Ada je orang yang bila kawan sekerja dia add, jiran dia yang add, orang taman dis add, orang kg dia add kat fb,tiktok atau mana2 media social dia tak approve atau dia block sebab dia perlukan privacy. Jadi orang yang add tu jangan marah hormat privacy orang tu tau.
Harta, pangkat & kedudukan (gelaran) mampu mencambah benih2 penyakit hati jika tak pandai kendalikannya. Antaranya rasa mahu dihormati, mahu orang lain menurut kata & kehendaknya, merasakan diri sentiasa benar, tidak peduli akan pendapat & perasaan org lain. Rasa diri sudah hebat
Manusia ni kadang tertanya kenapa rezeki dia tersekat. Cuba check awak ada tak sakitkan hati orang, ada tak mengumpat mengata orang? Ada tak bergaduh dengan orang? Mulut laser tak? Kdg tu punca rezeki tersekat. Kena sedar juga tu tau.
Hidup jangan menanam dendam. Cukup tersenyum & biarkan kifarah itu melakukan tugasnya diam-diam. Kerana yang menyakiti akan tersakiti pada waktunya ☝🏻
Best tau jadi orang yang tenang. Tenang dalam hidup & tenang dalam segala hal. Jadilah orang yang tidak suka bergaduh & bermusuh dengan orang. Jadilah orang yang tidak suka sakitkan hati orang, mengata & maki hamun orang. Percayalah hidup akan rasa lebih tenang dan bahagia.