BMW dipandu pemegang kad UNHCR antara 145 kenderaan mewah disita JPJ
Secara keseluruhan sebanyak 870 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi yang bermula Januari lalu.
FOTO: JPJ Negeri Sembilan
*Berita penuh di ruangan komen
aku sejak semalam ada syak wasangka si Azizah ni ada agenda.
dia ni macam puppet untuk burukkan nama Malaysia. pihak mana ni yang berdengki dengan negara ni?
Pelajar 14 tahun Maut, Langgar Kereta Dirempuh Lori #MGFlash
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori tanki di Jalan Sungai Siput, Lubok China, Melaka semalam.
Wah siap tunjuk jari tengah 🖕
Kebiadaban warga hanyut semakin menjadi-jadi skrng ni kan? 😡
Kpd Penguatkuasa yg gagal menjalankan tugas, jgn ambil mudah dgn kesabaran rakyat selama ini, ya ! ☹️
Tu dia!!!
Israeli da leh protest kat Malaysia!!!
Video - @falasketun/Threads
https://t.co/Yq1SfBwFB8
@anwaribrahim@saifnasution@fahmi_fadzil comment please? Dah halau belum?
Hari ini 59 tahun yang lalu, mata wang Ringgit mula digunakan secara rasmi sebagai mata wang baharu Malaysia.
Terma 'ringgit' sebenarnya sudah digunakan sejak lebih 500 tahun lalu, apabila Portugis tiba di tanah ini memakai mata wang dolar Sepanyol. Namun orang tempatan memanggilnya ringgit, yang bermaksud bergerigi, kerana bentuk duit syiling Sepanyol yang begitu.
Apabila menjadi tanah jajahan British, mata wang Tanah Melayu pada asalnya adalah Dolar Selat, kemudian menjadi Dolar Malaya pada 1938 & Dolar Borneo British apabila pentadbiran Sarawak, Borneo Utara (Sabah) & Labuan diambil alih oleh British.
Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963, mata wang Dolar masih dipakai. Namun apabila Singapura & Brunei keluar daripada gagasan itu membentuk negara sendiri, masing-masing menggunakan mata wang sendiri & Malaysia bertukar kepada Ringgit.
Pada 29 April 1967, Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin mempersembahkan rekaan mata wang baharu yang hadir dalam lima denominasi iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100, begitu juga syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Wang baharu yang ditempah dari London tiba di Port Swettenham (Pelabuhan Klang) pada 17 Mei, dengan kawalan ketat melibatkan 19 kenderaan tentera ia kemudian dibawa ke Pejabat Mata Wang Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam & disimpan di situ sebelum diagihkan.
Sehari sebelum digunakan secara rasmi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail Mohd Ali mempersembahkan album set wang Ringgit pertama bernombor siri A00001 kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Lambang M$ digunakan pada awalnya sebelum ditukar kepada RM pada 1 Disember 1992. Di peringkat antarabangsa, Ringgit Malaysia diwakili dengan kod MYR.
Gambar: Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin menunjukkan set wang kertas Ringgit, diperhatikan Gabenor Bank Negara Tan Sri Ismail Mohd Ali.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Straits Times, Iluminasi
#PeristiwaHariIni
Misteri Perkampungan 'Ghaib' Di Hulu Langat Buat Netizen Tak Senang Duduk!
Kecoh betul media sosial baru-baru ini bila netizen mula bercakap pasal satu bangunan besar yang didakwa dibina secara tangkap muat dekat Hulu Langat.
THREAD
Kesilapan Malaysia adalah selalu bersikap terlalu baik.
Satu benda kita kena ingat, orang hanya akan nampak seseorang tu jahat bila meluah perasaan tentang orang ditolongnya.
Orang takkan pandang orang yang tutup pintu awal2 (baca: Singapore, Sarawak) sebagai pihak yang jahat.