TAHNIAH VIVY! TAHNIAH PNB! TAHNIAH KHAZANAH!
Aku ingatkan baliklah cerita ini. Yang dapat pelaburan PNB dan Khazanah ini adalah syarikat Fashion Valet milik Vivy dan suami.
Dalam masa yang sama syarikat Duck (30 Maple) jadi vendor atau supplier kepada Fashion Valet pun milik Vivy dan suami.
Fashion Valet rugi teruk. Tapi 30 Maple untung banyak. Sebab apa? Fashion Valet yang order, yang market-kan jenama Duck dan Lilit masa mula-mula keluar. Kan?
Sebelum syarikat 30 Maple dijual kepada Fashion Valet, Vivy telah buat banyak untung di sana. Fashion Valet telah beli syarikat 30 Maple daripada Vivy dengan harga valuation lebih kurang 100m.
Cerita mudahnya begini. Fashion Valet milik Vivy yang mendapat dana daripada PNB dan Khazanah telah membeli 30 Maple milik Vivy. Jadi, Fashion Valet bayar Vivy untuk ambil alih 100% 30 Maple.
Setelah Fashion Valet membeli 30 Maple, platform Fashion Valet ditutup dan mereka kata nak fokus jual jenama Duck dan Lilit. Pengarah syarikat Fashion Valet ialah Vivy dan suami, manakala pengarah syarikat 30 Maple ialah Vivy dan suami.
Dalam rekod kewangan, lebih kurang RM10 juta dibayar kepada pemilik syarikat 30 Maple, sebelum Fashion Valet mengambil alih pegangan kesemua sahamnya.
Jadi siapa yang untung?
Aku nak kongsi balik apa MOF kata,
"Losses incurred from the stake sale were minor in comparison to Khazanah and PNB’s overall earnings for the year," MOF said in its written reply on Monday
Khazanah dan PNB dengan “angkuhnya” kasitau, rugi RM43 juta tu ciput sahaja. Takda kesan terhadap mereka pun.
Tahniah semua!
;p
Berjaya Food (Starbucks) umum kerugian dua suku kewangan berturut-turut.
Terbaru, syarikat catat kerugian sebanyak RM29.8 juta. Sebelum ini, kerugian sebanyak RM42 juta.
Kali pertama dalam sejarah boikot bertahan lebih daripada 6 bulan. Hebat rakyat Malaysia! 🇲🇾🇵🇸
Si bodo ni aku kurung seminggu. Habis semua kucing rumah orang dia belasah, anjing liar dia kejar. Seumur hidup bela kucing ni baru sekali persatuan kejiranan hantar komplen sebab kucing nakal sangat.
MENJADI RAJA
1. Kenyataan Sultan Johor baru-baru ini yang dia mahu SPRM dan Petronas melapor secara langsung kepadanya serta beberapa perancangan lain apabila dia menjadi Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh diambil ringan.
2. Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan, keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan peranan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
3. Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Negeri telah menggaris secara terperinci peranan, tanggungjawab serta bidang kuasa setiap Raja yang memerintah Negeri-Negeri serta juga Yang di-Pertuan Agong.
4. Sebelum kuasa Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong diperincikan di dalam Perlembagaan yang disediakan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, pihak Raja-Raja mudah dipaksa oleh British supaya menyerah negeri-negeri mereka kepada British dan mereka menjadi Raja yang tidak ada negeri. Untuk elak dari tekanan seperti ini konsep Raja Berperlembagaan disyor dan diterima.
5. Hari ini tekanan perlu dibuat juga kepada Parlimen. Hanya jika Raja dan Parlimen bersetuju barulah sesuatu undang-undang atau dasar atau keputusan boleh dibuat. Agihan kuasa antara dua pihak lebih selamat dari kuasa mutlak.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Disember 2023
SOGOK
1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal.
2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak.
3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga.
4. Jangan terima duit rasuah. Jangan fikir diri selamat kerana tidak siapa tahu.
5. Di zaman Kecerdasan Buatan (AI) ini, pergerakan duit, tunai atau bentuk lain ada orang yang mampu mengesan siapa yang memberi dan siapa yang menerima.
6. Kerajaan akan bertukar.
7. Segala salah laku boleh dilapor kepada Kerajaan baru.
8. Akhirnya ke penjara juga.
9. Bukan sahaja Kerajaan yang mengikuti gerakan duit.
10. Pihak lain juga mengikuti.
11. Ini zaman data. Dan data adalah bukti. Demikian Artificial Intelligence dapat mengesan apa yang disambungi.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 Disember 2023
PRIME MINISTER
1. While the Federal Constitution states that the only requirement for someone to be the Prime Minister of Malaysia is that the person must be an MP who, in the Yang di-Pertuan Agong’s judgment, is likely to command majority support, racial dynamics will dictate for that position to be helmed by a person from the majority race.
2. In Singapore, the Prime Minister has always been from the majority Chinese race since independence.
3. Lee Kuan Yew admitted a non-Chinese leader might face challenges in gaining acceptance among the predominantly Chinese population.
4. So the Prime Minister of Singapore will always be a Chinese.
5. Penang has never had a non-Chinese Chief Minister. Given the racial balance being in favor of the non-Malays, still when, UMNO had the largest number of seats under the Barisan Nasional, it gave way to GERAKAN.
6. And so by the same token, in Malaysia, even if Malays are divided politically, they still make up the majority race.
7. Until and unless the majority Malay feel that they can accept a non-Malay as Prime Minister it is status quo ante. Period.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Dec 18, 2023
Bapa pelajar maut dilanggar, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, hampir rebah selepas tidak dapat menahan rasa sedih ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa, Ipoh pada Sabtu.
Kunjungan Mohd Yusri sekitar jam 5 petang itu turut diiringi Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.
Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu pada Jumaat, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di https://t.co/R2UYPBJuSb atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #Amanah #Politik #kemalangan
Kalau baca buku biografi Dato’ Shafee Yahya, Ketua Pengarah BPR era 1990-an dulu anda akan bertemu bab beliau dipanggil oleh Mahathir.
Beliau juga ada sentuh tentang siasatan terhadap Azmin.
Bacalah. Ia mungkin sejenis puzzle yang penting.
Rabbit I tengah marah kucing sebab kucing I guna litter box dia.
Apa dia buat?
Dia duduk depan makanan kucing, not moving an inch. Making a silent protest.
Pagi ni semua kucing kelaparan, masuk bilik buat bising.
In a way, my rabbit is a genius.
Ini smlm org yg langgar aku. Benda pertama dia buat masa turun kereta smlm keluarkan lesen dan ic dia utk aku snap. Pastu dia suruh aku tangkap gmbr dia dgn kereta walau aku kata x payah. Sangat bertanggungjawab. 3 jam selepas kejadian dia text aku minta maaf lagi. Org jepun 👍🏻