Anak rohingya masa kecik pun dah buat ganas dekat anak anak Malaysia, siap halau anak-anak tempatan lagi.
Ni siap masuk 999 lagi. Kalau masih tak nampak lagi taktahu lah 😅
DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH.
Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada malam Rabu.
Nak kongsi detail apa yang berlaku pada hari-hari terakhir tersebut dari Kitab Rahiqul Maqtum:
4 HARI SEBELUM WAFAT (HARI KHAMIS)
• Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
• Pada waktu Soalt Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan baginda telah pengsan sebanyak 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah ﷺ pengsan.
• Dalam riwayat, Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat fardhu ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
----
2 HARI SEBELUM WAFAT (HARI SABTU)
• Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang pembantu lelaki untuk hadir Solat Zohor.
• Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
• Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat. Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar.
• Lalu Abu Bakar solat mengikuti solat Rasulullah (duduk) dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
• Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
----
SEHARI SEBELUM WAFAT (HARI AHAD)
• Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar dari harta baginda.
• Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 Sha' gandum.
----
HARI KEWAFATAN (HARI ISNIN)
• Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda tersenyum.
• Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
• Diriwayatkan, ada sahabat yang hendak berhentikan solat kerana gembira dan merasakan Rasulullah telah bertambah sihat.
• Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar solat diteruskan. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
• Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ sempat berjumpa dengan Fatimah, Hasan dan Husain, isteri-isteri baginda.
• Kesakitan itu ditambah dengan pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yang Rasulullah makan ketika baginda di Khaibar.
----
DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN 😭
• Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
• Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya."
• Kemudian, Rasulullah angkat tangan dan jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda;
"Allahumma ar-Rafiq al-A'la"
(Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)
sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telah pun WAFAT menemui Kekasih-Nya.
• Peristiwa ini berlaku pada Waktu DHUHA, HARI ISNIN, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
• Ramai sahabat dan orang-orang di Madinah seperti tidak percaya. Banyak riwayat ceritakan tentang Umar dan Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
----
PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
• Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
• Ringkasnya, selepas perbincangan kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah ﷺ.
• Dalam masa sama ahli keluarga baginda, sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah ﷺ sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
• Selepas wafat, tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki ahli keluarganya sahaja.
----
1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH (HARI SELASA)
• Ahli Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ.
• Sahabat yang mandikan adalah, Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
• Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
• Kemudian, ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis:
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia."
• Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ. Lokasi tersebut KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
• Orang ramai masuk ke dalam rumah Rasulullah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang, untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorang pun menjadi imam.
• Giliran pertama dari ahli keluarga dahulu. Kemudian orang Muhajiran & Ansar. Selesai orang lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak juga mensolatkan Baginda ﷺ.
----
2 HARI SELEPAS KEWAFATAN (HARI RABU)
• Urusan Solat Jenazah tersebut berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
• Ia berakhir pada malam Rabu (Selasa malam Rabu)
• Dalam satu hadis disebutkan, Aisyah berkata,
"Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (dikebumikan Rasulullah dalam lahad di tengah malam Rabu".
----
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntung sangat kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa bersemuka dengan Rasulullah ﷺ bila kita semua masuk Syurga kelak 😭😭.
Mari kita banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. Terutama cuti Maulidur Rasul ini.
Solluu A'laa Nabi.
Wallahua'lam.
Waalaikumussalam
Perlu solat hormat waktu dalam bas tersebut walaupun tiada wuduk, tidak menghadap kiblat dan tidak rukuk & sujud sempurna.
Kelebihannya, jika kita meninggal sebelum sampai ke rumah. Kita takkan disoal berkenaan solat maghrib tersebut.
Faedah yang saya dapat daripada Dr. Labib Najib حفظه الله, tokoh ulama kini bermazhab al-Shafi’i.
Waalaikumussalam
Kalau ada harta, perbanyakkan sedekah terutama orang terdekat. Kalau ada ilmu, banyak sebarkan.
Kalau ada tenaga, gunakan untuk kebaikan ummah.
Taubat memang perlu diulangi kerap kali. Tiada orang yang boleh jamin setelah lakukan taubat dia konfem dah tak terbabas.
Ingatlah firman Allah SWT:
۞ قُلۡ یَـٰعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ أَسۡرَفُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا۟ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِیعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ﴿ ٥٣ ﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah al-Zumar, ayat 53
Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun
Walaupun penat tak rehat dari tahun lepas, KA wajibkan pergi gym setiap hari dan jaga makan. Bermula dari zaman bina rembayung, shoot video puasa, sampai ke launching Sambal Bilis, tetap eat clean and bersenam. Ni hasil selepas setahun jaga disiplin 🥹
Memperkenalkan produk keempat Khairulaming
Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan
Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni. Terima kasih guys for your support selama ni, pejam celik dah 6 tahun kita berniaga bersama 🥹