REFORMIS & POPULIS
🟦 Bila dia buat Reformasi hilangkan monopoli Touch n Go & Puspakom, baik untuk Rakyat. Ada pilihan lain dan tambah murah pula. Tetapi Kroni Kapitalis mula membenci dia.
🟦 Bila dia buat reformasi pencen penjawat awam. Bukan melenyapkan terus pencen tetapi mengganti nya dengan KWSP, baik untuk kantung negara. Tetapi orang Kerajaan tak puas hati.
🟦 Bila dia tarik subsidi pukal dan buat subsidi tersasar, baik untuk fiskal negara. Rakyat marah, kalau boleh kita nak subsidi selamanya.
🟦 Bila dia nak buat 2 penggal Perdana Menteri, Asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, orang politik marahkan dia dan cuba mencantas juga.
Semua benda yang dibuat punya satu persamaan.
Ia memberi manfaat jangka panjang kepada negara, tetapi kos politiknya dibayar hari ini.
Satu perkara yang wajib juga diketahui, dia berjaya buat semua ini, tanpa menang pilihanraya dengan majoriti mudah atau 2/3 di Parlimen.
***********
Dalam podcast JPO saya pernah suarakan seorang Reformis kena bersedia untuk berkhidmat sepenggal sahaja. Kerana Reformasi2 yang hendak dibuat ini tidak popular, bukan untuk kita senang sekarang. Tetapi untuk negara dan anak2 kita di masa depan.
Makanya, bila dia berjaya buat semua ini, yang PM terdahulu susah nak commit, dia nescaya takkan dapat kredit.
Politikus lain takkan memuji. Rakyat pun tak paham apa impaknya pada mereka.
Yang kita tahu, itu kerja PM lah.
Siapa suruh nak jadi PM?
Nak reformasi sgt, sekarang hadap la.
**************
Dia pulak cuba jadi Reformis yang populis. Dia turunkan harga petrol subsidi ke RM1.99, tiada yang benar2 kisah.
♦️Yang Melayu marahkan dia isu lambakan kuil dan ladang khinzir. Bila dia cuba menjaga sensitiviti Melayu Islam, Bukan Melayu akan kata dia serupa Taliban.
♦️Yang Bukan Islam marah dia nak batalkan konsert tengah bandar, kata mereka “ini hak kita”. Bila dia benarkan, Melayu pula maki dia kata Liberal.
Politik jongkang jungkit ini yang semua PM kena hadap.
****************
Makanya kita mula lalui lagi saat ini.
Love & Hate dengan Perdana Menteri. Tambah di saat akhir penggal. Perasaan kita meluap2 nak mencantas.
Itu sebab di zaman digital dan cybertroopers. Susah mana2 PM nak bertahan lama. Kecuali anda control media berpuluh tahun jua.
Kita lihat sejarah:
Tun Abdullah- sepenggal
DS Najib- 2 penggal
Tun M- 22 bulan
TS Muhy- 18 bulan
DSIS- 13 bulan
DSAI ni sudah 44 bulan memerintah. Sikit lagi nak habis penggal. Tak tahu apa nasibnya penggal depan.
Kalau layak saya yang marhein ini berikan pandangan.
Just go back to the basic.
Be the reformist you are.
Deliver the promise.
Susah REFORMIS nak jadi POPULIS pada masa yang sama.
Tambah yang orang nampak. Sakau hanya di sana, di sini macam tertutup mata.
******************
Sebelum yang nak naik penggal depan, tak tahu insaf ke tidak, masukkanlah reformasi yang ada. Sekat pemusatan kuasa.
Kalau boleh, PMX buat reformasi politik sekarang.
Dengan gubal Akta Dana Politik & Akta Keharmonian Kaum. Ini sgt crucial. Supaya orang politik tak salah guna dana negara. Atau terlampau mainkan isu kaum dan agama.
Dah alang-alang semua parti membenci anda. Buatlah mana baik untuk negara. Kalau pun mereka cuba gagalkan, sejarah akan mencatit anda mencuba.
Saya rasa kalau pun memerintah sepenggal dan orang membenci anda, generasi masa depan akan berterima kasih jua.
Institusi yang baik melindungi negara walaupun pemimpinnya bertukar.
Contohnya, Mandela pemerintahannya sepenggal sahaja, tetapi sampai sekarang legasinya diketahui seluruh dunia.
Kalau sekiranya tiada rezeki dia untuk sambung penggal kedua, doakan siapapun penggantinya adalah the lesser evil pada negara.
Kalau tak sekali lagi, love and hate relationship kita wujud dengan Perdana Menteri baru. Dan akhirnya kita rasa haru biru.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Ada satu bab menarik di dalam Sahih al-Bukhari, sekaligus menjadi salah satu contoh kepintaran dan penilaian kritikal ibunda kita Aisyah radhiyallahu'anha terhadap hadith-hadith Nabi serta sikap suka belajar beliau sehinggalah beliau selalu bertanya sehinggalah wujud kefahaman pada diri beliau.
Peristiwa ini berlaku semasa hayat Baginda Nabi SAW, sehinggalah Aisyah digelar perawi hadith yang paling banyak meriwayatkan hadith Baginda SAW.
.
بَابُ مَنْ سَمِعَ شَيْئًا فَرَاجَعَ حَتَّى يَعْرِفَهُ
Bab Orang Yang Mendengar Sesuatu Lalu Mengulanginya Sehingga Dia Benar-benar Memahaminya.
Telah menceritakan kepada kami Said bin Abi Maryam, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Nafi bin Umar, katanya: telah menceritakan kepadaku Ibn Abi Mulaikah bahawa Aisyah, isteri Nabi SAW, apabila mendengar sesuatu yang tidak diketahuinya melainkan dia akan merujuk tentangnya sehingga dia mengetahuinya; dan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang dihisab nescaya dia diazab”.
Aisyah berkata: lalu aku berkata: Bukankah Allah Taala berfirman:
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
‘...maka dia akan dihisab dengan hisab yang mudah?’
Aisyah berkata: lalu Baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang demikian itu hanyalah al-ardh (pembentangan amalan yang mudah). Namun, sesiapa yang diperhitungkan amalannya secara terperinci, dia pasti binasa”.
---
Faedah hadith,
Nabi SAW menjelaskan disana ada perbezaan dua jenis hisab di akhirat:
1) Al-Ardh (Hisab yang mudah): pembentangan amalan di mana Allah memperlihatkan dosa-dosa hamba-Nya secara sepintas lalu, kemudian menutup dan memaafkannya. Inilah hisab yang diharapkan oleh orang-orang beriman.
2) Munaqasyah (Hisab yang terperinci): Dihitung, diperdebatkan, dan diteliti secara rinci akan setiap kebaikan dan keburukan. Sesiapa yang dihisab secara terperinci ini pasti akan binasa lalu diazab kerana tiada manusia yang akan terlepas daripada setiap tanggungjawab dosa mereka.
Sebelum tidur, cuba aplikasikan kata-kata Al-Imām Al-Muwaffaq ‘Abdul Lathīf Al-Mawsili رحمه الله berikut :
Seyogia untuk kamu memuhasabah diri kamu pada setiap malam apabila kamu menuju ke tempat tidur kamu, dan kamu meneliti kebaikan apakah yang telah kamu lakukan pada siang hari, lalu kamu bersyukur kepada Allah SWT ke atasnya. Dan kamu meneliti keburukan apakah yang telah kamu lakukan, lalu kamu beristighfār kepada Allah daripadanya serta kamu berhenti dari melakukannya.
Beliau juga berkata :
وإذا خَلَوتَ من التَّعلّم والتَّفَكّر، فَحرِّك لسانَكَ بذكر الله وتسبيحِه وخاصّة عند النوم
Apabila kamu kosong dari menuntut ilmu dan bertafakkur, gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah serta bertasbih kepada-Nya, lebih-lebih lagi ketika hendak tidur.
Rujuk Tarīkh Al-Islām, Al-Zahabi (45/355)
Fenomena gerhana Bulan sedang terjadi sekarang.
Ia berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan selari di antara Matahari dan Bulan — Bumi berada di tengah-tengah di antara Matahari dan Bulan.
Bulan kelihatan merah berdarah kerana serakan cahaya dari atmosfera Bumi. Apabila cahaya Matahari memancar ke Bumi, cahaya ini akan berinteraksi dengan atmosfera Bumi.
Cahaya yg berfrekuensi tinggi (bergelombang pendek) seperti warna biru dan ungu akan terserak (scatter) — antara sebab mengapa langit Bumi berwarna Biru.
Cahaya bergelombang panjang seperti warna merah-oren, senang nak melepasi atmosfera Bumi. Jadi, cahaya merah-oren ini memancar ke permukaan Bulan. Seterusnya ia memantul semula ke penduduk Bumi. Tuntas, kita nampak bulan warna oren-kemerahan ketika gerhana.
Kita akan dapat melihat kejadian ini sekali lagi pada tahun 2028. Insya-Allah.
Di neraka, Allah menyebutkan makanan. Bukan untuk mengenyangkan. Bukan untuk menguatkan. Tapi sebagai bagian dari adzab. Dzari, Zakkum, dan Ghislin adalah tiga di antara makanan penduduk neraka.
Sobat Yufid, doa ini adalah salah satu doa terbaik yang sangat direkomendasikan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk sebanyak-banyaknya kita baca.
Nak baca doa apa ketika berbuka ?
Cadangan, baca doa berikut 👇🏻
اللهُمَّ يَا وَاسِعَ المَغْفِرَةِ اغْفِرْ لِي
Terjemahan : Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Luas pengampunannya, ampunkanlah aku.
Inilah doa yang dibaca oleh Ibn ‘Umar رضي الله عنهما ketika berbuka puasa.
Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 371)
Penggunaan "Alhamdulillah" oleh bukan Muslim - Dr. Maza
Orang bukan Islam dibolehkan menggunakan perkataan "Alhamdulillah" (segala puji bagi Allah) sebagai tanda syukur, asalkan diucapkan dengan hormat dan bukan untuk mempermainkan atau menghina. Kalimah tersebut diiktiraf sebagai ungkapan syukur kepada Tuhan, dan penggunaannya dalam konteks yang betul serta sopan adalah diterima.
@NgaKorMing
Martyr Abu Obaida: Huthaifa Samir al-Kahlout's master's thesis titled:
The Holy Land
Between Judaism, Christianity, and Islam.
The full thesis can be read here:
https://t.co/edEFZjn4oW