Policies cannot change. Full stop.
Investors don't expect governments to stay forever. They expect policies to stay consistent.
Once governments start reversing major policies every time leadership changes, confidence is lost. And rebuilding that trust can take years.
#TZA #PolicyConsistency #InvestorConfidence #EconomicPolicy #Investment #CapitalMarkets
Tok Jalal tarik sokongan.
Dia kata Yamtuan tak sah.
Dia sokong Yamtuan kedua.
Tok Min buat PRN.
UMPAS menang.
Tapi nama Jalal tak lepas.
So naiklah nama Ismail Lasim.
Tuanku Muhriz lantik jadi MB.
Tok Jalal tak puashati.
Tok Jalal tak datang ceremony.
Sebab dia lah arkitek drama ni.
Begitulah ringkasan drama politik Nismilan.
Tapi citer ni masih panjang gais. Ini baru hari pertama.
Akan ada lagi drama dan plot twist. Mereka sesama mereka akan berebut dan bertikam.
Today is Day 1.
Rakyat Akan Menilai Prestasi 100 Hari Kerajaan UMPAS.
Kepada seluruh penjawat awam, anggota PDRM dan ATM, para veteran, pesara serta keluarga masing-masing, terima kasih atas khidmat dan pengorbanan yang tidak pernah luput daripada ingatan.
#TZA#PenjawatAwam#PDRM#ATM#VeteranATM
Ekonomi Malaysia berkembang 5.8% pada suku kedua 2026, lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis ekonomi sekitar 5.2% dan pencapaian 5.4% pada suku sebelumnya.
Ini menunjukkan usaha kita untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi terus membuahkan hasil, walaupun dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan.
Apabila ekonomi berkembang dengan lebih kukuh, kita mempunyai lebih banyak ruang untuk meningkatkan gaji, mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperluas perlindungan sosial dan menambah pendapatan keluarga.
Hasilnya kini sudah kelihatan. Namun, usaha ini mesti diteruskan supaya lebih ramai rakyat dapat merasai manfaat pertumbuhan negara dalam kehidupan seharian.
Siling pertumbuhan terus kita tingkatkan. Dengan asas yang lebih kukuh ini, lantai kehidupan rakyat juga dapat diperkasa.
#TZA #MADANIBekerja #EkonomiRakyat
Saya memberi peringatan kepada semua Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan agensi Kerajaan Persekutuan supaya berdisiplin sepanjang tempoh kempen.
Berkempen dan bertarunglah atas isu-isu negeri. Jangan sesekali menggunakan kedudukan di peringkat Persekutuan untuk menyerang rakan yang sama-sama menganggotai Kerajaan MADANI.
Jika ada yang memilih untuk berbuat demikian, maka wajar untuk mereka melepaskan jawatan.
#MalaysiaMADANI
Asas kepimpinan bermula dengan sikap untuk tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian sendiri. Inilah semangat itqan fil ’amal yakni menyempurnakan setiap amanah dan pekerjaan sebaik mungkin, sambil terus memperbaiki diri dalam ilmu, akhlak, ibadah, pendekatan mengajar dan mutu kerja.
Seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi menjadi teladan yang sentiasa bersedia belajar, menerima perubahan dan meningkatkan kualiti diri.
Dalam dunia yang berkembang pesat dengan kemajuan digital, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga, guru serta bakal pemimpin perlu berani berinovasi, menguasai kemahiran baharu dan menyesuaikan pedagogi dengan tuntutan semasa.
Pandangan ini saya kongsikan dalam sesi dialog Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai hari ini, dan menzahirkan keyakinan generasi muda memiliki potensi besar untuk memimpin perubahan, namun potensi itu hanya akan dapat direalisasikan melalui penguasaan ilmu dan kemahiran, kerjasama erat dengan industri serta semangat yang tidak pernah luntur untuk terus mengejar kecemerlangan.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Menghadiri Malam Wartawan Malaysia MPI 2026 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pengamal media yang saban hari menggalas amanah menyampaikan maklumat yang benar dan bermanfaat kepada rakyat. Tahniah kepada Sinar Harian atas kejayaan meraih Anugerah Kajai, anugerah kewartawanan tertinggi negara.
Dalam ucapan, saya menyentuh cabaran era kecerdasan buatan (AI) dan ledakan maklumat tanpa sempadan, serta menegaskan bahawa kewartawanan yang berteraskan fakta, integriti dan tanggungjawab semakin mustahak. Teknologi harus dimanfaatkan untuk memperkasa penyampaian maklumat, namun tidak boleh menghakis nilai kemanusiaan, kewarasan pertimbangan serta disiplin semakan yang menjadi asas profesion kewartawanan.
Media yang bebas dan bertanggungjawab mempunyai peranan besar dalam membentuk pemikiran masyarakat, memperkukuh demokrasi serta menyuburkan budaya ilmu dan wacana yang sihat.
Teruslah menjadi suara kebenaran, mempertahankan etika dan menggalas amanah ini dengan berani demi kepentingan rakyat serta masa depan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Dahsyat Red Wave kali ni. Gerakan senyap perantau sudah kian terasa.
Isyaratnya semakin jelas, individu yang bongkak, sombong, tamak akan terima balasan hari ini!
Minta rayuan semua untuk beri undi pada Pakatan Harapan🔺❤️
Semoga berjaya. Undilah Harapan
#PRNJohor
Memberi dukungan kepada calon Pakatan Harapan bagi Dun Perling saudara Alan Tee Boon Tsong di pekarangan Perling Mall sebentar tadi. Alhamdulillah, khalayak yang tampil membawa wajah Malaysia yang majmuk dan rencam budaya. Ini semangat yang kita mahu terus mekar demi kepentingan negeri dan negara tercinta. Kita mesti merahkan Johor!
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN🔺🚩
#HARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#YakinHARAPAN