Bila tengah kenal seseorang, lepas solat amalkan doa ini :
"Ya Allah Kau hadirkan dalam hidup aku ni, adakah dia jodoh atau hanya ujian untuk aku, jika benar jodoh dekatkan, jika hanya ujian semata kau jauhkanlah dari hal yang sia sia, aku taknak terluka lagi."
Manusia diuji kerana Allah mahu gantikan perkara yang lebih baik. Yakinlah, setiap ujian itu akan hadir bersamanya hikmah yang besar sekiranya dilalui dengan sabar dan berikhtiar menyelesaikannya.
βKerana sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahanβ (Al-Insyirah: 5-6).
Qobiltu ijazah.. Semoga Ψ§ΩΩΩ bukakanlah jalan rezeki kita seluas-luasnya, diberikan kesihatan yang baik, bebas dari segala hutang dan dikurniakan kehidupan yang tenang. Aamiin..β¨π€²π»
Ada orang mengambil solat sebagai tanggungjawab, maka akan berjumpa dengan keletihan.
Ada orang mengambil solat sebagai tanda cinta dengan Allah, bila solat dengan cinta dan kasih sayang akan berjumpa kerehatan.