat ini tidak popular, bukan untuk kita senang sekarang. Tetapi untuk negara dan anak2 kita di masa depan.
Makanya, bila dia berjaya buat semua ini, yang PM terdahulu susah nak commit, dia nescaya takkan dapat kredit.
Politikus lain takkan memuji. Rakyat pun tak paham apa impaknya pada mereka.
Yang kita tahu, itu kerja PM lah.
Siapa suruh nak jadi PM?
Nak reformasi sgt, sekarang hadap la.
**************
Dia pulak cuba jadi Reformis yang populis. Dia turunkan harga petrol subsidi ke RM1.99, tiada yang benar2 kisah.
♦️Yang Melayu marahkan dia isu lambakan kuil dan ladang khinzir. Bila dia cuba menjaga sensitiviti Melayu Islam, Bukan Melayu akan kata dia serupa Taliban.
♦️Yang Bukan Islam marah dia nak batalkan konsert tengah bandar, kata mereka “ini hak kita”. Bila dia benarkan, Melayu pula maki dia kata Liberal.
Politik jongkang jungkit ini yang semua PM kena hadap.
****************
Makanya kita mula lalui lagi saat ini.
Love & Hate dengan Perdana Menteri. Tambah di saat akhir penggal. Perasaan kita meluap2 nak mencantas.
Itu sebab di zaman digital dan cybertroopers. Susah mana2 PM nak bertahan lama. Kecuali anda control media berpuluh tahun jua.
Kita lihat sejarah:
Tun Abdullah- sepenggal
DS Najib- 2 penggal
Tun M- 22 bulan
TS Muhy- 18 bulan
DSIS- 13 bulan
DSAI ni sudah 44 bulan memerintah. Sikit lagi nak habis penggal. Tak tahu apa nasibnya penggal depan.
Kalau layak saya yang marhein ini berikan pandangan.
Just go back to the basic.
Be the reformist you are.
Deliver the promise.
Susah REFORMIS nak jadi POPULIS pada masa yang sama.
Tambah yang orang nampak. Sakau hanya di sana, di sini macam tertutup mata.
******************
Sebelum yang nak naik penggal depan, tak tahu insaf ke tidak, masukkanlah reformasi yang ada. Sekat pemusatan kuasa.
Kalau boleh, PMX buat reformasi politik sekarang.
Dengan gubal Akta Dana Politik & Akta Keharmonian Kaum. Ini sgt crucial. Supaya orang politik tak salah guna dana negara. Atau terlampau mainkan isu kaum dan agama.
Dah alang-alang semua parti membenci anda. Buatlah mana baik untuk negara. Kalau pun mereka cuba gagalkan, sejarah akan mencatit anda mencuba.
Saya rasa kalau pun memerintah sepenggal dan orang membenci anda, generasi masa depan akan berterima kasih jua.
Institusi yang baik melindungi negara walaupun pemimpinnya bertukar.
Contohnya, Mandela pemerintahannya sepenggal sahaja, tetapi sampai sekarang legasinya diketahui seluruh dunia.
Kalau sekiranya tiada rezeki dia untuk sambung penggal kedua, doakan siapapun penggantinya adalah the lesser evil pada negara.
Kalau tak sekali lagi, love and hate relationship kita wujud dengan Perdana Menteri baru. Dan akhirnya kita rasa haru biru.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
@sorrywrongguy@KingWolfen16977@tjerealjoker Makes sense sbb Sultan Perak pun dari keturunan bijak pandai. Almarhum ayahanda baginda merupakan Ketua Hakim Negara sekitar thn 1982-1984. Baginda sendiri pun berlatarbelakangkan akademik sehingga ke peringkat PhD dlm bidang Ekonomi Politik.