8.30pm, Muar setia di Parlimen.
Menteri Kewangan 2 menjawab soalan saya.
1) “Adakah betul Tabung Haji rugi melabur duit pendeposit dalam syarikat kawalan Jho Low”
Jawapan: Bukan rugi kecil, tapi RUGI 100%.
Ratusan juta dilabur dalam syarikat Putra Perdana yang terbukti dikawal oleh Jho Low.
Berapa kerugian yang perlu ditanggung Tabung Haji?
~RM200juta!
2) “Apa nasib 14 Pelaburan Tabung Haji yang ditegur dalam RCI”
7 dari 14 Pelaburan Tabung Haji, rugi 100%.
Kerugian terkumpul berbilion ringgit. Kerana masalah integriti & pengurusan yang tidak cekap. Kesan Ahli Politik masuk campur dalam urusan pelaburan Tabung Haji.
……….
Bila saya dengar ni, tak tahu la nak marah atau menangis.
Saya desak Multi-Agency task force (SPRM/PDRM/LHDN/SC) ditubuhkan & siasat pendedahan ini sampai ke lubang cacing.
Ini bukan soal politik, tapi soal masa depan 10juta pendeposit Tabung Haji.