Seramai 6417 doktor berhenti dalam tempoh 5 tahun terakhir. Maksudnya setiap bulan hampir 107 doktor berhenti. Setiap hari purata hampir 4 doktor berhenti.. ๐ฅฒ๐ฅฒ๐ฅฒ
@501Awani Aku kalau baca direct dari acc Tuanku.. aku faham and aku x rasa keras pn ayat dia.. kalau baca dari media, confirm nampak buruk TMJ.. sebab tu kalau media punya report, baik tgk actual source tu sniri
Berharap Dipenjarakan 7 Tahun Aje - Sekali Terus Ke Tali Gantung
ASALNYA enam orang suspek utama kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pergi ke Mahkamah Rayuan dengan harapan mereka hanya dipenjarakan maksimum 7 tahun sahaja.
Mereka berharap seksyen sabitan diubah atau kalau dikekalkan pun, jumlah tahun penjara dapat dikurangkan.
Mereka merayu agar sabitan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan, digantikan kepada Seksyen 330 kanun sama iaitu kesalahan mencederakan dengan hukuman maksimum tujuh tahun penjara sahaja.
Bagaimanapun, sekiranya mahkamah mengekalkan hukuman bagi Seksyen 304(a), mereka mohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 18 tahun kepada 12 tahun sahaja.
Mungkin mereka yakin kot jumlah hukuman akan dikurangkan.
Yang mereka mungkin lupa atau ambik mudah ialah pihak pendakwaan pula, memohon mahkamah mengekalkan Seksyen 302 kanun sama, sebagaimana yang dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan peruntukan hukuman gantung mandatori terhadap enam bekas penuntut tersebut.
Berakhir dengan Mahkamah Rayuan berpuas hati dan setuju dengan bukti-bukti dan hujah pihak pendakwaaan.
Justeru, dari impian nak kurangkan jumlah tempoh penjara, yang berlaku ialah tempoh nyawa mereka yang berkurang dan diharap berakhir di tali gantung. - Mynewshub