Harini servis kereta. Lepastu servis tayar, nak rotate tak boleh sebab tayar depan dh licin cina tu kata. Last2 tukar 2 tayar depan. Begitulah kisah kereta jek dah 💸💸💸💸💸
Antara common sense yang wajib semua ada.
1) Bergurau jangan sentuh hal sensitif
2) Hutang mesti langsaikan
3) Nak tumpang hulur duit minyak
4) Pinjam mesti pulangkan
5) Keluar bilik orang, tutup pintu balik
6) Jangan bising kalau ada orang tidur, solat & study
Lagi?
Ibu dan bapa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain sujud syukur selepas hakim mengumumkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh #AWANInews
Ya Allah betul lah, cuti 3 hari memang nikmat. Semalam keluar, hari ini kemas rumah + golek-golek tengok netflix. Esok masih boleh berehat bagi hilang penat berjalan dan kemas rumah. Selasa bertenaga masuk kerja untuk menjadi pekerja cemerlang😬🫶🏻
Bermula dari 15 Julai - 21 Julai, ayuh kita maraton berpuasa.
15/7 - sunat 9 Muharram
16/7 - sunat 10 Muharram
17/7 - sunat 11 Muharram
18/7 - sunat hari Khamis
19,20,21/7 - sunat hari putih
Pahala berturutan buat kita, lagi-lagi bulan ini antara bulan haram. Ayuh!
I paling menyampah dengan orang yang suka meremehkan perasaan orang lain "alaa takkan tu pun nak terasa" "itu pun nak nangis ke? Relax lah" you kena ingat ya, benda yang kita anggap kecik, mungkin besar maknanya pada orang lain. And their feelings are absolutely valid ya.
Aku tak tahu nak gelak ke nak menangis.
Rakyat Malaysia sebenarnya ramai yang kerja keras lebih dari yang sepatutnya sampai dapat rehat kejap atau tak rehat langsung.
Itupun masih ramai yang cakap kita ni pemalas. Maybe malas nak hadap manusia talam dua muka atau kehidupan.