KENAIKAN BIL ELEKTRIK: KERAJAAN TELITI LANGKAH MITIGASI SEGERA ESOK
Sekembali dari India dan Maldives, perhatian saya terus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini. Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera.
Saya ingin menegaskan bahawa ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan bagi melindungi majoriti rakyat. Sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.
Namun, keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan sekali gus tertakluk kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).
Justeru, Kerajaan MADANI akan mengadakan mesyuarat khas esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.
Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap langkah penyasaran subsidi dilaksanakan secara adil dan munasabah, dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
ANWAR IBRAHIM
16 September 2026
🧕🏻 : Mak, nak kahwin.
👵🏻 : Laki tu kerja apa?
🧕🏻 : Kerja badut je.
👵🏻 : Kahwinlah. Janji kerja dia halal.
Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab dan mustajab. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu ibarat doa 🤲
Kredit Video: Salina Aziz
Mangsa mengalami kecederaan putus urat jari tangan kiri selepas terkena libasan parang sepanjang satu 1/2 kaki panjang.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/uej0NdrIT4
Berapakah harga 🏠 yang sesuai dengan gaji dan tidak membebankan kehidupan kita?
Ini saranan saya untuk korang.
Rumah Gaji
RM 300,000 - RM 5,000
RM 400,000 - RM 6,600
RM 500,000 - RM 8,300
RM 600,000 - RM 10,000
RM 700,000 - RM 11,500
RM 800,000 - RM 13,200
RM 900,000 - RM 14,900
RM 1,000,000 - RM 16,500
Saranan diatas adalah berdasarkan 30% daripada gaji kasar korang. Dengan pinjaman selama 30 tahun dan 4.3% kadar keuntungan.
Jadi, sebelum beli rumah, dapatkan nasihat kewangan daripada FP terlebih dahulu.
Ada menyuarakan kebimbangan kononnya cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN).
Saya jelaskan, IDN yang dilaksanakan Mimos Berhad (MIMOS), merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, malah ia bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bergiat aktif dalam memberikan penerangan dan penjelasan, malah kerajaan buat masa ini tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID.
Insya-Allah, peruntukan awal RM80 juta kepada IDN yang saya umum sebelum ini antara usaha menyegerakan platform pengesahan diri berkenaan yang dipercayai mampu mempertingkat lagi tahap kecekapan perkhidmatan awam.
#MalaysiaMADANI