This Is the “Zen Monkey” of Vietnam
The red-shanked douc is a brilliantly colored monkey from Vietnam, recognizable by its golden face, white ruff, reddish legs and naturally powder-blue eyelids
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Assalamualaikum wbth
Ta chia hau
Vanekam
Salam Sejahtera
Terima kasih kepada semua yang hadir dari seluruh negara dan yang sedang menuntun. Saya minta maaf banyak-banyak sebab kami 𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘦𝘴𝘵𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦 kehadiran. Kami ingat paling ramai yang akan hadir ialah beberapa ratus orang sahaja, tetapi bila borang online dibuka, dalam tempoh 24 jam telah mencecah hampir 2,000 orang.
Mewakili sahabat-sahabat termasuk Saudara Nik dan beberapa orang lain yang mengusahakan acara hari ini, sekali lagi saya mohon maaf atas segala kekurangan.
Saya berharap orang ramai yang hadir, yang mengikuti live streaming, bertanya soalan yang sama yang saya selalu tanya kepada diri sendiri.
Sebenarnya kita ni nak apa? Tidak cukupkah apa yang ada? Kebanyakan dari kita ada hidup yang memadai. Kita tidak kaya tetapi kita tidak miskin. Kalau kita rasa hidup kita susah, ramai lagi yang lebih susah dari kita. Sebahagian besar dari kita tidak berniat memegang jawatan awam, kita lebih selesa dengan kehidupan yang ada.
Jadi kenapa nak susah-susah? Kenapa nak bersesak-sesak dalam dewan ini, dah lah bas tidak disediakan. Kena bayar duit sendiri ada lah.
Saya tanya soalan ini berkali-kali kepada diri saya. Dan saya ada tabiat kurang baik – saya tanya soalan dan saya jawab sendiri.
Ada orang lihat KWSP sebagai tabung untuk beli baju raya, ada pula orang lihat KWSP sebagai ‘tool’ untuk jana lebih duit.
Video yang bermanfaat, terima kasih kepada tuan video.
@OfficialTBSBTS
I don't know what & why this is happening, but you guys decided to close the Bus Boarding Pass kiosks on school holidays, one of the busiest periods & only open 5 counters to serve these long queues.
Chill, aku dah cakap, UMP (Universiti Malaysia Pahang As Sultan Abdullah) kat Pekan dah buat charger tiang lampu. Ikut spec dan sesuai cuaca kita. Hat ni boleh pi up to 22kWh.
Sekarang, PBT mana nak tolong pasang?
Cable tak leh kena curik, dia lock selagi kau tak unlock.
Bon Appetit Your Majesty - Saat merasa masakan yang menggamit memori silam sampai kepala terhuyung-hayang dan mata terkebil-kebil sebab sedap sangat.
Tetapi tahu tak, ada elemen kesihatan mental dalam siri yang popular ini?
(Nota: Bebenang ini panjang)
10 Negara. 1 Komuniti. 1 Visi
Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang dipengerusikan oleh Malaysia, kita raikan kekuatan setiap negara dalam membentuk rantau yang lebih bersatu, makmur dan mampan.
Dari budaya hingga ekonomi, dari belia hingga inovasi, setiap negara memainkan peranan penting dalam membina masa depan ASEAN.
Kenali Malaysia. Hayati kepelbagaian. Kukuhkan perpaduan.
#BernamaNews
#InfografikBernama
#ASEAN #Malaysia
#AseanMalaysia2025 #AseanxBernama
Teks penuh kenyataan Najib Razak di mahkamah pagi tadi.
----
"Perbezaan antara pendakwaan terhadap ahli politik dan pendakwaan bermotif politik tidak selalu mudah dilihat, tetapi itu tidak bermaksud kedua-duanya sama. Saya harap selepas hujahan bertulis ini, semua dapat membezakan antara keduanya.
Bayangkan seorang pegawai awam menerima RM100 juta ke dalam akaun luar negara. Atau seorang pegawai awam membeli lukisan Picasso bernilai jutaan ringgit semasa masih bergaji daripada badan awam.
Apa berlaku jika pegawai awam menentang titah Yang di-Pertuan Agong? Atau apabila pegawai awam memindahkan USD700 juta ke akaun tidak sah hanya berdasarkan mesej BlackBerry Messenger?
Bayangkan juga pegawai awam itu memindahkan lagi USD330 juta ke akaun sama.
Bagaimana pula jika pegawai awam menandatangani kelulusan bernilai USD1.6 bilion dalam masa 24 jam tanpa tahu tujuannya, kemudian menyembunyikan ke mana dana itu pergi? Atau memindahkan USD175 juta tanpa kebenaran? Atau menerima “pinjaman” USD200 ribu dan tambahan USD800 ribu ke akaun luar negaranya?
Siapa pegawai awam itu, dan apa nasibnya? Pegawai itu bukan saya. Dan apa berlaku kepada mereka? Tiada apa-apa — kerana merekalah saksi pendakwaan terhadap saya dalam perbicaraan ini.
Dan bagaimana keterangan mereka dilayan? Suci, 100% dipercayai.
Penerima RM100 juta dan pembeli lukisan Picasso itu ialah Jasmine Loo, peguam 1MDB. Individu yang melanggar titah Agong dan memindahkan USD700 juta serta USD330 juta kepada Jho Low ialah bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral. Hazem Abdul Rahman, CEO selepas itu, memindahkan USD175 juta ke syarikat palsu.
Dana USD1.6 bilion pula dialihkan oleh CFO Azmi Tahir. Pegawai yang menerima USD1 juta daripada Jho Low ialah pegawai saya sendiri, Amhari Efendi.
Mereka semua dianggap saksi yang kredibel dan tiada motif peribadi. Anehnya, walaupun salah laku mereka jelas, tiada seorang pun didakwa.
Malah, mereka mengaku melaksanakan arahan rahsia Jho Low melalui saluran tidak rasmi dan memadam bukti perbualan. Di mahkamah, mereka mendakwa semua arahan Jho Low datang daripada saya.
Walaupun mereka melanggar arahan lembaga, membuat pembayaran tanpa kebenaran bernilai berbilion ringgit, dan menerima imbuhan haram — mahkamah tetap percaya mereka.
Asalkan mereka bersaksi menentang saya, apa pun kesalahan mereka, tetap dianggap boleh dipercayai.
Dari hujahan ini jelas bahawa saksi pendakwaan dipilih bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesediaan mereka untuk bercakap seperti yang dikehendaki.
Saya dituduh menandatangani dokumen yang tidak pernah dikemukakan di mahkamah. Dokumen itu bukan hilang — ia memang tidak wujud, tapi kerana saksi kata saya menandatanganinya, maka automatik dianggap sah.
Saya juga didakwa kerana melaksanakan arahan Agong dan Kabinet dalam menyediakan memorandum jaminan kerajaan untuk TIA. Tuduhan itu menyatakan saya menyalahgunakan kuasa kerana menurut arahan rasmi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Saya turut dituduh meluluskan keputusan lembaga pengarah, walaupun kelulusan itu adalah tanggungjawab statutori di bawah Akta Syarikat.
Hujahan ini juga menunjukkan bahawa kepercayaan saya terhadap derma Arab Saudi bukan rekaan. Rekod SWIFT membuktikan pemindahan wang dibuat oleh Kementerian Kewangan Riyadh melalui bank pusat Saudi.
Pegawai SPRM sendiri mengesahkan lawatan ke Riyadh pada November 2015, di mana keluarga diraja Saudi mengesahkan derma yang dijanjikan oleh Raja Abdullah serta empat surat derma dan transaksi masuk ke akaun saya.
Semua perbelanjaan dibuat secara cek untuk tujuan politik dan kebajikan, bukan untuk membeli lukisan atau harta mewah.
Tambahan pula, saya telah memulangkan USD620 juta yang tidak digunakan kepada akaun sumber, dengan kelulusan Bank Negara.
Adakah seorang “perasuah” akan memulangkan semula wang yang dikatakan hasil rasuahnya sendiri?
Pendakwaan pula bergantung pada keterangan hearsay tanpa usaha mencari saksi sebenar seperti Jho Low, Nik Faisal, atau Terence Geh.