Semoga kamu berjodoh dengan seseorang yang sederhana, tak berlebihan dalam hal apapun, dan cintanya benar-benar dari hati ikhlas kerana Allah SWT. Aamiin.. ❤️🤲
Sibuk mana pun dalam seharian, cari lah sedikit masa untuk baca Al-Quran.
Semoga hidup kita di dunia ada keberkatan dan menjadi penerang di alam barzakh kelak.
Doa yang hebat ;
"Ya Allah cabutlah segala di dalam hatiku apa yang engkau tidak suka, dan hiasilah hatiku segala sesuatu yang engkau suka."
Aamiin.. 🤲🏻
Andai ini Ramadan yang terakhir.
Apa yang telah kita bekalkan sepanjang Ramadan ini?
Cukupkah itu untuk menampung kehidupan kita di Akhirat nanti?
Hargailah peluang ini, mungkin ini yang terakhir untuk kita mendekatkan diri padaNya.
Kuatnya seseorang itu apabila tetap berdiri walau sendiri. Tetap bersabar walau diuji. Tetap tersenyum walau disakiti. Tetap mengasihi walau dibenci. Tetap mendoakan walau dikhianati.