Selamat Hari Sungai Sedunia!
Sungai bukan sekadar aliran air; tetapi merupakan jantung kepada bumi.
Mengapakah sungai begitu penting kepada semua?
โ Membekalkan sebahagian besar sumber air bersih untuk kegunaan harian, domestik, dan pertanian.
โ Menjadi rumah dan tempat pembiakan pelbagai spesies flora, fauna, serta hidupan akuatik. ๐
โ Menyokong sektor perikanan, pelancongan air serta menjadi salah satu medium pengangkutan.
Walaubagaimanapun, keindahan sungai kita semakin terancam akibat pembuangan sampah, sisa plastik, dan pencemaran kimia.
Tanpa sungai yang bersih, kelangsungan hidup kita turut terjejas. Justeru itu, apakah yang kita boleh lakukan sekarang? ๐ค
โ Memastikan sisa toksik dan bahan kimia tidak dibuang ke dalam sistem perparitan rumah.๐งชโ ๏ธ
โ Melaporkan sebarang aktiviti pencemaran atau pembuangan haram kepada pihak berkuasa tempatan. ๐๐ฎ๐ปโโ๏ธ
โ Menanam pokok di pesisir sungai untuk mengelakkan hakisan tanah dan mengekalkan keindahan alam. ๐ฑโ๏ธ
Satu langkah kecil anda hari ini mampu menyelamatkan pelbagai hidupan sungai. Marilah bersama-sama menjaga sungai kita! ๐๐ค
#HariSungaiSedunia #CintaiSungaiKita #SelamatkanSungai #PeliharaAlam #BiodiversitiMalaysia #WorldRiversDay #LoveOurRivers #SaveOurRivers #PreserveNature #MalaysianBiodiversity #MyBIS
๐๐ค SELAMAT DATANG, JELITA
Anak gajah liar betina berusia kira-kira 4โ5 tahun, yang dinamakan โJelitaโ, telah berjaya diselamatkan oleh PERHILITAN yang diwakili oleh PERHILITAN Kelantan dan PKGK Kuala Gandah selepas ditemui dalam keadaan cedera di Jeli, Kelantan.
Penemuan Spesies Asing: Ikan Pirana Perut Merah di Pahang
Dipercayai seekor ikan piranha perut merah telah dijumpai dan direkodkan buat pertama kali di Sungai Klau, Raub, Pahang, selepas ditangkap oleh seorang penduduk menggunakan jala.
Tabiat pemakanan ikan air tawar ini merupakan omnivor dan bersifat oportunistik iaitu bergantung kepada sumber makanan yang tersedia.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia sekiranya menemui spesies asing yang disyaki seumpamanya di perairan tempatan.
KENALI KEAJAIBAN GUA KITA, HABITAT FLORA DAN FAUNA!
Jika disebut tentang gua, mesti terlintas ia adalah suatu kawasan yang gelap dan menyeramkan! Akan tetapi, gua bukan sekadar ruang kosong yang sunyi, ia sebenarnya kaya dengan nilai sejarah, ekonomi serta ekologi dan biodiversiti.
Proses pembentukan gua tidak berlaku dalam beberapa bulan tetapi mengambil masa ribuan hingga jutaan tahun. Dari gua batu kapur hingga gua laut, setiap darinya menyimpan keunikan yang tersendiri!
Tag kawan yang anda nak ajak masuk gua sama-sama!
Oops! Gua bukan semata-mata tempat untuk healing bila favourite team anda tiada skor je tau!
Jom kenali alam kita dengan lebih mendalam! Layari https://t.co/koLVorqCTB atau ikuti @mybisgovmy
#MyBIS #GuaMalaysia #Biodiversiti #AlamSekitar #CavingMalaysia
Kita belajar sebelum ini bahawa salah satu makanan penyu adalah Ubur-ubur.
Sengatan Ubur-ubur Kotak boleh membawa maut.
Pada tahun 2025, dua orang kanak-kanak maut terkena sengatan ubur-ubur, satu di Kuala Penyu, Sabah dan satu lagi di Langkawi, Kedah.
Kehadiran penyu membantu mengawal populasi ubur-ubur.
Sempena pendaratan kali kedua Penyu Belimbing di Terengganu, jom kita ulang kaji berkenaan penyu.
4 Fakta Unik Mengenai Penyu Laut Yang Anda Perlu Tahu!
1๏ธโฃ Mulut Penyu Belimbing adalah Perangkap ubur-ubur!
2๏ธโฃ Penyu Menangis Bukan Kerana Sedih!
3๏ธโฃ Suhu Pasir Menentukan Jantina Anak Penyu!
4๏ธโฃ Boleh Tidur di Dalam Air Sehingga 7 Jam!
Penerangan lanjut ada dlm gambar.
Selamat Menyambut Hari Primat Sedunia 2026
Tanggal 1 September 2026 merupakan Hari Primat Sedunia.
Malaysia cukup bertuah kerana hutan hujan tropika kita menjadi rumah kepada pelbagai spesies primat yang unik, comel, dan sangat menakjubkan. Walau bagaimanapun, banyak antara mereka kini berdepan dengan ancaman kepupusan.
Berikut adalah antara spesies primat kebanggaan negara yang wajib kita kenali:
โ Orangutan Borneo
Primat ikonik yang sangat pintar ini merupakan satu-satunya spesies kera besar di Asia dan hanya boleh ditemui di Kepulauan Borneo.
โ Ungka (Gibbon)
Primat yang tidak berekor, sangat mahir bergayut di kanopi hutan, dan sering bernyanyi bersahut-sahutan pada waktu pagi.
โ Kongkang (Slow Loris)
Primat nokturnal (aktif pada waktu malam) yang sangat pemalu, bergerak perlahan, dan mempunyai sepasang mata bulat yang besar.
โ Monyet Belanda (Proboscis Monkey)
Mudah dikenali melalui hidungnya yang besar dan memanjang. Mereka merupakan perenang yang pakar di kawasan paya bakau dan sungai.
โ Lotong (Leaf Monkey)
Kumpulan primat pemakan daun yang sering dilihat bergerak dalam kumpulan; anak lotong biasanya dilahirkan dengan warna bulu yang terang seperti jingga keemasan.
โ Kera Hantu (Western Tarsier)
Primat yang paling unik, kecil, dan misteri di dunia. Di Malaysia, spesies ini hanya boleh ditemui di Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak).
โ Kera Ekor Panjang (Long-tailed Macaque)
Bersaiz sederhana, sangat lincah, dan mempunyai ekor yang lebih panjang daripada badan mereka untuk mengimbangi pergerakan.
Perhatikan primat ini dari jauh dan jangan mengganggu mereka.
Buktikan sokongan kita terhadap konservasi dengan membiarkan primat bebas di habitat asal.
Menjadikan mereka haiwan peliharaan adalah tidak beretika dan salah di sisi undang-undang.
31/8 is malaysian independence day...... you know what that means..........
malaysian birds time ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
1: Burung Hantu Bubu (Malay Eagle Owl)
HAIWAN-HAIWAN SIMBOLIK NEGERI DAN WILAYAH DI MALAYSIA ๐ฒ๐พ
Tahukah anda bahawa beberapa negeri dan wilayah di Malaysia mempunyai haiwan yang dijadikan simbol identiti serta kebanggaan masing-masing?
Pemilihan haiwan ini bukan sekadar lambang, malah mencerminkan warisan, keunikan biodiversiti, kekuatan, keberanian dan nilai yang sinonim dengan sesebuah negeri atau wilayah.
Daripada mamalia, burung hinggalah hidupan akuatik, setiap haiwan simbolik mempunyai kisah dan kepentingannya yang tersendiri. Selain menjadi identiti, haiwan-haiwan ini turut mengingatkan kita tentang tanggungjawab untuk memelihara khazanah biodiversiti negara agar terus lestari untuk generasi akan datang.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ini mari kenali haiwan simbolik negeri dan wilayah di Malaysia serta hargai kekayaan biodiversiti yang menjadi kebanggaan negara.
#MyBIS #BiodiversitiMalaysia #HaiwanSimbolik #MalaysiaMadani #SayangiBiodiversiti #KenaliMalaysia
PENEMUAN SPESIES KETAM BAHARU DI SARAWAK! ๐ฆ
Berita baik untuk biodiversiti negara! Satu spesies ketam separuh darat (semiterrestrial) baharu daripada kumpulan ketam 'vampire', iaitu ๐ฎ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, telah berjaya direkodkan dan didokumentasikan sebagai spesies baharu.
๐ Lokasi Penemuan: Spesies ini ditemui di hutan pergunungan di Gunung Penrissen, Barat Daya Sarawak, pada ketinggian sekitar 1,040 meter dari aras laut. Ia lazimnya ditemui di celah-celah lapisan daun gugur atau tumbuh-tumbuhan berhampiran aliran air dan formasi batuan.
Ciri-ciri Unik:
โ Spesies ini dinamakan ๐ฎ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ sempena lokasi penemuannya, iaitu Gunung Penrissen.
โ Ia mempunyai cangkerang yang berbentuk hampir segi empat sama.
โ Mempunyai variasi warna dari coklat kemerahan gelap (bagi ketam dewasa) hingga warna coklat gelap dengan sedikit kilauan.
โ Mempunyai bintik-bintik kecil berwarna biru atau putih pada cangkerang dan apendajnya (terutamanya pada ketam muda), manakala matanya berwarna hitam berbanding berwarna kuning berkilauan dan boleh memantulkan cahaya dalam tona yang berbeza seperti spesies Geosesarma yang lain.
โ Signifikan Penemuan: Ini merupakan spesies genus ketam Geosesarma yang ketiga yang diketahui mendiami kawasan hutan pergunungan di kepulauan Borneo (selain G. larsi dan G. aurantium).
๐ Tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik, iaitu Dr. Jongkar Grinang dari UNIMAS, Sarawak, Dr. Paul Y. C. Ng, dan Dr. Peter K. L. Ng dari Singapura atas penerbitan hasil kajian ini di dalam Raffles Bulletin of Zoology (2026).
Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar agar habitat pergunungan yang menjadi rumah kepada pelbagai spesies endemik yang unik seperti ketam ini terus terpelihara dan kekal dara.
๐ท photographed by Chien Lee
#MyBIS #BiodiversitiMalaysia #KetamVampire #VampireCrab #GeosesarmaPenrissen #GunungPenrissen #Sarawak #SpesiesBaharu #PemuliharaanAlam Sekitar #KhazanahMalaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI NYAMUK SEDUNIA! ๐ฆ
Tahukah anda? Walaupun saiznya kecil, nyamuk adalah haiwan paling berbahaya di dunia! Sempena Hari Nyamuk Sedunia hari ini, mari kita sama-sama beringat dan ambil tindakan.
Setiap tahun pada 20 Ogos, Hari Nyamuk Sedunia disambut untuk memperingati penemuan oleh Sir Ronald Ross pada tahun 1897, dimana nyamuk betina dikenalpasti sebagai pembawa penyakit malaria.
Di Malaysia, nyamuk utama yang menjadi musuh kita ialah nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi. Tanggungjawab membanteras nyamuk ini bukan hanya terletak pada pihak berkuasa, tetapi bermula dari rumah kita sendiri.
Apa yang kita boleh kita lakukan? Mudah sahaja!
โ Luangkan 10 minit seminggu untuk mencari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk.
โ Tutup bekas simpanan air dan buang tempat takungan air di luar rumah.
โ Gunakan penghalau serangga apabila keluar rumah pada waktu senja dan awal pagi.
โ Gunakan kelambu atau ubat nyamuk ketika tidur.
Lindungi keluarga kita. Tiada Aedes, Tiada Denggi!
Ikuti @malaysiabiodiversity untuk penemuan fakta alam dan usaha pemuliharaan yang memukau!
#MyBIS #Biodiversiti #HariNyamukSedunia #CegahDenggi
Rujukan:
1. World Mosquito Program. 2026. World Mosquito Day & How Mosquito Spread Disease.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2019. Nyamuk berWolbachia.
3. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2017. Penyakit-penyakit Bawaan Nyamuk
SELAMAT MENYAMBUT HARI ORANGUTAN SEDUNIA 2026
Orangutan mempunyai banyak keunikan yang mungkin belum anda ketahui!
Daripada ciri fizikal yang unik hinggalah kepada hubungan erat antara ibu dan anak, orangutan sememangnya antara hidupan liar yang menakjubkan.
Mari kenali beberapa fakta menarik tentang orangutan:
โ DNA orangutan mempunyai kira-kira 97% persamaan dengan DNA manusia.
โ Orangutan liar telah diperhatikan menggunakan *Dracaena cantleyi* sebagai bentuk rawatan semula jadi untuk diri sendiri.
Setiap orangutan merupakan sebahagian daripada warisan biodiversiti dan ekosistem hutan kita.
Sempena Hari Orangutan Sedunia ini, marilah kita bersama-sama mengenali, menghargai dan memainkan peranan dalam melindungi orangutan serta habitat semula jadinya.
๐ Kenali. Hargai. Lindungi.
#HariOrangutanSedunia2026 #Orangutan #Biodiversiti #Pemuliharaan #MyBIS #BiodiversitiMalaysia #LindungiHidupanLiar #SelamatkanOrangutan
Hari Gajah Sedunia merupakan peringatan tentang peranan mammalia terbesar darat ini dalam mengekalkan jangka hayat hutan kita.
Gajah memainkan peranan ekologi yang sangat penting dalam:
โ Penyebar Biji Benih
Najis gajah membawa ratusan biji benih pokok hutan ke kawasan luas yang sukar dicapai.
โ Pembuka Denai
Saiz badan mereka yang besar meredah semak, membuka laluan untuk haiwan lain.
โ Penyedia Sumber Air
Semasa kemarau, gajah menggali tanah untuk mencari air, yang membantu haiwan lain bertahan hidup.
Tanpa gajah, ekosistem hutan di mana mereka tinggal, akan rosak.
Akibat pencerobohan habitat dan pemburuan gading, populasi mereka semakin terancam.
Selamat Hari Gajah Sedunia!
Mari tingkatkan kesedaran dan sokong pemuliharaan habitat hidupan liar kita.
#HariGajahSedunia #WorldElephantDay #KonservasiAlam #ConservationNature #LindungiHidupanLiar #ProtectWildlife #BiodiversitiMalaysia #MalaysianBiodiversity #MyBIS
๐ SELAMAT HARI GAJAH SEDUNIA 2026๐ฟ
Ayuh bersama menghargai, melindungi dan memelihara gajah demi kelangsungan generasi akan datang. ๐
12 Ogos 2026 | World Elephant Day
#HariGajahSedunia#WorldElephantDay#PERHILITAN#LindungiGajah
Jika ingin tahu lebih lanjut tentang penggunaan pelekat pada epal, berikut menunjukkan petunjuk kaedah penanaman (untuk kod tertentu):
โข 4 digit (contoh: 4016) โ Ditanam secara konvensional.
โข 5 digit bermula dengan 9 (contoh: 94016) โ Ditanam secara organik.
โข Kod 5 digit bermula dengan 8 pernah dicadangkan untuk hasil tanaman Organisma Diubah Suai Genetik (GMO), tetapi sistem ini tidak digunakan secara meluas dan hampir tidak ditemui di pasaran hari ini.
Jadi selepas ini jika mahu membeli epal, anda sudah tahu fungsinya!
#TahuTak #BuletinTV3 #Epal #Sticker #Organik
Jom kenali Fungi Polipor dengan lebih dekat
Polipor ialah kumpulan kulat yang biasanya tumbuh pada kayu dan mempunyai liang halus berbeza daripada kulat berinsang.
Polipor memainkan peranan penting dalam hutan sebagai saprofit dan patogen, dengan menguraikan kayu mati serta mengitar semula nutrien ke dalam ekosistem.
Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai famili, dan istilah โpoliporโ merujuk kepada struktur kulat tersebut, bukan satu klad terdendiri.
Jom muat turun poster infografik ini melalui pautan berikut https://t.co/hX5MsnPNH1
SELAMAT HARI RANJER SEDUNIA!
Setiap hari, renjer hutan dan pengawal hidupan liar mempertaruhkan keselamatan mereka demi melindungi sumber paling berharga di Bumi.
Merekalah mata, telinga, dan pelindung yang bertindak secara langsung demi alam sekitar kita.
Namun, skop tugas mereka kini berubah.
Ketika negara berdepan dengan cabaran pemerdagangan hidupan liar dan spesies terancam serta perubahan iklim peranan renjer bukan lagi sekadar pelindungโmereka kini merupakan petugas barisan hadapan yang penting bagi kelestarian planet kita.
SELAMAT HARI HARIMAU SEDUNIA!
Bukan hanya sekadar haiwan yang gah dan ikonik, harimau merupakan pemangsa puncak (apex predator) yang memegang kunci kepada keseimbangan ekosistem rimba. Di Malaysia, kita memiliki tanggungjawab yang besar terhadap spesies unik kita sendiri, iaitu Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni).
Secara ekologi, harimau bertindak sebagai โPenjaga Keseimbangan Hutanโ kerana:
1.โ โ Ia mengawal populasi haiwan herbivor, secara langsung mencegah ragutan berlebihan yang boleh merosakkan spesies tumbuh-tumbuhan dan struktur semula jadi hutan.
2.โ โ Bertindak sebagai 'spesies payung' (umbrella species). Usaha memulihara harimau bermakna kita perlu melindungi kawasan hutan yang luas, sekaligus menyelamatkan ribuan spesies flora dan fauna lain yang hidup di habitat yang sama.
Mari Kenali Harimau Malaya
โ Hanya terdapat di Semenanjung Malaysia
โ Boleh hidup sehingga 10-15 tahun
โ Rusa sambar dan Kijang adalah kegemarannya
โ Tempoh bunting selama 16 minggu atau 4 bulan
โ Pemangsa puncak (Apex predator)
โ Sangat terancam
โ Corak belang adalah unik pada setiap individu seperti cap jari manusia
โ Pandai berenang
โ Mampu lari dengan kelajuan 60km/j