KEMELUT NEGERI SEMBILAN | Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, bertarikh hari ini.
#BuletinTV3#BeritaTerkini#MB#NegeriSembilan
JUST IN: ITALY FINES A SOCIAL MEDIA GIANT $887 MILLION for secretely accessing Android usersโ PRIVATE PHOTOS AND VIDEOS without consent.
@grok, Which company and what is its founderโs religion?
-Company and religion only.
BERSAMA ni realistik. Parti baru. Malah tidak sasarkan kemenangan pun. Yang lebih tersakiti adalah data dan angka Rafizi tepat. PH melingkup bermula di Sabah, kemudian Johor, kemudian Negeri Sembilan dan kini Melaka.
๐ 43% melayu tidak kisah sapa menang, janji PH kalah.
๐ 44% Chinese tidak kisah sapa menang, janji PH Kalah
๐ 49% Indian tidak kisah sapa menang, janji PH kalah.
BERSAMA menang tak tentu, tapi PKR (PH) kalah, insya Allah! ๐ซฐ๐ผ
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Pengundi di Melaka telah memilih. Keputusan PRN Melaka tidak mengejutkan dan telah dijangka.
Untuk beberapa hari ini, kita akan mendengar pelbagai komen dan pandangan.
Beberapa pandangan yang paling dominan termasuk:
(1) Strategi bertanding solo adalah satu tindakan bodoh yang tidak akan ke mana-mana, BERSAMA perlu mencari rakan gabungan
(2) Pembawaan politik BERSAMA tidak akan mendapat undi kerana pengundi melihat kepada parti berbentuk politik identiti
Analisis seperti ini akan datang dari pak-pak profesor di menara gading, selain dari orang biasa.
Orang yang menyertai dan menghidupkan platform politik seperti BERSAMA akan selalu disalaherti. Masyarakat sering menilai sesuatu berasaskan status quo sedia ada, sebarang perkara baru dibanding dengan status quo itu.
BERSAMA sedia maklum bahawa politik identiti sedang membakar.
Pengundi Melayu bersatu di bawah payung UMNO/PAS, pengundi bukan Melayu bergabung di bawah DAP. Parti-parti lain (termasuklah PKR, AMANAH, Wawasan dan banyak lagi) hanya menumpang kepada jaguh politik identiti Melayu dan bukan Melayu ini.
Lebih kuat pengundi Melayu bergabung di bawah UMNO/PAS, lebih tegar pengundi bukan Melayu menguatkan DAP.
Ini menghasilkan kitaran yang makin menjauhkan sesama kita di masa akan datang.
Kitaran politik yang memberi kuasa yang terlalu kuat kepada politik identiti juga adalah pemula kepada skandal-skandal besar negara sebelum ini.
Semua skandal ternama negara berlaku selepas UMNO gah di medan pilihan raya.
Kitaran itu akan berulang kembali.
Di peringkat permulaan ini, BERSAMA tidak pernah bermimpi untuk membentuk kerajaan atau menang besar dalam pilihan raya. Kami bukanlah PKR yang ditubuhkan untuk menjadi lebuh raya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, atau AMANAH sebagai landasan bekas pimpinan PAS.
Atau BERSATU, Wawasan dan yang seumpama dengannya yang mencari rakan kongsi ke Putrajaya, tanpa kekuatan sendiri.
BERSAMA dibina untuk menjadi pendinding kepada api politik identiti ini, yang mengajar rakyat menerima rasuah, kelemahan pentadbiran, politik persembahan (performative politics), dengan merendahkan standard ukuran politik yang sepatutnya memberi tumpuan kepada visi, lonjakan prestasi, kecekapan pentadbiran dan kebijakan.
Memang gelombang politik identiti ini sedang berlaku, tetapi rakyat perlukan satu kumpulan politik yang tidak gentar dengan gelombang ini.
Saya menolak politik identiti yang dibawa UMNO/PAS.
Saya juga menolak politik yang dibawa oleh PH mutakhir ini kerana rentak politik yang dibawa oleh DAP secara tidak langsung menjadi sumbu kepada politik identiti UMNO/PAS.
UMNO/PAS memerlukan DAP untuk menakutkan pengundi Melayu, DAP memerlukan UMNO/PAS untuk menjadi pembela bukan Melayu.
Walaupun UMNO/PAS dan DAP sedang menunggang gelombang politik identiti ini, BERSAMA tidak gentar untuk melawan kedua-dua kumpulan ini di spektrum mereka sendiri.
Kepada mereka yang mempersoalkan โstrategiโ BERSAMA, kami tahu ia misi berbahaya, tetapi kami yakin ia juga satu keperluan.
Kami bukanlah UMNO/PAS yang menjadikan DAP musuh utama, tetapi tidak pernah berani berdepan dengan DAP di kubu kuat mereka. Begitu juga DAP yang menjadikan UMNO/PAS sebagai musuh utama, tetapi menghantar PKR/AMANAH untuk berhadapan dengan UMNO/PAS.
Kami percaya untuk melawan politik identiti di kedua-dua spektrum, kami perlu berani membina kekuatan sedikit demi sedikit untuk memadamkan api besar politik identiti ini.
BERSAMA genap 6 bulan minggu ini.
Bagi sebuah parti berusia 6 bulan, ahli-ahli, sukarelawan dan pengundi BERSAMA telah membuktikan mereka boleh membumi dan berdiri sendiri.
BERSAMA ada jentera yang setanding dengan parti-parti yang jauh lebih berusia. BERSAMA dibiayai oleh ahli dan orang ramai.
Kempen BERSAMA di PRN Melaka sama naik, kalau pun tidak lebih rancak, dari sesetengah parti yang telah lama bertapak dan bergabung.
BERSAMA tidak menang satu kerusi pun di Melaka. BERSAMA hilang deposit di 15 dari 16 kerusi yang ditandingi.
Pada peringkat ini, saya tidak menilai potensi BERSAMA dari jumlah kerusi yang dimenangi.
Saya nilai dari peningkatan dan trajektori dalam usaha berterusan membina BERSAMA sebagai platform yang menjadi antidot kepada politik identiti.
Ukurannya bukan 6 bulan, bukan setahun. Ukurannya satu generasi.
Ada beberapa perkembangan baik dari keputusan PRN Melaka.
Di PRN Johor, BERSAMA tidak bertanding di kerusi majoriti Melayu yang pekat. Di Melaka, BERSAMA bertanding di kerusi-kerusi maut majoriti Melayu seperti Serkam, Telok Mas, Kuala Linggi, Sungai Udang.
Undi purata dari kerusi-kerusi majoriti Melayu ini adalah 4.26%, dengan undi tertinggi dari kerusi Sungai Udang pada 6% (kerusi yang 31% adalah dari kem tentera, yang secara tradisi mengundi Umno/kerajaan).
Angka 4.26% dari pengundi Melayu mungkin nampak kecil, tetapi jika dibandingkan dengan undi gabungan PH+Bersatu (sekitar 15-20% di kalangan pengundi Melayu), sebuah parti yang berdiri sendiri sebenarnya mendapat undi Melayu yang tidak jauh berbeza dari parti-parti di dalam gabungan PH+Bersatu (sekiranya mereka bertanding sendirian).
Undi dari kerusi campuran (pengundi Melayu antara 50% ke 65%) juga menunjukkan peningkatan yang baik.
BERSAMA bertanding di 7 kerusi campuran di PRN Johor. Di PRN Melaka, BERSAMA bertanding di 4 kerusi campuran (kerana 7 dari 16 kerusi yang ditandingi adalah kerusi majoriti Melayu).
Undi BERSAMA di kerusi campuran di Melaka adalah 7.68%, berbanding hanya 3.49% di Johor.
7.68% adalah kecil dan masih hilang deposit, tetapi ia peningkatan lebih 100% dalam tempoh 4 bulan (dari PRN Johor ke Melaka).
Begitu juga di kerusi majoriti bukan Melayu.
BERSAMA bertanding di 5 kerusi majoriti bukan Melayu di PRN Melaka, berbanding 8 di PRN Johor.
Undi BERSAMA di kerusi majoriti bukan Melayu di Melaka ada 6.52%, berbanding 3.26% di Johor.
Selain dari peningkatan 100% dalam tempoh 4 bulan, 4 dari 5 kerusi bukan Melayu di Melaka mendapat undi yang lebih tinggi dari peratusan undi kerusi terbaik di Johor.
Saya akan bentangkan secara terperinci analisis PRN Melaka dalam Podcast YBM Jumaat ini.
Bagi BERSAMA, ada beberapa peningkatan ketara dalam tempoh 4 bulan sejak PRN Johor:
(a) Undi bukan Melayu meningkat lebih 100% berbanding PRN Johor
(b) Undi Melayu tegar yang mengundi BERSAMA pada 4.26% adalah permulaan yang baik, setara dengan beberapa parti yang berada dalam gabungan utama
(c) Kempen PRN Melaka dijayakan dengan lancar oleh jentera yang setanding dengan parti-parti di dalam gabungan
Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua 16 calon BERSAMA yang telah bekerja keras, jentera dari kalangan ahli BERSAMA dan sukarelawan.
Terima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan dan membantu. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Melaka yang menjadi โearly believersโ kepada satu platform politik masa depan negara.
Sebab itu rata-rata ahli dan penyokong BERSAMA berlapang dada dan bersyukur dengan keputusan di PRN Melaka.
Kami tahu kami sedang menapak dengan lebih yakin dan lebih laju, berbanding parti dinosaur yang akan kehilangan rentak satu hari nanti.
Kepada yg tengah withdrawal syndrome takde IRL or content dekat social media, sabor ya.
Pakcik tengah analyse results.
Paling penting, ni lunch pertama pakcik dgn makcik & Ben selepas berminggu2.
Lepas ni pakcik dah nak kena diet dah, so makan giler2 hari ni ๐คฃ
I recently learned that the FBI and the Secret Service agents canโt be over 57 years old. Air traffic controllers have to retire by the age of 56, and pilots have to retire at the age of 65. But we have 75- and 85-year-olds running the country. Make that make sense.
MELAKA DAH MEMILIH โ
BERSAMA JALAN TERUS ๐
Terima kasih kepada 19,176 pengundi yang memilih BERSAMA.
Setiap undi adalah satu pelaburan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.
TERUSKAN BERSAMA ๐๐ซถ
For The Better Nation.
Insya Allah.
#TSR
Black Friday (Nov 13):
Najib's whereabout outside his prison-home from 10.25am to 6.25pm (some eight hours)
The prisons department clarified in a statement - only late last night, after furore rose among journalists:
'He has to attend 4 scheduled activities:
1) A medical appointment at Kuala Lumpur Hospital for follow-up treatment at its orthopaedic department,
2) Friday prayers at Kajang prisonโs mosque,
3) A Quran study session with an ustaz from the Islamic development department,
4) A counselling session with a psychology officer from the prison.
The department said that all of Najibโs movements were for scheduled purposes and needs, and were subject to standard operating procedures, the conditions of his house arrest, and the departmentโs control and supervision.
How much manpower and resources were involved? Who picked up all the bills?
Only if you asked. That's SOP.
https://t.co/2P2bmVtZuR
Eight hours away requiring police escorts, security personnel and other expenditure just for this idiot to perform solat Jumaat!
What a waste of public resources.
Yes, observing religion obligation is a must but turning them into a "circus" is ...
If he still needs to go to Kajang Prison for medical checkups, daily activities, and solat Jumaat, wouldn't it be better for him to stay there?
The whole nation is being made fun by the plundering idiot.
House arrest my foot.
Wowโผ๏ธ
Ni tak langgar SYARAT KEโ๏ธ
Najib solat apa sampai jam 630. Najib solat kat manaโ๏ธ
Kalau solat kat Kajang okay laa. Tapi kalo pergi ngular jumpa bini muda, sila tarik balik pengampunanโผ๏ธ
Rakyat Mahu Najib Dihantar Balik Ke Kajangโผ๏ธ
Macam tu je kita semua dibodoh-bodohkan.
Dia keluar ke masjid pukul 10.28 pagi, balik ke penjara pukul 6.27 petang.
Penjawat awam rehat hari Jumaat pun pukul 12.15 tengah hari sampai 2.45 petang je.
https://t.co/LlWlpI8PIn
Tujuh Sasterawan Negara menggesa kedaulatan undang-undang ditegakkan secara adil dan saksama tanpa dua ukuran antara golongan berkuasa dengan rakyat biasa.
Dalam kenyataan bersama bertarikh 12 Nov, mereka menegaskan prinsip itu mesti dilaksanakan tanpa mengira kedudukan, pangkat, kekayaan, pengaruh, keturunan, kaum, agama mahupun latar belakang seseorang.
"Tiada sesiapa yang boleh menganggap dirinya terlalu berkuasa untuk dipertanggungjawabkan, dan tiada sesiapa yang terlalu lemah sehingga dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan," menurut kenyataan itu tanpa menyebut nama atau merujuk kes tertentu.
Berita penuh: https://t.co/2KnFHbHsyL