Dr Malar jawab balik pada Faiz isu rasmi Anugerah Kecemerlangan Akademik kat sekolah baru baru ni. Gitu je Dr Malar bagi tak ada tapis tapis 🤣
“Awak tu kalau jemputan pendidikan fikir elok sebab awak 😪”
Bahaya trend ambik makanan luar lepas tu tepek harga 50x ganda sedangkan semua bahan datang dari lokal bukan import. Contoh lain macam Es Pisang Ijo, kat tepi jalan Bandung/Jogja 10-15 ribu Rupiah, sampai ke orang kita jadi RM 20 atau 80 ribu Rupiah
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan remaja bawah umur yang juga pemandu Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut dalam nahas di Senawang pada Mac lalu.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya ketika sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret.
TERIMA KASIH PAKCIK GRAB!
Saya stay Seremban sebab kerja, tapi saya asal orang Perak. So memang kat Seremban sorang sebatang kara, tak ada family. Pagi semalam, bangun subuh mula rasa tak sihat sampai menggigil.
So turun ke lobi dan tanya orang dekat situ mana klinik yang buka hari Ahad. Lepas dia bagitahu lokasi, so saya pun jalan kaki je sebab mmg dekat, terketar ketar la jugak jalan sebab sakit sangat. Dah sampai tiber klinik tu pula tutup
Time tu saya terus call bf sebab dari awal sakit, memang dia je yang ada dalam kepala saya utk mintak tolong. Tapi dia tak angkat langsung sebab tengah kerja. Lagi la menangis..
Walaupun makin sakit, cuba bertahan tapi menangis nangis kat tepi jalan . Badan saya dah ketar sambil pegang telefon cari Grab. Dalam masa yang sama saya risau, sebab ada RM30 je sementara tunggu gaji Isnin.
Bila Grab sampai, pakcik driver tu nampak saya dah menangis teruk, duduk tak senang. Dia mula tanya ok tak sakit apa semua. Saya tanya dia, “Klinik *** mahal tak, sebab saya ada RM30 je hari ni.”
Hm dari keadaan time tu yang menangis bagai, orang memang boleh tahu RM30 tu takkan cukup kalau pergi klinik swasta.
Long story short, bila sampai dekat klinik yang dah set dalam Grab tu, ramai gila orang. Pakcik grab terus kata, “Takpe dik, duit jangan risau, jom pakcik tolong cari tempat lain.” Masa tu saya menangis lagi teruk sebab dari awal sakit sampai habis saya asyik teringat ummi ayah. Mulut saya asyik panggil, tapi sosok umiayah jauh. Allah gantikan dengan pakcik ni ada tolong saya sepanjang tu.
Pakcik ni offer nak bawa saya ke hospital swasta. Saya cakap saya tak berani sebab tak cukup duit. End up kiteorg ke hospital kerajaan kecemasan.
Mulanya tak terus ke kerajaan sebab takut lagi ramai dan lambat. Tapi Alhamdulillah, bila sampai semuanya smooth, tak tunggu lama pun.
Sebenarnya dari awal saya dah risau kalau klinik yang mula mula cari dalam grab tutup, kena tempah Grab lain, duit tak cukup. Tapi rupanya perancangan Allah jauh lebih cantik daripada apa yang saya risaukan. Pakcik Grab tu bukan je tolong dari awal, tapi dia hantar saya sampai masuk kecemasan, belikan breakfast, dan siap bagi duit belanja lebih, ws call tanya update if kene warded offer lagi bantuan lain.
Hari ni saya rasa sangat sedih bila teringat jasa pakcik grab baik tu.
Kalau korang jumpa pakcik ni dalam driver Grab, tolong bagi dia 5 bintang dan komen yang baik baik. Dia sangat, sangat, sangat baik. ❤️😭
Semalam pakcik tolong saya, mudahkan urusan saya, sebagi balasan saya harap semoga setiap hari Allah tolong dan mudahkan segala urusan dan rezeki pakcik berganda ganda❤️
Sumber mirzahiraa
Nabil tetap dgn mulut lancang dia tu. Berubah muka sherry bila ckp hahaha ko tkde rumah tangga. Jgn la lawak2 isu sensitif cmni. Ko jgn esok2 sherry kawin ngan meerqeen. Nganga semua. #gegarvaganza2025