𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝟐𝟎𝟑𝟓
Kita sudah berjaya membuka ruang yang lebih luas kepada Bumiputera untuk menyertai ekonomi. Kini cabaran kita ialah bagaimana penyertaan itu dapat diterjemahkan kepada pemilikan, kekuatan dan akhirnya penguasaan. Inilah anjakan yang saya tekankan semasa merasmikan Penutupan Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB) 2035 petang tadi.
Kita tidak boleh lagi berpuas hati hanya dengan melahirkan lebih ramai usahawan. Kita mesti membantu mereka meningkatkan skala, memiliki teknologi, membina jenama sendiri, menembusi pasaran global dan akhirnya muncul sebagai peneraju dalam industri yang diceburi.
Menuju ke tahun 2035, saya telah menggariskan tiga anjakan yang perlu diberikan perhatian iaitu menyatukan ekosistem keusahawanan; membesarkan usahawan; serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara turut memperkukuh syarikat tempatan.
Kita mempunyai institusi, pembiayaan, bakat dan pelbagai instrumen sokongan. Kini semua kekuatan ini perlu digerakkan secara lebih tersusun dan bersepadu untuk melahirkan lebih ramai Bumiputera Champions.
Insya-Allah, dengan keberanian untuk berubah dan kesungguhan untuk melaksanakan, kita mampu membina kekuatan ekonomi Bumiputera yang lebih besar, mampan dan berdaya saing menuju 2035.
#UsahawanBumiputera
#KUB2035
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
𝐍𝐚𝐬𝐤𝐡𝐚𝐡 “𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚” 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐝𝐚
Alhamdulillah, sejak buku Menjulang Desa, Menggalas Amanah Negara dilancarkan, ramai sahabat yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan naskhah buku ini.
Jadi kali ini, saya ingin menghadiahkan 50 naskhah kepada 50 orang yang terawal.
Buku ini menghimpunkan sebahagian daripada perjalanan, pemikiran dan pengalaman saya dalam menggalas amanah membangunkan desa serta masyarakatnya. Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh direnungi dan dimanfaatkan bersama.
Caranya mudah. Imbas QR Code pada poster atau klik pautan di bawah dan lengkapkan maklumat penghantaran:
https://t.co/l1CuCTGP19
Insya-Allah, kalau sambutannya baik, saya usahakan lagi.
#MenjulangDesa
#MenggalasAmanahNegara
#KKDW #DesaMalaysia
Allah is SO0000000000000 Kind.
- He covers your sins while you sleep.
- He gives you another sunrise when you don't deserve it.
- He answers du'as you forgot you made.
- He protects you from things you'll never even know about.
Never doubt the kindness of Allah.
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤, 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐒𝐓𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 yang menerima keputusan semalam.
Walau apa jua keputusan yang diperoleh, saya percaya setiap usaha dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pembelajaran merupakan satu kejayaan yang wajar dibanggakan. Teruskanlah melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan jadikan pencapaian hari ini sebagai titik permulaan untuk mencapai cita-cita yang lebih besar pada masa hadapan.
Saya turut berbangga apabila Bagan Datuk muncul sebagai daerah terbaik di Negeri Perak dalam STPM 2025 dengan PNGK 3.25 serta mencatatkan 100% pelajar lulus penuh.
Alhamdulillah, ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan cemerlang di peringkat negeri mahupun negara.
Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada para pelajar, guru, ibu bapa serta seluruh warga pendidikan Bagan Datuk yang telah memainkan peranan besar dalam melakar kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga kecemerlangan ini dapat terus dipertahankan dan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.
#STPM2025
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa perubahan tidak berlaku dengan kata-kata semata-mata, tetapi melalui usaha, disiplin dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
Hijrah juga mengajar kita erti pengorbanan dan kecekalan dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan. Nilai-nilai inilah yang perlu terus menjadi pedoman dalam kita memimpin, bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat.
Dalam dunia yang sentiasa berubah, semangat hijrah menuntut kita untuk berani melakukan pembaharuan, memperbaiki kelemahan serta terus berusaha memberikan yang terbaik demi kemajuan bersama.
Semoga tahun baharu Hijrah ini menguatkan tekad kita untuk terus melaksanakan amanah dengan ikhlas, memperkukuh perpaduan dan berkhidmat sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
#AwalMuharram1448H
#MaalHijrah
#MalaysiaMADANI