Monkey Pox masih wujud dan jangan ambil mudah!
Ruam monkey pox peringkat awal kerap di salah anggap sebagai ruam Herpes dan Syphilis, tetapi ia sebenarnya dapat dibezakan dengan jelas.
Ruam ini tidak semestinya merebak ke seluruh badan, seperti kes ini, ianya berlaku hanya pada kawasan kemaluan.
Sebelum anda berjumpa doktor, saya selalu galakkan anda untuk ambil gambar ruam dahulu dan tunjukkan pada doktor.
Ini kerana sesetengah penyakit kelamin seperti Monkeypox ini sangat mudah merebak, jadi pemeriksaan oleh doktor memerlukan pakaian perlindungan khas atau PPE.