9.48pm.
Seriouslah ibu bapa oi. Tak guna tukar kerajaan kalau mentaliti sendiri belum sedia untuk tukar.
Kami cikgu-cikgu pun ada keluarga sendiri. Di mana hak untuk waktu privasi kami? 😭
Sempena kerajaan baharu ni, aku nak usulkan dekat @chedetofficial dan @limguaneng,
Gaji keluar macam biasa tak kisahlah nak raya aidilfitri ke, chinese new year ke, deepavali ke. Tak payah mengada nak awalkan!
Seksa kau tahu tak 40 hari tak bergaji!
Ada orang kata cikgu patut kerja office hour. Cuti sekolah pun patut kerja. Admin okay je.
Cumanya lepas ni kalau cikgu kena pergi camping, kursus hujung minggu, hantar budak sukan, tu semua dikira OT. Deal?
Admin rasa kalau kerja lebih masa dan kurus hujung minggu tu dibayar sebagai OT, mesti berebut yang nak pergi.
Tapi yela, nama pun cikgu. Tak boleh demand sangat. Nanti orang kata takde citra keguruan.
KPM mempersembahkan tema Hari Guru 2018. Semoga kami memperoleh manfaat dan berkat dari ilmunya dalam hidup kami.
GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
#terimakasihcikgu2018
Tahukah anda guru sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Bebanan kerja, pentadbir yang sibuk kejar ranking. Campur dengan PPD yang nak semuanya cepat tapi arahan last minute.
Tak campur lagi dengan dasar yang sentiasa berubah.
Mengajar dah jatuh nombor dua. Yang pertama apa? Siapkan kerja. Kerja mengajar jadi tak seronok. Terpaksa mengajar ala kadar sebab kejar masa untuk siapkan kerja.
Yang jadi mangsanya siapa? Murid-murid
Sistem kita sekarang terlalu berpaksikan pendokumentasian. Sikit2 nak laporan. Nak bukti. Nak gambar, nak itu, nak ini.
Dalam masa yang sama kerja mengajar kena buat. Mana satu keutamaan sekarang?
Dunia pendidikan semakin mencabar. Sekarang datang sekolah bukan nak mengajar tapi siapkan kerja, kumpul evidens.
Sebab apa? Takut kalau ada pemantauan.