Yang memasukkan rasa gembira dan tenang ke dalam hati kita ialah Allah. Yang menghilangkan rasa sedih dan susah hati juga Allah. Maka mintalah kepada-Nya, kerana Dialah yang berkuasa mengubah keadaan hati kita.
Jangan tinggalkan doa ini selepas solat:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.”
Inilah wasiat Rasulullah ﷺ kepada Muaz bin Jabal yang Baginda cintai. (HR Abu Daud)