Jom aminkan doa ini ramai-ramai.
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
Aminn.. โค๏ธ
Bacalah "Allahumma Ajirna minan Naar" sebanyak 7 kali selepas solat sebagai Zikir.
Maksudnya adalah
โYa Allah jauhkanlah Aku dari Api Neraka.โ
#quranhour
Jangan sedih kalau tengok orang lain jauh lebih berjaya daripada kita sebab setiap orang ada proses yang berbeza beza.
Tak perlu nak iri hati, Yang penting kena yakin dengan rezeki masing masing. Hidup akan lebih bersyukur dan tenang. InshaAllah!
Assalamualaikum selamat pagi ๐
Tips untuk bangun Subuh:
Baca surah Al Ikhkas & Ayat Kursi. Then baca doa tidur sebelum tidur. Dalam hati minta tolong & berdoa dengan Allah.
โYa Allah, aku nak jaga solat Subuh sepertimana aku jaga solat-solatku yang lain di awal waktu.โ
Tips nak mula berubah:
1. Solat.
2. Betulkan balik hubungan dengan keluarga.
3. Cari kawan yang boleh bimbing ke jalan yang benar.
Mana yang nak berubah, Allah tak pernah nak menghalang, cuma godaan syaitan yang jadi penghalang
Kata orang alim :
"Yang singkat itu masa"
"Yang tipu itu keduniaan"
"Yang dekat itu kematian"
"Yang besar itu hawa nafsu"
"Yang berat itu amanah"
"Yang sulit itu ikhlas"
"Yang susah itu kesabaran"
"Yang sering dilupakan ialah bersyukur"
Doa Supaya Tak Tinggal Solat :
"Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa."
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim : 40)