Masalah lelaki ni bila berpakaian main bedal je kan warna apa seluar, baju, kasut. End up rasa tak konfiden bila keluar ramai2 dengan kawan. So ni tips & suggestion colour combo for you guys. Get your best cargo pants here https://t.co/M8d3hjg0g5
Apple Watch SE 3 ditawarkan pada harga Pendidikan
GPS
40mm : RM959
44mm : RM1,109
GPS +Selular
40mm : RM1,169
44mm : RM1,319
Selain Apple Watch SE 3, Apple Watch Siri 11 dan Apple Watch Ultra 3 turut ditawarkan pada harga Pendidikan.
Kepada pengguna MacBook, mungkin boleh kongsi perisian menarik kepada rakan-rakan yang baru kali pertama memiliki MacBook.
1. iWork (Pager, Keynote, Numbers)
2. WhatsApp
3. Chrome (tapi saya lebih menyukai Safari)
4. ChatGPT
5. Affinity
6. VLC
7. OmniDiskSweeper
Salam. Terima kasih atas semua atas positive vibes yang disebarkan.
Alhamdulillah dikurniakan warga sekolah yag baik. Cuma apa yang lagi best bila unboxing surat2 dorang. Ni part 1
@XavierNaxa Min, soalan.
Macbook air boleh fully utilised ke kalau guna adapter 70W USB-C? Saya plan untuk beli macbook air m5 beserta adapter 70W menggunakan eduplan.
Ada juga yang percaya Malaysia “jual semua minyak kita” dan sebab itu harga mahal. Sebenarnya, tidak.
Realiti sebenar minyak Malaysia; Malaysia guna minyak lebih banyak daripada kita hasilkan.
Malaysia tidak eksport semua minyak berkualiti tinggi. Kita hanya eksport sekitar 30% minyak mentah sahaja & 70% lagi diproses dalam negara jadi petrol, diesel etc etc.
Kenapa eksport juga? Sebab minyak mentah kita berkualiti tinggi dan mahal. Lebih berbaloi jual, kemudian import minyak lain untuk diproses.
Ini strategi ekonomi, bukan rugi. Tetapi, masalah sebenar adalah; Permintaan rakyat Malaysia > pengeluaran domestik.
Contoh kasar, kita hasilkan 3.8 juta tan petrol tapi guna 14.8 juta tan. Defisit besar. Jadi kita terpaksa import. Ini bukan pilihan tetapi ini keperluan. Kalau tak import, tak cukup petrol untuk rakyat.
Kenapa tak guna minyak kita sahaja? Sebab kilang penapisan perlukan campuran minyak tempatan + import untuk hasilkan produk ikut standard (Euro5, dll).
Sebab itu kita eksport dan kita juga import. Tak pelik, sebab standard dalam industri global.
Nak baca doa apa ketika berbuka ?
Cadangan, baca doa berikut 👇🏻
اللهُمَّ يَا وَاسِعَ المَغْفِرَةِ اغْفِرْ لِي
Terjemahan : Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Luas pengampunannya, ampunkanlah aku.
Inilah doa yang dibaca oleh Ibn ‘Umar رضي الله عنهما ketika berbuka puasa.
Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 371)
Apa sahaja belanja yang kita berikan kepada orang yang memerlukan, ingatlah sabda Rasulullah SAW :
لعلك ترزق به
Terjemahan : Mudah-mudahan kamu mendapat rezeki disebabkan dia.
Dahulu saya pernah menulis : “Kadang, kita ‘membeli’ rezeki dengan tujuan untuk menambah rezeki.
Ada dua orang adik beradik pada zaman Rasulullah SAW. Seorang berkerja mencari rezeki manakala seorang lagi menuntut ilmu bersama Rasulullah SAW. Yang berkerja itu menampung keperluan saudaranya yang tidak berkerja.
Suatu hari, yang berkerja mencari rezeki ini datang bertemu Nabi SAW dan mengadu bahawa saudaranya tidak membantu dia mencari rezeki. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya :
لعلك ترزق به
“Mudah-mudahan kamu mendapat rezeki disebabkan dia”.
Ingat, salah satu asbab mendapat rezeki adalah menampung dan menanggung keperluan orang lain, lebih-lebih lagi para penuntut ilmu yang memerlukan.
PARLIMEN | Seorang ahli parlimen kerajaan menggesa Putrajaya mereformasi sistem pendidikan negara, dengan menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan jumlah kes buli dan kesalahan seksual yang melibatkan pelajar dan remaja.
Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) berkata sistem sekarang telah melahirkan "generasi rapuh" kerana guru tidak boleh lagi mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar.
“Dulu disiplin menjadi tunjang pembentuk manusia, dan saya bersekolah dulu, tahun 1970-an, kesalahan kecil seperti tidak memakai stoking, gagal menyiapkan kerja rumah atau buku koyak sedikit sudah diberi pengajaran.
"Bukan kerana guru zalim tetapi kerana mendidik tanggungjawab, hormat dan nilai diri. Hari ini atas nama emosi dan kesejahteraan, semua mahu dilayan lembut-lembut. Akhirnya lahirlah generasi rapuh. Cepat terasa, mudah mengalah."
Berita penuh: https://t.co/OTtXFVurUJ