Kenapa eh kena baca Al-Kahfi setiap Jumaat?
Dulu saya ingat sebab nak dapat pahala je. Tapi bila dengar perkongsian Ustaz Adnin Roslan, baru faham yang Al-Kahfi ni sebenarnya 'survival kit' untuk kita di akhir zaman.
Dalam satu surah ni, Allah dah "cover" 4 masalah utama kita: Iman, Harta, Ilmu, & Kuasa.
Paling meremang bila tahu surah ni turun diiringi 70,000 malaikat. Langit penuh dengan barisan malaikat hanya untuk sambut surah ni.
Bayangkan betapa berharganya ia kalau kita jadikan amalan.
Jom sama-sama kita mula tadabbur surah Al-Kahfi.