Maria, 24, berada bersama ibunya di sebuah kedai di Chile.
Ketika ibunya keluar sebentar, seorang pemuda dikenali sebagai Lucas mengambil kesempatan memasuki kedai itu dengan niat jahat.
Maria bertindak bijak dengan menendang Lucas masuk lebih jauh ke dalam kedai sebelum mengunci pintu, menyebabkan lelaki itu terperangkap.
Lucas menyangka Maria akan segera menghubungi polis.
Namun, Maria dikatakan mahu memberi pengajaran keras kepadanya sehingga dia meminta maaf, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
Rakaman kejadian tersebut menjadi tular ketika itu.
Lucas kemudiannya didakwa merupakan seorang pelajar jurusan psikologi di sebuah universiti.
Terdapat juga dakwaan bahawa dia dibuang daripada universiti sehingga kehidupannya terjejas.