Jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah abah saya, Tuan Haji Aziz bin Ramlan
Mudah Allah ambil beliau, dalam keadaan baik, muka berpeluh, kulit suam dan air mata mengalir ketika aku ajarkan lafaz syahadah
Al-Fatihah buat abahku, Aziz bin Ramlan
18/2/1962 - 26/2/2025
😊🫶
Tahun ni bini durian runtuh banyak dapat duit raya daripada makcik pakcik belah aku dan dia, biras semua, termasuk
Alhamdulillah rezeki dia sebagai suri rumah
Aku tahun ni banyak duit raya dpt drpd contest aku masuk. InshaAllah moga rezeki makin bertambah, dikurniakan anak🫰🤲
Teruskan mengadu kepada Allah SWT, terutama ketika waktu malam orang lain sedang tidur.
Allah menunggu hamba-hambaNya yang ingin mengadu dan memohon ampun di waktu malam.
Nabi ﷺ sebut:
ينزلُ اللهُ كلَّ ليلةٍ إلى السماءِ الدنيا، حين يبقى ثلثُ الليلِ الآخرِ، فيقولُ: من يدعوني فأستجيبُ له ، من يسألني فأعطيه، من يستغفرُني فأغفرُ له.
Maksudnya: “Allah turun ke langit dunia pada setiap malam, ketika tinggal sepertiga malam yang terakhir. Lalu Dia berfirman:
‘Siapakah yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan memperkenankannya?
Siapakah yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya?
Siapakah yang memohon ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya?’”
HR al-Bukhari, no. 1145 & Muslim, no. 758.
Waalaikumussalam
Qunut subuh hukumnya sunat muakkad (yang sangat tuntut) di sisi mazhab al-Shafi’i.
Jika tertinggal, maka perlu lakukan sujud sahwi.
Jika tak hafal, memadai dengan baca lafaz qunut yang paling ringkas, iaitu:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي يَا غَفُورُ
Maksudnya: “Wahai Allah ampunilah aku, wahai Sang Yang Maha Pengampun.”