Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.
Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma atau penyakit paru-paru, pesakit jantung dan individu berpenyakit kronik perlu diberikan perhatian sewajarnya semasa jerebu.
✅ Hadkan aktiviti di luar bangunan
✅ Teruskan pengambilan ubat mengikut arahan doktor
✅ Pantau sebarang perubahan tahap kesihatan
Pastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya mengalami kesukaran bernafas atau keadaan kesihatan semakin teruk.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejaskan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung.
😷 Jika bergejala, amalkan langkah pencegahan berikut:
1️⃣ Berehat di rumah
2️⃣ Tutup hidung dan mulut ketika batuk/bersin
3️⃣ Elak berkongsi peralatan peribadi
4️⃣ Dapatkan rawatan doktor jika gejala berterusan
🇲🇾 Bersama kita perkukuh langkah pencegahan bagi memastikan rakyat kekal sihat dan sejahtera.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
@bckupacc99@amrhx21fh Yang ni rasanya masih lagi di bawah pemaju perumahan tak pun persatuan penduduk tempat tu. Kalau kawasan perumahan tu sudah diserahkan kepada MPKB-BRI, mereka lah kena bertanggungjawab. Apa-apa pun terima kasih kepada saudara ini telah menyempurnakan fardu kifayah.