Pada hari yg sama 25.03.2020 stock untuk hand glove & sanitizer pun sampai. Alhamdulilallah. Bagi hand glove & sanitizer, bayaran masih belum dibuat memandangkan kami masih lagi menunggu stock untuk suit & mask pada supplier yang sama. Bila semua barang dah sampai baru payment.
Assalammualaikum. Dekat sini aku akan update semua berkenaan Tabung 10 Sen. Sebab apa 10 sen? Sebab 10 sen dari korang adalah sangat bermakna buat mereka yang betul-betul memerlukan bantuan. Tanpa 10 sen korang tak bermakna Tabung PPE ni. Aku start collect fund 22.03.2020 2.07pm.
Dari RM6500.00 utk 10000pcs shoes cover aku berjaya cust cost ke RM1525.00 sahaja untuk jumlah yang sama ( termasuk RM100.00 upah runner ). Stock pertama sampai pada 25.03.2020. Alhamdulilallah dah jimat RM4975.00 dekat shoes cover. Bermakna duit boleh digunakan untuk benda lain.