Ambil ubat setiap hari seperti yg disyorkan doktor, jaga kesihatan fizikal dan mental, serta dapatkan sokongan daripada keluarga dan komuniti.
Hidup dgn HIV bukan penghalang untuk impian anda.
Credit to STDKKTAWAU
#UequalsU#HidupPositif#KnowYourStatus#StopStigma#SGTZ
HIV POSITIF bukan HUKUMAN MATI.
Dengan rawatan moden ART yg ada sekarang, Orang yg Hidup dgn HIV (PLHIV) boleh menjalani kehidupan yg panjang, sihat & penuh bermakna.
PLHIV boleh bekerja, berkahwin, mempunyai anak, & menikmati kehidupan normal spt orang lain.
Semakin awal anda tahu status kesihatan anda, semakin awal rawatan boleh dimulakan.
Rawatan ART bukan sahaja memanjangkan umur, malah membolehkan anda hidup dengan kualiti yg baik dan bebas stigma.
Fakta ini penting supaya kita boleh stop stigma dan diskriminasi. Orang yang hidup dengan HIV juga boleh menjalani kehidupan yang sihat dan normal.
Mari sebarkan ilmu, bukan ketakutan. Jaga diri kita. ❤️
#HIVFacts#StopStigma#HivAwareness#JagaDiri#FahamFakta
HIV adalah sejenis Virus yang tidak bertahan lama di luar badan.
Virus ini rapuh dan mati cepat bila terdedah kepada udara.
Jadi, HIV tidak merebak melalui pelukan, makan minum bersama, gigitan nyamuk atau sentuhan biasa.
HIV hanya boleh merebak melalui:
1. Hubungan seks tanpa perlindungan
2.Perkongsian jarum suntikan yang tercemar
3.Kontak darah atau cecair badan tertentu (Sperma, Cecair kelamin, Susu ibu)
🚫 Mitos vs Fakta: Adakah HIV Boleh Disembuhkan?
Ramai yang masih percaya HIV boleh sembuh dengan herba tradisional, suplemen atau ubat kampung. Ini adalah MITOS.
Faktanya:
✅ HIV tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, tetapi boleh dikawal sebaiknya melalui rawatan ART.
✅ Apabila paras virus mencapai Undetectable = Untransmittable (U=U), virus tidak boleh merebak kpd org lain.
✅ Rawatan awal membolehkan ssorg hidup sihat, aktif & berumur panjang spt biasa.
Jangan biarkan maklumat salah mengancam nyawa. Pilih fakta. Lindungi diri & org tersyg.
✅ Berita baik: Gonorea BOLEH dirawat dengan antibiotik jika dikesan awal.
Lindungi diri anda:
🛡️ Gunakan kondom
🩺 Jalani ujian saringan berkala
👥 Pastikan pasangan juga mendapatkan rawatan
💬 Jangan malu untuk diperiksa
⚠️ GONOREA: Jangkitan Senyap, Kesan Mengerikan ⚠️
Ramai orang dijangkiti gonorea tanpa sebarang gejala.
Tanpa rawatan awal, jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi serius seperti ketidaksuburan, jangkitan merebak ke dalam badan, dan risiko kepada bayi semasa kelahiran.
Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:
▫️ Sakit atau pedih ketika kencing
▫️ Keluar nanah dari zakar
▫️ Keputihan tidak normal
▫️ Sakit bahagian bawah perut
▫️ Sakit tekak atau dubur
▫️ Kadang-kadang TIADA gejala langsung
You’ve got the power – come talk to us at PrEP Sabah!
Contact us for more info about PrEP:
https://t.co/KriaTbLDm1
Or
+6016-4276906
💙 #PrEPMalaysia#PrepSabah
What is PrEP? A daily or on-demand pill (Tenof-EM) that prevents HIV when you're at risk.
Who can get it?
• Malaysian, 18+
• HIV-negative
• Weight >38kg
• Good kidney function
Side effects? Usually mild & temporary (nausea, diarrhoea, headache).
Kenali Bakteria Berlingkar yg Licik (Gejala & Asas)
Tahukah anda sifilis disebabkan oleh bakteria yg licik dipanggil Treponema pallidum? 🦠
Ia adalah jangkitan kelamin (STI) biasa yang blh merebak melalui seks faraj, dubur, atau oral, atau dr ibu kepada bayinya semasa kehamilan.
Walaupun penggunaan kondom dengan betul dan konsisten adalah cara yang sangat baik untuk mengurangkan risiko anda, harus diingat bahawa bakteria masih boleh merebak melalui sentuhan dengan kudis di kawasan yang tidak dilindungi oleh kondom.