Agak mendalam apa yang diperkatakan oleh Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad di hujung podcast nya bersama Yousaf.
“Tak guna dapat rumah tangga yang stable, tetapi isteri kita menderita untuk stable kan rumah tangga” 🥹
"An empty chair is better than a chair with the wrong person" - Hafizul Faiz, Podcast Habis Cerita
Kita boleh pilih siapa pasangan hidup kita tetapi anak-anak kita tak boleh pilih siapa parents mereka. So guys, don't rush untuk kahwin 😄
Saudaraku,
1-Jangan lupa baca ayat kursi setiap kali selepas solat fardhu
2-Sebelum tidur lazimi baca surah Al-Mulk
3-Jangan tinggalkan witir 3 rakaat setiap hari
Moga kita istiqamah. Allah suka kita istiqamah.
Cintakanlah Allah sehingga akhir hayat.
🌿 5 Surah Dahsyat yang Jadi Penolong di Dunia & Akhirat 🌿
🤲 MasyaAllah… ternyata ada surah-surah Al-Qur’an yang memiliki keutamaan luar biasa jika kita istiqomah membacanya.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tapi juga tentang menjaga amanah tubuh badan. Masalah paling utama bila berpuasa adalah dehidrasi yang menyebabkan kita rasa cepat letih, mengantuk, dan sakit kepala. 🌙
Macam mana nak cukupkan 8 gelas air dalam masa yang singkat? Jawapannya adalah pada disiplin waktu.
Ikuti Jadual Minum Air 8 Gelas Sehari ini supaya badan kekal cergas untuk beribadah sepanjang malam:
🔹 1 Gelas: 5.00 AM (Bangun tidur)
🔹 1 Gelas: 5.30 AM (Semasa sahur)
🔹 1 Gelas: 7.30 PM (Semasa berbuka)
🔹 1 Gelas: 8.00 PM (Selepas berbuka)
🔹 1 Gelas: 8.30 PM (Selepas Maghrib)
🔹 1 Gelas: 9.00 PM (Selepas Isyak)
🔹 1 Gelas: 10.00 PM (Selepas Terawih)
🔹 1 Gelas: 11.00 PM (Sebelum tidur)
Jom kita amalkan gaya hidup sihat sepanjang bulan mulia ini. Share jadual ini dengan keluarga dan kawan-kawan supaya semua kekal hidrat! 💧
Kredit: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan (JKN Kelantan)
Ramai antara kita beranggapan berjalan kaki hanya sekadar aktiviti membakar kalori. Namun, analisis daripada pakar kardiologi mendedahkan sesuatu yang jauh lebih mendalam tentang fisiologi tubuh kita.
Bayangkan jantung anda sebagai pam dan arteri sebagai sistem lebuhraya. Apabila kita kurang bergerak, 'lebuhraya' ini boleh menjadi kaku. Berjalan kaki bukan sekadar pergerakan; ia adalah mekanisme semula jadi untuk melancarkan kembali aliran di lebuhraya tersebut.
Berikut adalah beberapa fakta menarik berdasarkan sains kardiologi:
1️⃣ Mitos 10,000 Langkah: Anda tidak perlu mencapai 10,000 langkah untuk mula melihat manfaat. Kajian menunjukkan kesihatan jantung mula meningkat seawal 2,700 langkah sehari. Titik optimum (sweet spot) adalah sekitar 7,100 langkah.
2️⃣ Kesan Serta-merta: Seawal 0-2 minit pertama anda berjalan, saluran darah mula merembeskan nitric oxide. Ini membantu arteri menjadi lebih relaks dan terbuka, sekaligus menurunkan tekanan pada jantung.
3️⃣ Waktu Emas: Berjalan kaki sejurus selepas makan adalah sangat efektif untuk mengawal lonjakan gula dalam darah dan membantu sistem metabolisme tubuh.
Tubuh kita sangat adaptif. Ia menyesuaikan diri dengan apa yang kita lakukan secara konsisten. Mulakan langkah kecil hari ini demi kesihatan jangka panjang.
Kredit analisis: Science Behind Your Body (YouTube)
Kenapa kita cepat lupa kosa kata baru? Sebab kita tak guna teknik Spaced Repetition.
Sains memori membuktikan manusia perlukan ulangan berjadual untuk kekal fokus. Contoh paling mudah? Waktu solat kita. Ia disusun berkala supaya kita sentiasa 'ingat'.
Think Quran membawakan teknik yang sama untuk anda kuasai bahasa Al-Quran. Dari ingatan jangka pendek ➡️ ingatan jangka panjang.
Belajar sikit-sikit, tapi konsisten dan kekal selamanya.
Ada beza besar antara orang yang sekadar mengikut jadual dengan orang yang tidak tahu erti putus asa.
Ramai yang mampu jadi konsisten sehingga mereka bertemu dengan halangan yang besar.
Apabila hasil tidak kelihatan atau ujian melanda, di sinilah persisten memainkan peranan.
Konsisten itu ibarat jam dinding yang sentiasa berdetik tepat pada waktunya. Persisten itu ibarat air yang menitis di atas batu: walaupun perlahan, ia mampu melubangkan batu yang keras kerana keazaman yang tinggi.
Jangan sekadar jadi disiplin, jadilah tabah.