Kalau berdoa minta rezeki kat Allah, jangan lupa minta Allah kurniakan rasa kecukupan. Rasa kecukupan ni nikmat rezeki yang paling seronok. Sebab kalau takda rasa cukup, rezeki yang kita dapat tu walaupun sebesar gunung emas pun kita takkan pernah rasa cukup/syukur/tenang.
Bila setiap kali kita mahu membuat maksiat & mungkar, ingatlah bahwa stp degupan jantung ini hidup atas izin Allah.
Di Akhirat nanti, jantung ini juga akan menjadi saksi kepada apa yg telah kita buat di dunia.
Semoga pulangnya kita kpd Tuhan dgn hati yg sejahtera.
Buat pertama kalinya, Abu Ubaidah tidak lagi menyebut dalam permulaan ucapannya: "Wahai negara Arab dan negara Islam kami" dan hanya menyebut "Wahai rakyat kami yang teguh berjihad" dan "Wahai semua orang yang merdeka di dunia."
Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 mcm bidadari syurga. Telanjang bogel tau..
dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.
Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"TIDAK. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
Kita kena selalu berpuasa sunat sebab waktu dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat dajjal:
- boleh menyuburkan tanaman.
- boleh turunkan hujan.
- menghidupkan yang sudah mati.
Macam mana dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. sangat laju!"
Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
Nanti, dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. siapa tak mengaku, derita.
Hari pertama dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke 2 = sebulan.
Hari ke 3 = seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.
."jika dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."
- Nabi Muhammad SAW -
Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
"jika kamu berjumpa dengan dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW -
Nabi dah berpesan. Jom amalkan!
Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
Waktu dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.
"kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari dajjal?"
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan dajjal tu di darat, laut dan udara. tak boleh lari.
"dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."
- Syeikh Zainul Asri -
Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan.
Neraka dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga dajjal adalah hakikatnya neraka.
Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah dajjal. ni hadis Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
"yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -
โบ orang yang malas nak ambil tahu pasal dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh dajjal nanti.
#salammaghrib #repost dr Fadzilah Hairudin
1) Abu Ubaidah (AU) ni jurucakap Briged Izzudin al-Qassam (Q) yg paling digeruni oleh puak penjajah, tapi paling dinantikan ucapannya oleh rakyat Palestin kerana ucapan beliau adalah pembakar semangat!
.
2) Beliau 'naik' dan mula terkenal ketika Operasi Gilad Shalit pada 2006 iaitu Operasi terhebat bagi Q apabila berjaya menculik dan 'menyimpan' dia dalam Gaza selama 1,934 hari.
.
Sorang dia sahaja ditukarkan dengan 1,027 tahanan Palestin di penjara penjajah. Antara yg dibebaskan adalah pimpinan H seperti Yahya Sinwar (sekarang Ketua H di Gaza).
.
3) Media Penjajah pernah umumkan mereka tahu identiti AU dan sebarkan gambarnya tetapi H nafikan dan kekal misteri sehingga kini. Power betul Sirr (kerahsiaan mereka).
.
4) Namanya inspirasi dari Abu Ubadiah Al-Jarrah, sahabat Rasulullah yg hebat.
.
"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"
.
5) Ucapan beliau sejak dulu semuanya penuh dengan semangat, keberanian dan kalau musuh dengar memang cuak dan kecut perut sebab itu jika kita analisa bila dalam perang setiap kali dia berucap IZ akan menyerang Gaza dengan menggila.
.
Antara ucapan beliau yang power namati!
.
Kami menyerang Tel Aviv, Dimona, Asdod, Asqalan dan Bi'r saba adalah lebih mudah bagi kami daripada minum air!
.
Jaga wudhu kalian, tidak lama lagi kita akan solat berjemaah di Masjid al-Aqsa!
.
Kereta Kebal mereka akan menjadi keranda buat mereka jika menyerang melalui darat!
.
6) Ucapan terbaru beliau pada 8 Nov penuh dengan info dan maklumat kejayaan Q antaranya 136 kenderaan perang terutama Merkava (Kereta Kebal kebangaan IZ) telah dimusnahkan oleh Q dgn 'Yasin 105' (Homemade Bom Pemusnah Q).
.
AU adalah 'mimpi ngeri' buat penjajah. Tetapi inspirasi dan motivasi buat kita.
.
Birruh Biddam Nafdika Ya Aqsa!
.
*Jika ada yang bakal menimang anak lelaki muliakan dengan meletakkan nama anak kalian 'Abu Ubaidah' !
.
Tulisan: Aiman Khairul Azzam.
Pengkagum Abu Ubaidah.
"Here's my brother, right there, please bring him to me"
A Palestinian child begs the journalist to bring him his little brother after Israeli airstrikes separated them.
Jika diperhatikan, dalam ucapan pertama Abu Ubaidah, beliau tidak menyinsing lengan bajunya.
Akan tetapi, ketika ucapannya yang terkini, Abu Ubaidah melipat lengan bajunya. Dan inilah tanda-tanda kemenangan yang semakin hampir, insya-Allah โ๐ป
Apa jadi kat Gaza semalam (waktu kita)?
1. Dua pegawai tinggi US bagitau NY Times Israel bertanggungjawab atas blackout di Gaza.
Mereka taknak dinamakan. Bagus. Keep sharing the truth!
Masa blackout tu, orang tak tahu apa-apa. Nak cari info tak dapat. Nak tahu Israel tengah bom kat mana pun tak boleh. Saya kongsi kisah Ahmed Yousef: "aku sangka putus bekalan elektrik dan air dah teruk rupanya teruk lagi bila putus hubungan."
Sebab apa teruk?
Bayangkan ramai tercedera. Nak pergi dapat bantuan tu dah risiko sebab keluar rumah waktu airstrike anytime jer.
Jadi bantuan tak sempat sampai.
Ashraf al-Qidra cakap ambulans jumpa ratusan orang - hidup dan syahid - di jalanan dan dibawah sisa runtuhan.
2. Aik? Ambulans? Minyak ada ka kat situ?
Ada. Tapi dah nak habis. Gaza tengah utamakan mana yang wajib. Dah utamakan yang wajib tu pun mereka utamakan terpaling wajib.
Dan ya, ada ambulans dah tak boleh refuel dah. Jadi pihak perubatan buat apa? Tambat flatbed kat keldai. Usung mangsa tercedera.
Keldai...
Keldai.
3. Details berkenaan ground operations sangat terhad. Asalnya beberapa sumber cakap Israel dah ambil kawasan sekitar Bayt Hanun dsb. Tapi banyak juga sumber menjelaskan the fight ain't over bahawasanya mereka belum ambil.
Saya amati sumber "belum ambil" tu lebih benar.
Yang diyakini sahih? Israel dah langgar Gaza, cuma mereka masih berselindung di sebalik definisi "serbuan bersasar".
Saya akan update kalau ada lagi. Korang boleh screenshot ni dan letak kat TikTok korang. Risau pula tengok isu ni makin turun hype.