ADDENDUM & SEMAKAN KEHAKIMAN
ADDENDUM ni senang cakap, maksudnya LAMPIRAN. Tambahan dari apa yang diputuskan.
Februari 2024, saya antara yang tertunggu apa keputusan pengampunan Najib Razak. Ramai yang menanti apa Kerajaan nak buat. Sebab Najib Razak mintak pengampunan penuh dan lepas bebas. Kita tahu Agong lama dah habis tempoh 31 Jan, dan dia dah dengar rayuan pengampunan.
Ketika itu, Media luar negara dah keluarkan gossip. Najib dapat pengampunan separuh. Kena pressure lepas 2 hari, Kerajaan umumkan. Itulah keputusan yang dibuat. Hukuman Najib dikurangkan dari 12 tahun ke 6 tahun penjara. Bersama RM50juta denda dari RM210juta sebelumnya.
Makanya, Kerajaan dibantai kiri dan kanan. Majlis Penguam cabar keputusan pengampunan separuh Najib. Mereka tak setuju kes berprofil tinggi sebegitu senang2 dapat ampun separuh. Pada masa yang sama, geng UMNO mengamuk. Mana dia pengampunan penuh?
Kerajaan bertahan, pertahankan apa yang Agong dah buat keputusan. Tiada ketika itu timbul isu Tahanan Rumah, seorang pun tak berbunyi. Media luar negara pun tak dapat gossip sebegini.
Mana datang nya titah tambahan? Addendum atau Lampiran kepada Titah Pembebasan Awal?
Ia datang 6 bulan selepas itu, bilamana Tengku Zhafrul bisik2 dengan pemimpin UMNO, ada titah tambahan. Pergi lah risik2an. Makanya Presiden UMNO buat affidavit. Katanya dia dengar itu Lampiran memang ada. Lampiran Titah mintak Najib kena tahanan rumah sahaja.
Eh… ada pulak Titah Tambahan? Maknanya bukan diskaun sahaja, Najib dapat bebas dari penjara? Lepak rumah belaka????
Makanya, kena lagi Kerajaan dibantai kiri dan kanan. Penyokong sendiri yang marah hari tu Najib dapat ampun separuh, mengamuk lagi. Apahal ni? Dahlah dapat diskaun, dapat tahanan rumah lagi.
Yang geng Umno pulak. Pressure juga. Mana dia keadilan kepada Bekas Presiden mereka? Mereka nakkan Najib keluar Penjara.
Makanya Peguam Najib mulakan proses Semakan Kehakiman. Meminta Mahkamah campur tangan. Semakan ke atas keputusan Lembaga Pengampunan, dia nakkan tahanan rumah, bukan dipenjara. Berlandaskan Titah Tambahan tadi. Yang sampai sekarang tiada siapa mengaku ada original copy.
Najib menang semalam bukanlah lah bermaksud dia dah dapat tahanan rumah.
Semakan Kehakiman ni ada dua proses ya. Satu kena lepas proses Leave/ Kebenaran. Maknanya Mahkamah kena setuju dulu anda ada hak nak cabar keputusan Kerajaan. Lepas Mahkamah putuskan level 1, barulah kita dengar fakta kes, boleh ke idak Najib dapat apa yang dia nak.
Yang semalam tu Najib lepas stage 1. Maknanya Mahakmah dah bagi dia hak cabar keputusan Lembaga Pengampunan. Bukan sahaja bagi diskaun ya, dia nak juga tambahan tahanan rumah dan bebas penjara.
Itu level kedua, sama ada Najib dapat ke idak panjang lagi ceritanya.
*************************
Lagi satu dari episod ni. Pengundi sudah boleh nampak perangai politikus Malaysia.
2018 kononnnya “nak Selamatkan Malaysia. Kita nak Malaysia Baharu. Jatuhkan lah Penyamun dan Penyangak 60 tahun. Nak sekongkol komunis DAP pun tak apa. Buat apa sahaja asal dia jatuh jua”.
2024 katanya pula “Najib dizalimi. Kita kena tegakkan hak peribadi. Ini semua salah DAP!”
Sama je perangai depa dengan British. Pecah dan perintah yang diguna. Hanya kerana kemaruk kuasa.
Yang pastinya, mereka akan berdrama bila ada kepentingan.
Isunya, rakyat dan negara siapa yang tengokkan?
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Aku takleh bayangkan perasaan Ismail Haniyeh ketika ini
Orang tengah sambut raya mat
Ko hilang 3 anak dan 3 cucu kerana Israel
Moga Allah beri ketabahan kepada beliau ketika ini
AL FATIHAH
Sayu tengok lautan manusia bersungguh-sungguh menghidupkan malam ke-27 Ramadhan di Makkah.
Teringat pada malam sebelum berlakunya peperangan Badar, Rasulullah SAW berdoa sungguh-sungguh kepada Allah SWT meminta kemenangan. Sampai Rasulullah sebut: "Ya Allah, jika kumpulan orang Islam ini musnah, maka tiada sesiapa lagi yang akan menyembah-Mu di muka bumi ini."
Begitu sekali sikitnya ummat Islam ketika itu, sampai Rasulullah SAW risau jika mereka tewas, terbantutlah usaha dakwah dan lenyaplah agama Islam.
Kaabah tu dulu dikelilingi ratusan berhala. Rasulullah SAW dan para sahabat sampai terpaksa berhijrah keluar dari Makkah kerana hebatnya tentangan yang diterima.
Tetapi Hari ini Kaabah dikelilingi ribuan bahkan mungkin jutaan manusia yang mentauhidkan Allah SWT.
Allahuakbar.
Saya lahir tahun 1972.
Beli tuala wanita akan dibungkus dengan suratkhabar. Dan pekedai ini berbangsa Cina. Kenapa bungkus? Sebab pekedai malu orang nampak dan pembeli pun malu kalau orang tahu.
Sidai pakaian dalam di bawah kain lain atau dalam bilik air. Sebab apa? Sebab malu. Tak nak orang tahu.
Jika pakai blouse dan tali bra terkeluar, akan malu besar beberapa hari. Akan sentiasa rasa macam satu dunia tahu tentang tali bra ternampak.
Bila period dan tak boleh solat, akan berbisik jika orang tanya. Tak mahu lelaki dengar. Kenapa? Sebab malu.
Mak akan cubit anak perempuan yang tetiba hilang kawalan diri bila ada orang lain. Sebab apa? Sebab mak malu anaknya berperangai macam tu dan mahu anak pun tahu juga rasa malu.
Namun rasa malu ini sudah semakin hilang dalam DNA perempuan. Bapa ayam ini dengan bangganya dijulang dengan sokongan padu dari perempuan.
Baca komen perempuan menyokong penyundalan sangat memualkan. Tiada lagi rasa malu atau segan.
Perempuan yang rosak bakal merosakkan generasi akan datang.
Moga Allah pelihara rasa malu semua perempuan yang beriman. Aameen
Perkongsian: Normaliza Mahani
Tiga pemimpin kaya raya yang Allah panjangkan umur mereka, tun dr m, tun daim dan tun taib mahmud dari serawak
Semasa Allah pinjamkan kekuasaan kepada mereka di zamannya mereka sangat berkuasa dan hebat, mampu bersaing dengan kawan dan lawan mereka dalam apa juga keadaan...
Tun Dr M walaupun paling tua di kalangan tiga pemimpin ini tapi dia masih sangat sihat dan aktif boleh nampaknya berjalan dan menyerang musuh politik cuma kuasa dah tak ada maka sangat terbatas, sokongan menurun....
Tun Daim tokoh yang luarbiasa kekayaannya jika di lihat di lapuran media baru baru ini nampak kurang sihat walaupun umur masih muda sekitar 84 tahun, sudah duduk di kerusi roda tapi ingatan masih kuat juga, cuba melawan musuh politiknya dan mengajak rakyat melawan dan menyerang perdana menteri tapi sambutan tidak memberangsangkan...
Tun Taib Mahmud semalam berita yang keluar sangat mengejutkan beliau di colek kononnya dari hospital oleh isterinya dan kesihatan tun tidak di ketahui jelas oleh masyarakat sama ada ingatan masih bagus atau pun tidak. Tetapi yang jelas perbalahan keluarga antara yang berlaku sehingga di bawa ke mahkamah dan melibatkan pihak polis...
Ketiga sahabat baik ini masa berkuasa sangat kuat dan di geruni pihak lawan dan kawan, sangat di hormati ketika berkuasa, apa saja mereka buat semua boleh terjadi... Anak anak mereka semua sangat berjaya dan kaya...
Pengajaran yang kita perlu pelajari ialah kekayaan yang luarbiasa rupanya tidak mampu membawa kebahagian sehingga ke hujung kehidupan, kekayaan juga boleh menyebabkan kehidupan menjadi huru hara dan perebutan keluarga, kekayaan juga tak mampu melindungi kekebalan diri kerana yang maha kaya adalah Allah swt sahaja dan yang maha berkuasa adalah Allah swt... Dan maha pengampunan juga Allah swt.... Semoga tiga tokoh ni di ampunkan Allah dan di berikan kesabaran dan ketenangan di hujung usia... Pengajaran juga buat kita
#ladybug
“Ingatlah - jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas.
"Ke mana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai”.
“Peliharalah adab dan susila kita, apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang.”
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Istana Alam Shah, Klang
21 Ogos 2023
Bahaya kejahilan
Hakim bertanya kepada pembunuh bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat,
"Kenapa awak bunuh Sadat?"
Dia berkata kepadanya, "Kerana dia sekular!"
Hakim menjawab: "Apakah maksud sekular?"
Pembunuh itu berkata: "Saya tidak tahu!"
Dalam kes cubaan membunuh penulis Mesir, Naguib Mahfouz, hakim bertanya kepada lelaki yang menikam Naguib Mahfouz:
"Kenapa awak tikam dia?"
Pengganas itu berkata: "Kerana novelnya - Kanak-kanak kejiranan kami".
Hakim bertanya kepadanya: "Adakah anda telah membaca novel ini?"
Penjenayah itu berkata: "Tidak!"
Hakim lain bertanya kepada pengganas yang membunuh penulis Mesir.
"Kenapa awak bunuh Faraj Fouda?"
Pengganas itu menjawab: "Kerana dia seorang yang tidak setia!"_
Hakim bertanya kepadanya: "Bagaimana kamu tahu dia seorang yang tidak setia?”
Pengganas itu menjawab: "Menurut buku yang dia tulis".
Hakim berkata:
"Manakah di antara kitab-kitabnya yang kamu tahu dia seorang yang derhaka?"
Pengganas: "Saya belum membaca bukunya!"_
Hakim: "Bagaimana?"
Pengganas itu menjawab: "Saya tidak boleh membaca atau menulis!"
Kebencian TIDAK pernah merebak melalui ilmu. Ia sentiasa merebak melalui kejahilan.
Beginilah cara masyarakat membayar harga kejahilan.