SIARAN MEDIA
KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM
KEMALANGAN MELIBATKAN 12 KENDERAAN DI PERSIARAN MOKHTAR DAHARI, SHAH ALAM
Siaran media ini dikeluarkan berikutan satu kejadian kes kemalangan yang berlaku pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) jam lebih kurang 1620hrs melibatkan (12) kenderaan di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam.
Kemalangan berpunca daripada pemandu m/lori yang mendakwa mengalami masalah brek telah hilang kawalan semasa menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam lalu terbabas ke arah bertentangan dan melanggar (11) buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kemalangan itu telah mengakibatkan seorang pemandu SUV jenis Subaru XV iaitu 1 (L) (M) berumur 58 tahun mengalami cedera parah di bahagian kepala dan sedang di rawat di zon merah Hospital UiTM Puncak Alam manakala isteri yang berada di kerusi penumpang hadapan iaitu 1 (P) (M) berumur 53 tahun bersama cucu 1 (L) (M) berumur 17 tahun juga di rawat di hospital yang sama tapi berada dalam keadaan yang stabil. Seorang lagi pemandu m/kar Perodua myvi iaitu 1 (L) (M) berumur 29 tahun mengalami kecederaan di badan berada dalam keadaan stabil turut di rawat di hospital sama.
Ujian pernafasan bagi mengesan kadar alkohol dan ujian air kencing telah dijalankan ke atas pemandu m/lori dan mendapati positif amp/meth. Pemandu yang merupakan 1 (L)(I) berumur 51 tahun telah ditahan bagi menjalankan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah seksyen 44 (1A) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mana-mana individu atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan ini bolehlah tampil ke ke hadapan untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Bin Peping di talian 012-2863875.
(ACP SARUDIN BIN HJ SAMAH)
KPD SHAH ALAM
#digitalbernamatv #kemalangan #kenderaan #shahalam