Komen: Polis harus siasat mengapa kedua-dua nekad lompat. Apakah mereka mangsa penderaan....:
Polis Tahan Ibu Bagi Bantu Siasatan Kes Dua Beradik Jatuh Dari 5ingkat 12 Di Johor Bahru
JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung insiden dua beradik yang dipercayai terjun atau terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di kawasan Tampoi, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis menerima laporan kejadian daripada seorang wanita tempatan pada kira-kira jam 8.27 pagi.
Menurut beliau, mangsa yang terlibat merupakan dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun.
“Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan sedang dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan siasatan, polis menahan seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa pada jam 12 tengah hari hari sama bagi membantu siasatan lanjut.
Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan turut didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.
Polis kemudian membawa wanita berkenaan ke Mahkamah Johor Bahru untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Menurut Ab Rahaman, beberapa saksi yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian turut dipanggil bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan penganiayaan, pengabaian, pendedahan atau pembuangan kanak-kanak.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Setakat ini, polis memaklumkan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Polis turut mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan melalui balai polis berhampiran atau saluran rasmi pihak berkuasa.
Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah bangunan pangsapuri 24 tingkat dengan kedua-dua mangsa ditemukan di aras berhampiran kawasan kolam renang.
Sumber: Polis Johor
You know what’s even crazier.
Yang dedahkan video Aktivis kemanusiaan “diseksa” bukannya media,
Tetapi Menteri terkeji itu sendiri.
Dengan bangga upload di social media.
Dah terbiasa menyeksa kerana tahu, “I am above the law & no one can touch me”
Judging based on the world’s response,
The tide is turning & more people are waking up the horrors of this brutal inhumane regime.
Siapa kata pejuang sumud tiada “taring”.
They’ve woken up the world to the atrocities which are taking place.
@kamaghul Ya Allah ak tgk akk ni nanges ak pn trt nanges..kurang ajar punya budak..dia ingt dia selamat ke rompak duit org??muka clear plak tu..bgs akk ni buat live..cpt sket kena tangkap
@bckupacc99 Eh dia ni..jeles xdpt bercuti skali ke apa?ak dlu masa arwah mak xde, cara nk hilangkan rasa sedih memanjang tu,kami 1 family termasuk bapak ak pergi tgk bola sepak kt stadium..lekk je..dia nk hilangkan sedih dia la tu nokkksss
@localrkyt Aku ada je kwn yg mcm ni dlu..duduk serumah tp bila ajak klua sket2 tanya bf dlu..hmmm..nasib baik diorg kawen jugak..klu x ak pn akn ckp mcm ni jgk🤣
Ah sedih la ak main X ni..scroll2 klua pos gay scroll2 klua pos ds..apooo la korang semua ni..xbermaruah betul la!udah2 la buat dosa nyeee..moh ler kite kembali ke pangkal jalan..huhu