Dalam satu hadis yang kita selalu dengar, Nabi ﷺ ketika naik ke mimbar, baginda telah mengaminkan 3 doa malaikat Jibril dan salah satunya:
Kerugian buat mereka yang bertemu dengan Ramadan tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT.
Antara perkara yang perlu dikurangkan di bulan Ramadan adalah bergaul atau bercampur dengan manusia dalam perkara yang tidak bermanfaat. Kerana Ramadan hanya sebulan, setiap saat sangatlah berharga.
Apabila individu hilang sifat malu daripada dirinya, berlakulah pelbagai kerosakan dan kemungkaran. Akhirnya, membawa kepada masyarakat yang parah dengan gejala buruk seperti yang kita lihat di dunia kini.
Sifat malu merupakan salah satu nilai-nilai murni yang diajar oleh agama Islam. Sifat malu yang dimaksudkan ialah malu yang dapat menjauhkan diri daripada perbuatan/percakapan yang keji dan jelik, sehingga orang yang menghiasi dirinya dengan sifat malu terzahir keperibadiannya.
Dan betapa pentingnya untuk kita mengarahkan ibadah hanya kepada Allah SWT, tanpa sedikitpun terarah kepada sekalian makhluk, dari segi niat mahupun cara pelaksanaannya. Semuanya hanyalah kerana Allah SWT dan dipersembahkan hanyalah kepada Allah SWT.
Apakah ayat perintah yang pertama dalam surah Al-Baqarah, juga yang pertama mengikut susunan Al-Quran?
Dan apakah ayat larangan pertama dalam surah Al-Baqarah, juga yang pertama mengikut susunan Al-Quran?
Kita hendaklah berusaha menjadikan setiap detik hidup itu ibadah kepada Allah SWT sebagai pengiktirafan penghambaan kita kepada-Nya. Juga, rasa syukur atas kurniaan nikmat yang tidak mampu dihitung di dunia ini.
Kongsi Kuliah Subuh pagi ini. Kata ustaz kalau nak perbaiki hidup,
Mulakan dengan perbaiki waktu tidur dan solat kita.
Tidur yang cukup sangat penting. 6-7 jam. Ia bantu otak berfikir lebih jelas, mudah fokus dan tak banyak 'sampah' dalam fikiran kita.
Solat di awal waktu dan khusyuk pula jadikan kita muslim yang berdisiplin dengan masa, dan betul-betul rasa hidup bertuhan.
Ramai manusia hilang kawalan kat dua perkara ini sekarang.
Ia sebabkan hidup mereka jadi serabut, pemarah, takde disiplin masa, dan langsung tak mampu lawan ketagihan dopamine sosial media, porn, games dan perkara negatif lain.
Satu lagi, kita takkan mampu nak kawal pendapat dan cara berfikir semua orang. Penat kalau nak ubah dunia.
Fokus dulu perbaiki diri dan keluarga. Perbaiki hubungan dengan Allah dan manusia. Perbaiki tidur. Perbaiki cara hidup. Usaha tambah skill, explore ilmu baharu.
Fokus kat perkara yang berada dalam kawalan kita!
Selamat Tahun Baru semua.
🇮🇱 Israeli soldier: Maybe you think you are in Malmo; you are not in Malmo, my friend. Okey?
🇸🇪 Young Man: You maybe think you are in Israel?
🇮🇱 Israeli soldier: I am in Israel.
🇸🇪 Young Man: You are in Palestine.
Di Episod 20 Podcast Yang Berhenti Menteri (YBM), saya ditanya tentang sambutan Malaysia terhadap Presiden Trump.
Menyambut pemimpin dunia itu tugas hakiki dan kita faham.
Persoalan sekarang adalah sejauh mana “kemesraan” itu wajar?
Ketika Gaza dibom saban hari, bila pemimpin kita tampak terlalu akrab dengan orang yang beri “blank check” kepada Israel, sebenarnya dunia memerhati. Palestin melihat.
Diplomasi ada garisnya. Hormati beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat tetapi jangan sampai mendedahkan pekung negara dan sensititivi yang terlibat.
Tonton penjelasan penuh di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 20:
https://t.co/JpHyByZ6uz