Sepanjang aku hidup tak pernah lagi aku nampak perkataan "Peluncuran" sehinggalah zaman si Ketimbang ni, aku nak sangat Perdana Menteri Dato Seri Ketimbang ni letak jawatan, sejak zaman dia habis ayat2 seberang dia gi masukkan dalam Malaysia ni. Keputusan yang bodoh dan bangang
Malaysia 1963 bukan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1957 jelas Tanah Melayu (Semenanjung).
Nama Malaysia ’63 dikutip tak langsung sempena istilah Perancis, Malaisie (terbit tahun 1831). Ia bermaksud kepulauan berbahasa rumpun Melayu.
Malaya tak termasuk Malaisie 1831.
Dua benda yang kita kena bangga dengan Petronas minggu ini
1) Petronas berjaya pastikan Malaysia dapat minyak cukup dari Rusia. Bukan setahun tapi 20 Tahun. Presiden Putin beri jaminan benda ni betul
2) Petronas berjaya dapat salah satu telaga gas terbesar dunia di Turkmenistan
Petronas tak pernah Failed to impress Malaysia Alhamdulillah
Sebuah masjid baharu yang mampu memuatkan lebih 1,500 jemaah akan dibina di Bukit Bintang, di ibu negara dengan dijangka siap awal tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
#digitalbernamatv#masjid#bukitbintang
Peninggalan bahasa Melayu di Afrika Selatan.
Walaupun orang Melayu Tanjung sudah tidak lagi berbahasa Melayu namun mereka masih kekalkan beberapa perkataan Melayu dalam dialek Afrikaans mereka. Antaranya ialah Tramakasie (Terima Kasih), Baie (Banyak), Seomba (Sumpah) dsb.
APA YANG KEDEKUT SANGAT TAK NAK LETAK HAND BIDET KAT TANDAS AWAM??!!
Ingat kita semua jenis cebok guna tisu je ke??!! Duduk Malaysia kot, bukan duduk USA yang tak cebok guna air langsung!
BRING BACK TANDAS YANG ADA HAND BIDET!!!
Ironinya kawasan tumpuan kita macam KLCC pun tak pakai bidet
Bagi aku Bidet ni satu benda halus untuk memperkenalkan budaya kita
Kenapa perlu tukar dengan cara negara lain
Orang Terengganu memang tidak ada sebutan standard untuk Terengganu, ada sebut Tranung, Teranung, Teganung dan Teganu. Tapi apa yang pasti, tidak ada orang Terengganu sebut Ganu.
Gambar: mhqaiiiii
Kalau kami ni xenophobe, dari dulu lagi tak boleh dah nak share masjid, surau, bas, tren, tempat kerja, restoran, mall dan banyak la lagi ruang yang sama dengan warga asing. Tapi realitinya, benda tu berlaku setiap hari dan kebanyakan orang tak ada masalah pun.
Tak setuju dengan isu Rohingya tak automatically make someone xenophobic. Ada perbezaan antara benci orang luar dengan ada concerns terhadap policy, capacity negara or implikasi sesuatu keputusan.
Faham?
Lidah Melayu dengan bunyi sebutan berpisah tidak berpisah.
panjang → anjang
pendek → andak
besar → oca
kecik → acik
muda → ude
Sebutan nama Bob dekat dengan “debab��.
debab → bab → bob
Bob AF tu kendian. Bukan dia pencetus. Jauh sebelum dia dah ramai dibob-bobkan dah.
Hari ini 59 tahun yang lalu, mata wang Ringgit mula digunakan secara rasmi sebagai mata wang baharu Malaysia.
Terma 'ringgit' sebenarnya sudah digunakan sejak lebih 500 tahun lalu, apabila Portugis tiba di tanah ini memakai mata wang dolar Sepanyol. Namun orang tempatan memanggilnya ringgit, yang bermaksud bergerigi, kerana bentuk duit syiling Sepanyol yang begitu.
Apabila menjadi tanah jajahan British, mata wang Tanah Melayu pada asalnya adalah Dolar Selat, kemudian menjadi Dolar Malaya pada 1938 & Dolar Borneo British apabila pentadbiran Sarawak, Borneo Utara (Sabah) & Labuan diambil alih oleh British.
Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963, mata wang Dolar masih dipakai. Namun apabila Singapura & Brunei keluar daripada gagasan itu membentuk negara sendiri, masing-masing menggunakan mata wang sendiri & Malaysia bertukar kepada Ringgit.
Pada 29 April 1967, Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin mempersembahkan rekaan mata wang baharu yang hadir dalam lima denominasi iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100, begitu juga syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Wang baharu yang ditempah dari London tiba di Port Swettenham (Pelabuhan Klang) pada 17 Mei, dengan kawalan ketat melibatkan 19 kenderaan tentera ia kemudian dibawa ke Pejabat Mata Wang Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam & disimpan di situ sebelum diagihkan.
Sehari sebelum digunakan secara rasmi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail Mohd Ali mempersembahkan album set wang Ringgit pertama bernombor siri A00001 kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Lambang M$ digunakan pada awalnya sebelum ditukar kepada RM pada 1 Disember 1992. Di peringkat antarabangsa, Ringgit Malaysia diwakili dengan kod MYR.
Gambar: Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin menunjukkan set wang kertas Ringgit, diperhatikan Gabenor Bank Negara Tan Sri Ismail Mohd Ali.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Straits Times, Iluminasi
#PeristiwaHariIni
Pemerintah Sarawak mengumumkan penemuan manuskrip yang dipercayai ditulis sendiri oleh Sultan Tengah.
Manuskrip ini telah berusia >400 tahun, terdiri dari 179 halaman, ditulis dengan aksara Jawi klasik, dalam Bahasa Istana Brunei Lama.
📷: Sarawak Edition
@cfc_herzmann@malaysiakini Iye ke, habis tu kenapa dalam buku Sejarah satu chapter pun takde pasal Kerajaan Hindu/Buddha? Dulu masa aku belajar, elok2 buku kata Parameswara dgn anak dia Hindu..buku sekarang pulak kata Parameswara mmg Islam
Kerajaan Hindu-Buddha dalam buku Sejarah:
1. Tahun 4 Unit 7 (Kerajaan Melayu Awal)
2. Ting. 2 Bab 1 (Kerajaan Alam Melayu)
3. Ting. 2 Bab 3 (Sosiobudaya Masyarakat)
4. Ting. 2 Bab 4 (Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat)
5. Tingkatan 4 Bab 1 (Warisan Negara Bangsa)